Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label queen control. Show all posts
Showing posts with label queen control. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Aaaaa.......Banyaknye Kerja Nak Siapkan :(

Cuti raya dah berlalu...sekarang time keje. Fuh....tak dapat dikatakan banyaknye keje. Biasalah tu kalau time cuti memang bertimbun jugak keje. Boriiiiiiiiiiiiiiiiiiingnye.






Alahai keje keje keje.....balik dari cuti khamis lepas. Banyak keje kena siapkan. Costing kena siapkan untuk 4 hari.......boleh naik stress juga dibuatnye.






Aaaaa....nasib dapat control sebab puasa time tu. Hehehe...puasa sunat syawal. Walaupun rasa stress terpaksa jugak siapkan secepat mungkin sebab bos2 dah tak sabar nak terima report....teruk betul mereka tu......tak reti nak sabar langsung. Semua nak cepat. Tak faham2 situasi aku yang terpaksa secepat mungkin menyiapkan semua report. 4 hari pula tu..kena siapkan dalam sehari before 12 tengahari. Geraaaaaaaaaaam betul.


 Tapi apakan daya aku ni just kuli biasa je..makan gaji. Hehehe....apa2 pun aku dah settelkan serba sedikit keje termasuk amended keje2 penganti aku sepanjang aku cuti. Penat betul.

Wednesday, August 24, 2011

Marah: Macam Mana Nak kawal? Nak Tahu Baca Sini!!!

Marah marah marah...siapa tak pernah marah. Aku pun pernah marah...lebih2 lagi time tension dan mood tak menentu tapi taklah cincai marah tak menentu. Tu cari pasal namanye. Kena control juga marah ni dari bermaharajalela dalam diri kita.
 

Pinjam dr google


Macam mana nak kawal emosi marah ni? Caranye senang je....ikuti 4 cara untuk mengawal kemarahan di bawah ni. Yang ni aku copy paste dari website Top5 untuk dikongsi bersama...hehehe :)


Kemarahan adalah perkara yang pasti akan dilalui oleh semua orang kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia. Kewujudan perasaan marah didalam diri anda tidak perlu dipertikaikan tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk anda mengawalnya..


(1) Menarik nafas dalam-dalam- Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.


(2) Mengingatkan diri anda sendiri- Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.


(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira- Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.


(4) Keluar daripada situasi kemarahan- Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

Jadi...selepas ni control marah tu dengan pelajari 4 cara di atas ye. Kalau rasa masih marah lagi...esok siram je muka tu dengan air...hehehehe.

Sunday, May 9, 2010

Pantang Lelaki Apabila Wanita Sebegini......Jangan Ingat Wanita Je Ada Pantang, Lelaki Pun Ada

Credit:Google

Tak kira perempuan or lelaki memang ada sesuatu setiap orang tak suka pada diri seseorang itu. Biasalah lumrah manusia. Mana ada yang perfect. Kalau perfect sangat nanti tak syoklah hidupkan. Boring pula jadinya.


Apa2 pun jom tengok beberapa pantang lelaki yang patut wanita tahu, jangan ingat wanita je ada pantang. Lelaki pun apa kurangnya.


1. Mengungkit kisah lama.

2. Banyak soal

3. Perlakukan mereka bak anak kecil

4. Cakap berputar belit

5. Tidak tahu simpan rahsia

6. Kata 'tak ada apa2'

7. Memuji lelaki lain di hadapan mereka

8. Emosional tidak bertempat/terlalu kerap

9. Cemburu berlebihan ( Jangan salahkan wanita je, lelaki pun ada yang cemburu blebihan. Sampai membunuh pun ada. Tengok je kes sekarang. Dasyat betul bila lelaki cemburukan?)
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."