Marah marah marah...siapa tak pernah marah. Aku pun pernah marah...lebih2 lagi time tension dan mood tak menentu tapi taklah cincai marah tak menentu. Tu cari pasal namanye. Kena control juga marah ni dari bermaharajalela dalam diri kita.
Pinjam dr google
Macam mana nak kawal emosi marah ni? Caranye senang je....ikuti 4 cara untuk mengawal kemarahan di bawah ni. Yang ni aku copy paste dari website Top5 untuk dikongsi bersama...hehehe :)
Kemarahan adalah perkara yang pasti akan dilalui oleh semua orang kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia. Kewujudan perasaan marah didalam diri anda tidak perlu dipertikaikan tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk anda mengawalnya..
(1) Menarik nafas dalam-dalam- Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.
(2) Mengingatkan diri anda sendiri- Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.
(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira- Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.
(4) Keluar daripada situasi kemarahan- Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.
Jadi...selepas ni control marah tu dengan pelajari 4 cara di atas ye. Kalau rasa masih marah lagi...esok siram je muka tu dengan air...hehehehe.
0 comments:
Post a Comment