Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Marah: Macam Mana Nak kawal? Nak Tahu Baca Sini!!!

Marah marah marah...siapa tak pernah marah. Aku pun pernah marah...lebih2 lagi time tension dan mood tak menentu tapi taklah cincai marah tak menentu. Tu cari pasal namanye. Kena control juga marah ni dari bermaharajalela dalam diri kita.
 

Pinjam dr google


Macam mana nak kawal emosi marah ni? Caranye senang je....ikuti 4 cara untuk mengawal kemarahan di bawah ni. Yang ni aku copy paste dari website Top5 untuk dikongsi bersama...hehehe :)


Kemarahan adalah perkara yang pasti akan dilalui oleh semua orang kerana ia merupakan sifat semulajadi manusia. Kewujudan perasaan marah didalam diri anda tidak perlu dipertikaikan tetapi apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk anda mengawalnya..


(1) Menarik nafas dalam-dalam- Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.


(2) Mengingatkan diri anda sendiri- Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.


(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira- Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.


(4) Keluar daripada situasi kemarahan- Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

Jadi...selepas ni control marah tu dengan pelajari 4 cara di atas ye. Kalau rasa masih marah lagi...esok siram je muka tu dengan air...hehehehe.

Wednesday, August 18, 2010

Setiap Apa Berlaku Pasti Ada Hikmahnya


 Credit:Google


Dalam melalui liku2 kehidupan bmacam dugaan dan halangan yg kita akan tempuhi. Setiap ujian yg dilalui, kadang2 memeritkan jiwa dan hati kita. Namun apa pun kita terpaksa menempuhnya kerana ia adalah sebahagian dari lumrah kehidupan. Walaupun perit kena telan jua. 


Seperti insan lain juga, aku tk pernah lari dr ujian yg memeritkan ini. Baru2 ini aku lalui satu pgalaman hidup yg ptama dalam sejarah pjalananku. Tak seperti ptama kali di duga dulu. Yg ini betul2 mbuat aku hilang arah (agaknyalah, sbb ptama kali mahu mpcayai dia). Namun syukur pada Allah kerana mberi aku sinar ketenangan yg amat bnilai dalam sejarah hidupku. Aku amat bsyukur kerana Allah masih myayangiku. Walaupun aku selalu alfa dengan kerenah duniawi.


Bila imbas kembali apa blaku, aku mbuat penilaian diriku seolah org bodoh saja. Seperti mana nasihat seorang sahabat lama yg memang tempat aku sering mgadu masalah. Tempat aku meluahkan apa tbuku dihati. Tempat aku menangis tanpa segan silu. Dia menasihati aku agar jangan menangis hanya kerana org itu. Buat apa nangis kepada org yg tak myayangi kita lagi. Awak menangis disini, dia entah gelak ketawa disana. Buat apa?

Tuesday, July 27, 2010

Kenapa Aku Sedih??

Credit:Google


Hari ni jiwaku tak tenteram. Entahlah sejak beberapa hari ni, hati aku rasa pilu je. Banyak pkara yg aku fikirkan. Kadang2 rasa tension dgn kehidupan seharian dan juga kerja. Rasa nak marah pun ada. Tapi syukurlah rasa tu dapat dikawal lagi. Asalkan tak de sesiapa yg buat hal.


Kenapa harus aku sedih pula? Aku pun tak pasti. Adakah kerana pjalanan hidup yg aku lalui terasa payah semakin mjangkau usia matang? Kadang2 terfikir, makin kita meningkat dewasa, macam2 mslh dan liku2 kehidupan harus kita redah. Sama ada kita mampu menempuh segalanya, itu yg mjadi persoalannya. 


Aku sendiri pun agak pedih menempuh duri2 kehidupan ini. Lebih2 lagi dlm dunia pcintaan. Entahlah payah nak kata...........aaaaaaaaaaaaaaa tension betul hidup ni. Oklah tu je....haha3.

Thursday, May 13, 2010

Perlu Ke Tinggi Suara Bila Marah Orang?


 Credit:Google


Setiap orang memang ada perasaan marah. Ada setengah orang dapat mengawal perasaan marah dari menguasai diri. Ada juga yang memang tak dapat control langsung, yang ni jenis orang yang panas baran punya.


Pantang silap sikit, pasti bom meletup. Parah kalau macam tu. Semua orang takut kalau sikap panas baran tak dikawal. Saya sendiri pun, kalau boleh tak mahulah berkawan dengan orang macam ni. Tapi kalau dah jodoh jadi kawan, terima je. Kalau dia marah, kita cabut jelah. Jangan tunggu lagi. Nanti panas telinga tu…ha2.


Bukan tak boleh marah orang tapi ada batasnya juga. Fikir juga perasaan orang yang kita marah tu. Lainlah kalau orang tu kita ajar & tegur banyak kali perangai masih bermasalah. So…silalah marah dia. Mana tahu dapat dengar cakap..ha2.


Marah marah juga tapi jangan sampai tangan je. Dan satu lagi meninggikan suara. Tahulah suara anda boleh pecahkan cermin kat bilik air tu, kalau nak buat macam tu pergilah jauh2 kat dalam hutan sana tu ya. So, aman sikit hati orang lain..he3.


Saya ni memang pantang kalau kena marah. Tak suka. Nak marah orang pun payah juga. Bukan tak de perasaan marah. Cuma tak suka. Sebab tiap kali kena marah or rasa marah, hati rasa tak senang. Kalau boleh nak elakkan je parasaan marah ni. Buat biasa.



Emmm…anda macam mana pula? Perlukah anda marah orang dengan sound suara yang tinggi? Rasa no needlah. Bukannya orang pekak pun. Apa2 pun jangan biarkan perasaan marah menguasai anda kerana akibatnya memang tak bagus. Fikir2kanlah!!

Monday, May 10, 2010

Rupa2nya Ada Orang Depan Kita Pijak Semut Tak Mati, Belakang Kita Fuh Mengata Lebih…Buat Ketupatlah Tu


 Credit:Google


Di mana2 je kita jumpa manusia yang bermuka2 ni. Depan kita bukan main baik je, pijak semut. Semut tak mati. Belakang kita bukan main lagi mulut tu sumpah seranah & kutuk bukan2. Dahlah tu kutuk orang pun tak pandai. Kutuk depan orang yang rapat dengan aku pula tu. Kan bodoh namanya.


Petang tadi tengah tea break di pantry office, member ceritalah pasal makcik sorang tu yang semacam tak suka aku. Walaupun tak terus terang tapi dari kata2 member aku cakap semacam tak suka aku. Siap sumpah aku langgar pondok security. Memanglah hari tu aku bawa kereta Kak Sal . Aku tak biasa bawa kereta dia  tapi taklah sampai nak langgar pondok security, dapat aku control.


Huh…rupa2nya dalam hati makcik tu busuk betul. Syukurlah Tuhan tolong aku hari tu. Nak aku kena marah dengan Kak Sal kot. Entah kenapa makcik tu tak suka aku. Maybe sebab aku rapat dengan Kak Sal kot, kawan baik makcik tu.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."