Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, May 9, 2010

Pantang Betul Aku Kalau Lelaki Sebegini....Anda Pun Tak Sukakan?

Pening kepala aku dibuatnya

Memang aku tau lelaki dengan wanita ni berbeza segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Tapi janganlah keterlaluan pula...penat tau. Pening kepala ni dibuatnya. Bukan nak kata diri ni perfect tapi kalau boleh fahamlah sikit ye!


Ni ada beberapa sikap yang pantang bagi wanita & aku juga sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya:

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.


Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.



Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar

Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat demikian terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.


Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya! 


Bukan ingin yang perfect, cukuplah yang memahami...kannnnnnnnnnnnnnnnn!

11 comments:

velasrizal said...

wpn aku lelaki tp aku pn xsuka sikap mcm ni..

Mati Akibat Belut Bersarang Dalam Dubur !

BudakHitam said...

pehh..sifat2 buruk lelaki sudah dibongkar..selamat aku bukan gay..haha

SyerAgh said...

biasa r tuu.. plg kurang akn ada sparuh kat laki prngai mcm tu

@cik_ezati said...

haha..sila berubah ye wahai lelaki yg ada ciri2 di atas ;p

Sky8Men said...

pompuan pon sme..jgn nk ckp lelaki je..
msti pompuan pon ade gk kn...jd sedar2 la wahai pompuan... hehe =p

abigemok said...

percaya atau tidak, sikap tersebut juga ada pada wanita. aku dah pernah jmpa wanita sikap mcm tu. si lelaki pla yg terpaksa lyn karenah lebih2 pmpuan tu. huhu

Admin said...

hahaha...semua ada laki or perempuan...

izuddinrahim said...

wah..info yang menarik..kena praktik nih..sebelom masanya sampai...haha

Admin said...

buat apa yg baik je..ha2

Fiona said...

lelaki ni aku da selalu jumpe,dia nk nasihat kita jd baik tp dia masih ditakuk lama. bila kita nasihat kearah kebaikan dia,dia x dpt terima pendapat kita. susah tol lelaki ego mcm tu....so,baik tinggalkan sblm parah.Hati pon sakit

Admin said...

betul2..nk kita berubah tp diri sendiri tk berubah...mn boleh mcm tu...kan2

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."