Tak semua yang sanggup korban nyawa untuk jiran sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas jiran mereka. Bagi yang sanggup tu, kira banggalah dengan dia ni. Angkat tabik sikit...he3.
Emm..kalau soalan tu dituju kepada aku, aku pun tak tau nak jawab apa. Rasa tak sangguplah. Kalau tolong perkara tak melibatkan nyawa ok lagi. Bersemangat aku tapi tengok keadaan juga..kan. Tengok pertolongan jenis macam mana. Untuk kebaikan oklah, untuk kejahatan...bye2 jelah.
Sebenarnya beruntung dapat jiran yang prihatin ni & sanggup gadai nyawa untuk membantu menyelamatkan jiran yang dalam kesusahan macam kes ni...baca berita bawah tu ye. Tapi malang menimpa beliau, beliau dikelar & ditikam oleh perompak yang tak berhati perut ni. Mudahan roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah.
NIBONG TEBAL - Niat baik seorang lelaki yang ingin membantu seorang warga emas yang juga jirannya yang dirompak sekumpulan tiga lelaki berakhir dengan dia mati dikelar dan ditikam perompak itu.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang di Jalan Selamat, Sungai Bakap di sini semalam, mangsa Mohd. Faizal Mohd. Zain, 28, mati di rumah warga emas yang cuba dibantunya akibat cedera parah di leher, dada, betis selain terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.
Warga emas Hussin Abdul Rahim, 80-an, yang menjadi mangsa rompakan itu cedera di muka dipercayai akibat dipukul selain cedera ringan di pergelangan tangan kerana diikat dengan tali.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, Hussin tinggal bersama isterinya yang berusia 60-an di rumah yang disewa mereka sejak beberapa bulan lalu namun semasa kejadian rompakan itu isterinya keluar bekerja.
"Semasa berehat, muncul seorang lelaki yang berpura-pura menziarahinya manakala dua lagi suspek menunggu di luar rumah.
"Selepas diberi minum, lelaki itu mula bertindak ganas dengan menumbuk Hussin dan mengikatnya sebelum warga emas itu dikurung di dalam bilik," kata beliau....KOSMO
Macam2lah manusia ni, makin jahat. Adakah kerana kesempitan hidup & kemajuan era sekarang membuat mereka bertindak kejam sedemikian? Entahlah...tepuk dada tanya minda anda ye. Malas nak komen banyak. Buat penat je..he3.
4 comments:
Ajal dan maut di tangan tuhan, kalau dah takdir nak buat macam mana. Kadang-kadang tak semestinya jadi hero menjadi..takziah buat keluarga mangsa :(
al-fatihah...
bukan jd hero tp mbantu...emm
ish..memang taleyh r nak jadi hero..hehe
Post a Comment