Hanya hiasan semata2
Bila fikir bab kahwin & dengar macam2 berlaku di alam perkahwinan. Rasa seram sejuk dibuatnya. Kenapa boleh berlaku kes dera & bunuh isteri? Mana pergi rasa sayang & cinta dalam hati. Takkan kerana cemburu sampai nak bunuh. Aduh...takut betul aku nak kahwin ni. Kalau macam ni gayanya.
Terlalu banyak kes macam ni aku dengar. Mula2 awal perkahwinan memang syok tapi kalau dah beranak pinak macam mana pula. Memanglah semua orang tak macam ni. Tapi hati manusia kita tak tahu. Mula2 memang baik tapi ada masanya timbul sikap yang menyeramkan tu. Apalah nasib kita perempuan asyik jadi mangsa je.
Macam kes yang berlaku kat Kuala Lipis, Pahang ni. Takkan sebab isteri cakap telefon dengan lelaki lain sampai nak pukul, cekik sampai mati. Cubalah bawa berbincang. Jangan ikut amarah syaitan. Nanti malang tak berbau. Merengkok & menyesal dalam penjara je....seram betul aku. Mintalah dijauhkan dapat suami macam ni. Tuhanku tolonglah hambamu ni.
KUANTAN: Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak di bahagian perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain.
"Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya.
Katanya, suspek, 46, kemudian berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
"Anak mangsa kemudian meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat," katanya.
Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.-Bernama
Aku nasihatkan buat kaum lelaki & para suami, bawalah perkara seperti ini berbincang elok2. Jangan biar amarah syaitan bermaharajalela dalam hati anda. Nanti teruk jadinya. Buat dosa pula. Bagi kaum perempuan & para isteri, berhati2 selalu. Jaga tingkahlaku ok. Moga kita sentiasa dibawah lindungan Tuhan. Amen.
9 comments:
menakutkan nya... hish.. ganaz!
salam ziarah..
http://zulaikhamohdnor.blogspot.com
adusss..seramnya...
perthhhh giler kejam ... zaman sekarang .. marah sikit jer bunuh ... aduh
bertindak mengikut hasutan syaitan mmg lah jadi camtu....ish3
mmg kejam....takutlah..mintak dijauhkan
ishhh tanak kawen ah camni!
takutkan....
eiiiii gile gileee
mmg gila pun wanie...teruk btlkan...
Post a Comment