Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Ganas & Kejam Betul: 7 Kanak-kanak Mati Ditetak

Isss...teruk betullah manusia. Entah apa yang difikirkan ye. Sampai nak bunuh & tetak orang. Dahlah tu budak2 tadika, kecil lagi. Kasihan betul jadi mangsa manusia yang kejam ni. Itupun gara2 sebab sekolah tadika dibuka semula walaupun perjanjian sewaan telah tamat tempoh.



HANZHONG – Seramai tujuh kanak-kanak, seorang pengusaha tadika dan ibunya mati ditetak bertubi-tubi oleh seorang pemilik hartanah di utara China semalam dalam insiden keganasan terbaru melibatkan murid tadika.

Insiden tragis itu yang berlaku di sebuah tadika di Hanzhong, wilayah Shaanxi berakhir dengan penyerang berkenaan membunuh diri.

Ia merupakan serangan kelima melibatkan kanak-kanak dalam tempoh kurang dua bulan di sebalik tindakan pemerintah yang mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar sekolah-sekolah di negara berkenaan.

Wednesday, May 12, 2010

Cemburu Je, Nak Bunuh Orang...Tak Boleh Ke Bersabar Sikit!!

Ciannye...mangsa cemburu

Sekarang ni meletup2 kes pasal bunuh sebab cemburu punya hal. Minggu2 lepas kes torek kemaluan & sepak teranjang isteri sampai mati. Minggu ni kes bunuh laki pula, cemburu juga penyebabnya.


Bahaya betulkan ada perasaan cemburu sampai nak bunuh orang ni. Menakutkan betul. Minta dijauhkan perasaan yang baik ni. Bukan tak boleh cemburu tapi jangan sampai cemburu memakan diri. Buta hati hingga sanggup nak bunuh orang.


Kasihan dengan mangsa2 cemburu ni. Tak pasal2 kena bunuh free je. Entah apa nak jadi dengan manusia akhir zaman ni. Hilang pedoman & sikap sabar dah....jenuh nak komen banyak...ha2.

Saturday, May 8, 2010

Perlukah Kahwin Hanya Kerana Usia Anda Makin Meningkat?

Credit:Google


Bila seseorang makin meningkat dewasa terutamanya perempuan. Perkara yang paling mereka risau ialah soal jodoh & kahwin. Biasalah bila perempuan dah masuk era 30-an, dirinya akan rasa semacam tua sangat.


Kalau boleh perempuan ni nak kahwin dalam usia 20-an mengikut pandangan masing2lah. Bagi setengah perempuan usia 30-an adalah satu tempoh yang agak payah nak cari calon. Yelah siapa yang suka perempuan dah tuakan. Namun tak semua yang berfikir demikian.


Sekarang zaman berubah. Perempuan lebih mementingkan kerjaya tapi soal kahwin tetap dititikberatkan Cuma taklah macam dulu2 kena kahwin awal. Ada juga yang kahwin lewat juga. Sebenarnya ini bergantung pada pandangan sendiri.


Namun alasan kahwin sebab usia makin meningkat, rasanya tak patutlah. Nanti pilih2 sebarang calon, diri sendiri yang merana. Kalau ada jodoh tak kemanakan. Cuma perlu usaha sikit. Lewat sikit tak jadi masalah.

Monday, May 3, 2010

Suami Naik Angin Terus Bunuh Isteri....Seramnye, Takut Nak Kahwin Macam Ni

Hanya hiasan semata2

Bila fikir bab kahwin & dengar macam2 berlaku di alam perkahwinan. Rasa seram sejuk dibuatnya. Kenapa boleh berlaku kes dera & bunuh isteri? Mana pergi rasa sayang & cinta dalam hati. Takkan kerana cemburu sampai nak bunuh. Aduh...takut betul aku nak kahwin ni. Kalau macam ni gayanya.


Terlalu banyak kes macam ni aku dengar. Mula2 awal perkahwinan memang syok tapi kalau dah beranak pinak macam mana pula. Memanglah semua orang tak macam ni. Tapi hati manusia kita tak tahu. Mula2 memang baik tapi ada masanya timbul sikap yang menyeramkan tu. Apalah nasib kita perempuan asyik jadi mangsa je. 


Macam kes yang berlaku kat Kuala Lipis, Pahang ni. Takkan sebab isteri cakap telefon dengan lelaki lain sampai nak pukul, cekik sampai mati. Cubalah bawa berbincang. Jangan ikut amarah syaitan. Nanti malang tak berbau. Merengkok & menyesal dalam penjara je....seram betul aku. Mintalah dijauhkan dapat suami macam ni. Tuhanku tolonglah hambamu ni.

KUANTAN: Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis. 

Sunday, April 18, 2010

Lelaki Anggap Wanita 'Lauk'.....Betul Ke Ni?

Sering kita dengar kes mengenai wanita yang kena dera, simbah dengan asid, bunuh & sewaktu dengannyalah. Alahai apalah nasib wanita ni ye. Kenapalah lelaki buat kita macam ni? Adakah kita ni dianggap oleh lelaki sebagai 'Lauk' mereka? Sukahati buat ikut kemahuan mereka saja. Mentang2 kita ni kaum yang lemah, tak mampu nak lawan.


Sebagai contoh, kes Nor Shamila A. Majid, ibu kepada 4 orang anak menjadi mangsa tetak suami Februari lalu. Ke mana ptimbangan diri seorang suami ketika itu agaknya. Sampai sanggup berbuat demikian dengan isterinya yang dinikahi & melahirkan 4 bukti kasih & cinta mereka. Pelik juga. Kenapa manusia bersikap begitu? Dulu sayang sekarang benci. Biasalah hati manusia boleh berubah bila2 masa. Sukar untuk dijangka.


Namun janganlah jadikan wanita sebagai mangsa untuk lepas panas baran. Kalau ada perkara yang tak puas hati, bawalah berbincang. Bukan bertindak meluru sampai mendera. Tak pasal2 jadi kes polis pula. Masuk penjara, kan malu je.

Tuesday, April 13, 2010

Perempuan Makin Kejam Ke Sekarang? Buang Sana Buang Sini!!

Alahai perempuan, eangkau dicipta dgn sifat penuh kasih sayang.
Lemah lembut & jiwa keibuan.
Tp knp engkau sanggup buang & bunuh anak tak berdosa begitu saja.
Seperti barangan sampah engkau perlakukannya.
Maybe perempuan abad baru yg bfikiran moden kononnya.
Entahlah....sendiri fikirlah.
Mcm kes ni...sanggup bunuh anak sdiri....manusia2.
Hilang sudah rs kemanusiaan agaknya.


PULAU PINANG - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua orang anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd.Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Tuesday, March 9, 2010

Kenapa Manusia Makin Kejam Sekarang? Pukul, Bunuh, Dera & Buang Anak!!

Gambar skadar hiasan je


Seolah semacam satu musim pula sekarang ni. Saban hari kita asyik dengar kes yang tak berperikemanusian. Pukul anak…bunuh anak….dera anak….buang anak dan bermacam lagi kes yang melibatkan anak-anak ni. Isss…memang tak ada hati perut langsung. Naik geram juga dengar kes macam ni. Mereka ni bukan manusiakah apa. Tak ada rasa belas kasihan betul.

Kalau Tuhan dah bagi rezeki tu, cubalah bersyukur. Kalau tak nak bagi orang yang amat amat memerlukannya. Ramai orang kat luar sana tu yang teringin mempunyai anak sendiri. Ni tak buang macam tu je. Ingat anak tu sampahkah? Cubalah diri sendiri diperlakukan macam tu baru tau.

Baru-baru ni kes budak syafiah yang meninggal kena pukul dengan kekasih emak yang maybe otak tak betul sebab dadah. Entah apalah pihak kerajaan akan lakukan. Ikut hati nak je bagi hukuman apa ya kepada orang macam ni. Saya pun tak pasti hukuman apa. Rasa hukuman berat banyak banyak, jangan sikit. Yelah hati tu macam syaitan dah. Buat perkara yang tak berperikemanusiaan. Si emak pula. Entah mana akal fikiran dia agaknya. Takkanlah tak tahu anak diperlakukan sebegitu. Tak payahlah berlakon. Kalau betul bersalah. Sembunyikan diri pun tak guna. Tuhan maha mengetahui segalanya. Eiiiiiiii…geram betullah. Benci betul dengan orang macam ni.

Friday, March 5, 2010

Dahsyat Betullah Panahan Cemburu Ni...Boleh Bunuh Orang!!

Bahaya btllah kalau ada rakan yg cemburu sampai nk bunuh kita.
Seram sy kalau ada.
Mintalah dijauhkan.


ALOR SETAR – Seorang wanita yang tidak dapat menahan rasa cemburunya bertindak kejam apabila menikam seorang jurujual sebuah kedai alat tulis bertubi-tubi hingga mati sebelum menikam dirinya sendiri di Taman Kristal Mergong di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam berhampiran sebuah bendang itu mengakibatkan, Suhana Mohd. Shariff, 26, mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di perut dan dada dengan menggunakan pisau pemotong sayur oleh suspek yang dikenali sebagai Oren, 33.

Sebaik melihat mangsa berlumuran darah, suspek yang merupakan seorang wanita berperwatakan lelaki kemudian cuba membunuh diri dengan menikam dada dan menggelar tangan kiri sendiri tetapi dapat diselamatkan.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."