Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kes. Show all posts
Showing posts with label kes. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Saman Bermusim


Boring betullah.....tengah syok2 menuju ke terminal bus bersama member...tiba2 kesesakan lalu lintas berlaku..fikir apa ke benda. Ada insiden ke.


Tengok2...polis trafik buat road block....sukahati mereka je buat..hehehe. Biasalah kan, nak dekat perayaan Hari Raya Haji katakan. Mesti ada kes saman2 ni...boring betul.


Semakan Saman Polis dan JPJ



Kasihan member aku tu...kena saman sebab plat nombor berkilau sikit....alahai tu pun boleh jadi kes...sebelum ni rasa ok je...entahlah, saman bermusim katakan. Malas nak komen banyak...nanti kena saman polis trafik pula...hahaha.

Tuesday, February 1, 2011

Alahai....Hakim Syarie Pula Didakwa Berkhalwat, Tak Boleh Jadi Ni!!!

Apa...hakim Syarie didakwa berkhalwat? Biar betul? Hakim Syarie bah. Ni tak boleh jadi ni, buat malu orang mahkamah syariah je. Mana nak letak muka beb. Selalu hakim ni akan mengadili pesalah, ni sebaliknya. Dia pula buat salah. Tapi tak dinafikan, kita ni manusia biasa tak lari dari melakukan kesalahan. Namun, harus ingat anda tu keje di mahkamah syariah, hakim pula tu...issssssss...apa nak jadi dengan dunia sekarang.


Hakim Syarie didakwa khalwat

Credit:Kosmo

GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu.
Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi.
Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri.


Walauapapun kes ni belum tahu penyelesaiannya lagi. Masih kes dakwa2, lagipun tertuduh mengaku tak bersalah. So, tunggu jelah apa endingnye. Harap kes ni tak membawa kesan buruk pada imej mahkamah syariah ye.

Sunday, December 5, 2010

CoretanMaya: Apa Yang Anda Harapkan Pada Sebuah Hubungan Cinta?

Secawan cinta!!

Saya nak tanya anda, apa yang anda harapkan pada sebuah hubungan cinta? Kenapa anda nak bercinta? Adakah kerana terikut dengan kawan2 anda. Yelah, kawan2 dah ada pasangan, so anda pun teringin nak berpasangan juga. Ni kes masa zaman sekolah2 dulu or masa usia masih fresh.


Bila usia dah meningkat, pastinya hubungan cinta pun makin lebih matang dan serius. Lebih ke arah memikirkan masa depan untuk hidup bersama dan membina sebuah mahligai indah yang dihiasi putera puteri yang comel2 hasil hubungan suci yang terjalin antara anda berdua.


Tapi masa sekarang hubungan cinta nampaknya lebih kepada nafsu semata-mata. Kenapa saya kata macam tu? Tengok saja kes yang hangat diperkatakan sekarang. Kes buang bayi. Bila asyik dalam cinta, si lelaki yang bukan berniat nak serius dalam hubungan. Cuba meminta si perempuan membukti cintanya dengan memberi sesuatu berharga dalam dirinya. Lepas lemah dengan pujuk rayu. Si perempuan layu dalam dakapan dosa si lelaki.


Akhirnya apa berlaku? Ha nilah yang berlaku…..
Bayi tak berdosa ibarat sampah dibuang begitu saja.

Bukti cinta dah terhasil, mana pergi si lelaki pula. Dah buktikan cinta dengan nilai sebuah maruah si perempuan. Takkan hilang kot. Si perempuan pula, mana nilai kasih sayang keibuan dan kemanusian anda. Sanggup anda buang dan bunuh bayi tak berdosa ya. Ingat bayi tu sampahkah? Cuba diri anda diperlakukan seperti itu. Macam mana rasa? 


Ingat!! Apa yang anda lakukan sekarang akan sentiasa mengekori anda sampai bila2. Penyesalan tak berguna lagi. Dan bila si anak bertanya kepada anda berdua atas perbuatan kamu berdua. Apa anda akan katakan?


Kita menjalinkan hubungan cinta bukan untuk mempermainkan maruah orang lain. Bukan untuk menjadikan bayi tak berdosa menjadi mangsa kekejaman anda. Mudahan Tuhan membuka pintu hati generasi sekarang agar lebih bersikap bertangungjawab dan bertimbangrasa. Lebih bersikap kemanusiaan. Dari sikap kebinatangan. 


Moga Tuhan selamatkan generasi baru kita dari tercemar arus kemodenan yang sering menangih perubahan sikap dan pemikiran manusia. Berubah ke arah baik tak pe, ni lebih kepada kemusnahan saja. Fikir-fikirkanlah!!!.

Nukilan;


Tuesday, April 20, 2010

Perempuan Jadi Wali Nikah.....Tak Pernah Dengar Pun!

Perempuan jadi wali nikah...dapat meh?
Mn dpt, setau akulah hanya lelaki je dapat berbuat demikian.
Nilah ptama kalinye dlm hidup aku dgr kes mcm ni.
Tak pcaya baca berita kat bwh tu.

Credit:Google

KUALA LUMPUR - Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menarik perhatian ramai apabila seorang suri rumah mendakwa pernikahannya enam tahun lalu berwalikan kakak sulung yang berwatakan seperti lelaki.


Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, mualaf berasal dari Sarawak memberitahu, dia terpaksa membenarkan kakaknya menjadi wali berikutan diugut untuk dibuang keluarga jika enggan mengikut arahannya selain mengaku jahil mengenai hukum Islam.


Farhana berkata demikian semasa memberi keterangan ringkas di hadapan Hakim Mohamad Yunos Mohd. Zin berhubung permohonannya untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dengan suaminya, Ahmad Salim Maideen.

Sunday, April 18, 2010

Lelaki Anggap Wanita 'Lauk'.....Betul Ke Ni?

Sering kita dengar kes mengenai wanita yang kena dera, simbah dengan asid, bunuh & sewaktu dengannyalah. Alahai apalah nasib wanita ni ye. Kenapalah lelaki buat kita macam ni? Adakah kita ni dianggap oleh lelaki sebagai 'Lauk' mereka? Sukahati buat ikut kemahuan mereka saja. Mentang2 kita ni kaum yang lemah, tak mampu nak lawan.


Sebagai contoh, kes Nor Shamila A. Majid, ibu kepada 4 orang anak menjadi mangsa tetak suami Februari lalu. Ke mana ptimbangan diri seorang suami ketika itu agaknya. Sampai sanggup berbuat demikian dengan isterinya yang dinikahi & melahirkan 4 bukti kasih & cinta mereka. Pelik juga. Kenapa manusia bersikap begitu? Dulu sayang sekarang benci. Biasalah hati manusia boleh berubah bila2 masa. Sukar untuk dijangka.


Namun janganlah jadikan wanita sebagai mangsa untuk lepas panas baran. Kalau ada perkara yang tak puas hati, bawalah berbincang. Bukan bertindak meluru sampai mendera. Tak pasal2 jadi kes polis pula. Masuk penjara, kan malu je.

Tuesday, January 19, 2010

Manohara Cari Bakal Suami....Siapa Sudi, Angkat Tangan!!!

Cantikkan!!!..... Manohara ni.
Dulu heboh psl kes beliau dgn bekas suaminya.
Sy pun tk pasti mcm mn pjalanan kes beliau...mls nk tahu sgt.
Dengar khabar dia nk cari calon suami...siapalah btuah tu ya??

JAKARTA - Manohara Odelia Pinot (gambar) iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry telah membuka pintu hatinya untuk mencari calon suami, lapor akhbar RMBlitz semalam.

"Jika ada yang sesuai (jika terjumpa calon suami baru) kenapa tidak?" kata Manohara semasa ditemui di Jeruk Purut, Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."