Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Harapan Pada Mu Subur Kembali - Nazrey Johani

Malam sepi dan damai ini....bestnye dapat layan lagu2 yang menginsafkan diri, terasa banyak kekurangan diri ini dan banyak dosa yang belum terhapus. Mudahan Allah mengampuni dosa hamba-Nya ini dan mudahan aku sentiasa mengingati-Nya. Amin.


Harapan Pada Mu Subur Kembali
Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Semula
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini


Credit:Youtube


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

Saturday, February 12, 2011

Aku Masih Dara (2010) - Full Movie

Petang ni juga layan movie 'Aku Masih Dara'. Cerita pengajaran buat kita sekarang yang selalu leka dengan kehidupan dunia tanpa mempedulikan anak2 dan didikan agama. Not bad juga jalan ceritanye. Jom Layanzzz...........:)

Credit:Youtube


Pelakon : 

Raja Farah, Asyraf Muslim, Norliana Samsuddin, Farid Kamil, Diana Amir, Reanna


Sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing.


Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang. Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah.


Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’….Sumber:sinema-21

Sunday, January 30, 2011

Manusia Tak Berperikemanusiaan...Buang Bayi Macam Buang Sampah

Credit:Kosmo


Tak sudah2 dengan isu pembuangan bayi ni, semacam tiada tindakan tegas dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani masalah manusia yang tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan. Pandai buat tapi tak pandai nak pikul tanggungjawab.


Wahai manusia tak berhati perut ni, kalau anda rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat, janganlah bertindak kejam dengan bayi tak berdosa ini. Ingat, di dunia anda terlepas. Di akhirat kelak, taulah anda macam mana rasanya. Setiap dosa kita buat walau sekecil mana pun akan diadili. Ini kan tindakan anda yang membuang bayi tak berdosa ini semacam sampah saja. Cubalah diri anda dibuat macam tu, apa anda rasa?

Mayat bayi dicampak dalam longkang

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.


Memang buat aku panas hati je baca berita sebegini. Berbuih dah mulut berkata2. Tapi macam tu juga akhirnya. Entah mana silapnya lagi. 


Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan tegas mengenai masalah pembuangan bayi ini. Dan masyarakat jangan terlalu menekan mereka yang mengalami masalah mengandung anak luar nikah. Kerana kadang2 tindakan kita akan membawa gejala ini lebih serius. Jangan hina tapi bimbing mereka balik ke pangkal jalan yang diredhai Allah. Sebab kita semua bukannya sempurna.


p/s: Emm...kasihan tengok bayi2 tak berdosa ni dibuang macam tu je. Sedangkan orang yang sukar nak dapatkan bayi, bukan main berusaha lagi. Ni kan pula yang senang2 dikurniakan bayi, buang macam sampah je. Alahai...tak bersyukur langsung. Entahlah tak tau nak cakap apa dah.

Sunday, December 5, 2010

CoretanMaya: Apa Yang Anda Harapkan Pada Sebuah Hubungan Cinta?

Secawan cinta!!

Saya nak tanya anda, apa yang anda harapkan pada sebuah hubungan cinta? Kenapa anda nak bercinta? Adakah kerana terikut dengan kawan2 anda. Yelah, kawan2 dah ada pasangan, so anda pun teringin nak berpasangan juga. Ni kes masa zaman sekolah2 dulu or masa usia masih fresh.


Bila usia dah meningkat, pastinya hubungan cinta pun makin lebih matang dan serius. Lebih ke arah memikirkan masa depan untuk hidup bersama dan membina sebuah mahligai indah yang dihiasi putera puteri yang comel2 hasil hubungan suci yang terjalin antara anda berdua.


Tapi masa sekarang hubungan cinta nampaknya lebih kepada nafsu semata-mata. Kenapa saya kata macam tu? Tengok saja kes yang hangat diperkatakan sekarang. Kes buang bayi. Bila asyik dalam cinta, si lelaki yang bukan berniat nak serius dalam hubungan. Cuba meminta si perempuan membukti cintanya dengan memberi sesuatu berharga dalam dirinya. Lepas lemah dengan pujuk rayu. Si perempuan layu dalam dakapan dosa si lelaki.


Akhirnya apa berlaku? Ha nilah yang berlaku…..
Bayi tak berdosa ibarat sampah dibuang begitu saja.

Bukti cinta dah terhasil, mana pergi si lelaki pula. Dah buktikan cinta dengan nilai sebuah maruah si perempuan. Takkan hilang kot. Si perempuan pula, mana nilai kasih sayang keibuan dan kemanusian anda. Sanggup anda buang dan bunuh bayi tak berdosa ya. Ingat bayi tu sampahkah? Cuba diri anda diperlakukan seperti itu. Macam mana rasa? 


Ingat!! Apa yang anda lakukan sekarang akan sentiasa mengekori anda sampai bila2. Penyesalan tak berguna lagi. Dan bila si anak bertanya kepada anda berdua atas perbuatan kamu berdua. Apa anda akan katakan?


Kita menjalinkan hubungan cinta bukan untuk mempermainkan maruah orang lain. Bukan untuk menjadikan bayi tak berdosa menjadi mangsa kekejaman anda. Mudahan Tuhan membuka pintu hati generasi sekarang agar lebih bersikap bertangungjawab dan bertimbangrasa. Lebih bersikap kemanusiaan. Dari sikap kebinatangan. 


Moga Tuhan selamatkan generasi baru kita dari tercemar arus kemodenan yang sering menangih perubahan sikap dan pemikiran manusia. Berubah ke arah baik tak pe, ni lebih kepada kemusnahan saja. Fikir-fikirkanlah!!!.

Nukilan;


Thursday, November 18, 2010

Keistimewaan Wanita Yang Patut Kita Tahu

Credit:Google

Hari ni aku nak share sikit psl sst yg amat istimewa mgenai wanita. Sebenarnya kita ni beruntung menjadi seorang wanita. Kenapa? Sebabnye...anda bacalah 19 keistimewaan wanita di bawah ini. Dan aku pasti anda myukainye. So, jangan ingat diri anda wanita lemah saja tapi sebenarnya kita ni banyak keistimewaannye dan bisa mengegarkan dunia. Tak percaya tanya pakar...hehehe.


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Saturday, October 23, 2010

Mengemis Kasih: Nazrey Johani feat Far East

Lagu yg btl2 mgusik kalbu.
Terasa byk dosa dlm diri ini.
Terlalu kerdil diri ini di sisi Allah.




Mengemis Kasih Nazrey Johani feat Far East


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah…

Friday, May 14, 2010

Bayar RM170 Dapat Layanan Seks Istimewa Sampai Ke Pagi........Gila Dah Ke?

Apa nak jadi dah perempuan zaman sekarang. Sampai sanggup jual maruah diri dengan harga RM170 je. Untuk satu malam...murahnya. Dahlah tu layanan seks istimewa sampai ke pagi. Gila ke buat macam tu. Entah apa mereka fikir aku pun tak tahu.


Yang melanggan tu pun, tak sedarkah. Kalau terkena AIDS baru tau. Baru nak ingat Tuhan. Dosa pahala. Masa buat bukan main syok lagi. Lupa itu ini. Alahai dunia.

JOHOR BAHRU - Bayar RM170 dapat layanan seks istimewa sampai ke pagi.

Itu pakej hebat yang ditawarkan oleh wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah kafe hiburan di Taman Gaya, Ulu Tiram di sini sejak setahun lalu.

Pelanggan didakwa hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM170 bagi mendapatkan khidmat seks GRO di kafe hiburan itu atau lebih popular dengan gelaran 'awek kafe'.

Kafe yang beroperasi setiap hari itu membuka bisnesnya dari pukul 6 petang hingga pukul 2 pagi.

Memang dashyatkan perempuan yang buat macam tu. Emmmm.....tak pelah diri sendiri yang tanggung bukan orang lain. Maybe nak sara hidup diri agaknya. Yelah hidup makin tertekan. So, jalan singkat. Pilih itu lo. Entahlah...apa2 je.

Thursday, April 29, 2010

Kenapa Dia Menjadi Mangsa.....Sudah Hilang Akal Ke Anda?

Pembuangan bayi & kes penderaan budak2 ni memang tak pernah2 nak surut. Ada2 saja berita gempak membanjiri dada suratkhabar. Tak serik2 orang yang buat dosa ni ye. Agaknya hukuman kerajaan buat terlalu ringan sebab tu kes sebegini macam cendawan tumbuh selepas hujan je.


Entahlah manusia akhir zaman ni. Tak takut dosa sudah. Darah daging sendiri boleh buat macam tu, ni kan bukan darah daging sendiri. Sedangkan binatang sayang anaknya, inikan kita manusia yang Tuhan berikan akal lebih teruk pemikirannya dari yang tak berakal. Nanti kalau Tuhan tak bagi anak, baru tau. Baru nak menyesal tak sudah2. Bila sudah dibagi rezeki, buang macam sampah je.


Kalau dah tahu buat, tahulah tanggung. Jangan pula berkelakuan macam orang tak bertuhan ok. Sayangilah bayi & budak2 yang tak berdosa tu. Hargai rezeki dari Tuhan sebaiknya. Faham tak? 


Tengok gambar bawah ni...kasihankan budak yang kena dera. Kena cucuk dengan putung rokok. Orang yang buat perkara ni memang tak berakal. Tak sakit ke bodoh. Geram betul aku dengan orang macam ni. Cian tengok budak tu. Mudahan orang yang buat perkara ni akan mendapat balasan yang setimpal atas pbuatan kejamnya ini.


Saturday, April 24, 2010

Maut Dalam Longkang, Akibat Berkhalwat........Balasan Atas Dosa Yang Dilakukan

Iss...bahaya juga ye, sampai mati macam tu skali.
Jatuh dari bangunan terus meninggal dlm longkang.
Adakah itu balasan yg Tuhan balas atas pbuatan dosanya?
Fikir2kanlah??


Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam.
 
 
Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan.

Tuesday, April 20, 2010

Apa Yang Anda Harapkan Pada Sebuah Hubungan Cinta?


 Credit:Google

Saya nak tanya anda, apa yang anda harapkan pada sebuah hubungan cinta? Kenapa anda nak bercinta? Adakah kerana terikut dengan kawan2 anda. Yelah, kawan2 dah ada pasangan, so anda pun teringin nak berpasangan juga. Ni kes masa zaman sekolah2 dulu or masa usia masih fresh.


Bila usia dah meningkat, pastinya hubungan cinta pun makin lebih matang dan serius. Lebih ke arah memikirkan masa depan untuk hidup bersama dan membina sebuah mahligai indah yang dihiasi putera puteri yang comel2 hasil hubungan suci yang terjalin antara anda berdua.


Tapi masa sekarang hubungan cinta nampaknya lebih kepada nafsu semata-mata. Kenapa saya kata macam tu? Tengok saja kes yang hangat diperkatakan sekarang. Kes buang bayi. Bila asyik dalam cinta, si lelaki yang bukan berniat nak serius dalam hubungan. Cuba meminta si perempuan membukti cintanya dengan memberi sesuatu berharga dalam dirinya. Lepas lemah dengan pujuk rayu. Si perempuan layu dalam dakapan dosa si lelaki.

Friday, April 16, 2010

Sebuah Cinta Perlu Pengorbanankah?

Credit:Google


Cinta adalah suatu perasaan yang unik, yang sukar diluahkan melalui kata2. Ia mempunyai pengertian yang luas. Cinta boleh mengubah nasib seseorang. Samada bahagia mahupun derita. Terpulang pada perjalanan takdir cinta anda.


Persoalannya, perlukah sebuah cinta memerlukan pengorbanan? Adakah ia memang wajib dalam sebuah hubungan percintaan? Apakah jenis pengorbanan yang dimaksudkan itu?


Sebenarnya pada pandangan saya, setiap hubungan percintaan memang ada pengorbanannya tertentu. Saya maksudkan disini pengorbanan yang tidak melibatkan maruah diri tergadai. Selalunya yang sering meminta pengorbanan maruah diri ini datangnya dari pasangan yang hanya sekadar ingin mempermainkan maruah dan harga diri pasangannya. Bukannya serius dalam menjalin sesebuah hubungan suci.


 Credit:Google

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."