Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, January 30, 2011

Manusia Tak Berperikemanusiaan...Buang Bayi Macam Buang Sampah

Credit:Kosmo


Tak sudah2 dengan isu pembuangan bayi ni, semacam tiada tindakan tegas dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani masalah manusia yang tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan. Pandai buat tapi tak pandai nak pikul tanggungjawab.


Wahai manusia tak berhati perut ni, kalau anda rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat, janganlah bertindak kejam dengan bayi tak berdosa ini. Ingat, di dunia anda terlepas. Di akhirat kelak, taulah anda macam mana rasanya. Setiap dosa kita buat walau sekecil mana pun akan diadili. Ini kan tindakan anda yang membuang bayi tak berdosa ini semacam sampah saja. Cubalah diri anda dibuat macam tu, apa anda rasa?

Mayat bayi dicampak dalam longkang

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.


Memang buat aku panas hati je baca berita sebegini. Berbuih dah mulut berkata2. Tapi macam tu juga akhirnya. Entah mana silapnya lagi. 


Harap pihak berwajib dapat ambil tindakan tegas mengenai masalah pembuangan bayi ini. Dan masyarakat jangan terlalu menekan mereka yang mengalami masalah mengandung anak luar nikah. Kerana kadang2 tindakan kita akan membawa gejala ini lebih serius. Jangan hina tapi bimbing mereka balik ke pangkal jalan yang diredhai Allah. Sebab kita semua bukannya sempurna.


p/s: Emm...kasihan tengok bayi2 tak berdosa ni dibuang macam tu je. Sedangkan orang yang sukar nak dapatkan bayi, bukan main berusaha lagi. Ni kan pula yang senang2 dikurniakan bayi, buang macam sampah je. Alahai...tak bersyukur langsung. Entahlah tak tau nak cakap apa dah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."