Salam....dah malam rupanye..hehe. Aku nak share sikit petua untuk luahkan rasa cinta anda kepada orang yang anda sayang bangat tu. Nak simpan dalam hati sampai bila entahlah, buat pe. Eloklah luahkan. Kalau malu, nanti rugi sebab kita tak tau apa si dia fikirkan tentang diri anda. Kalau si dia jua seperti anda, sayang dan cinta dengan anda. Takkan rugi tu, kalau terlepas. Tapi kalau sebaliknya, janganlah bersedih sangat. Pasti akan jumpa yang sama2 berkenan di hati..betul tak?
Aku dulu pun bukannya pandai nak luahkan rasa cinta sayang ni. Kalau tak dimulai oleh si dia tercinta...hehehe pemalu katakan. Itu tak pe, sebab aku perempuan. Bah kata orang, takkanlah perigi mencari timba kan. So, patut timbalah yang mencari perigi. Tapi sekarang kadang2 keadaan terbalik. Perempuan lebih berani luahkan rasa hati dari lelaki. Hebatkan...hahaha. Apa2lah asalkan bahagia.
Petua luahkan rasa hati terpendam...hehehe :)
1. Ungkapkan cinta dengan sesuatu
- Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
2. Ungkapkan cinta secara langsung
- Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.
3. Kenali si dia dengan baik
- Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.
4. Siapkan Mental
- Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.
5. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta
- Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.
Sumber:Bicara Sentuhan Cinta
Sudah habis baca, so sekarang amalkanlah apa lagi. Manalah tau berkesan or tak. Tapi yang penting sebenarnya diri anda sendiri. Tak kisahlah pakai petua or tak, kalau diri anda sendiri tak berani. Manalah nak menuju ke step seterusnya.....just ungkapkan jelah rasa cinta tu, agar rasa lega sikit dihati :).
5 comments:
hehe, klu saya hentam jer wat muka selamber...berani gagal la katekan ekekeke.....
:( saya suka dia.dia ex saya.tapi saya masih suka dia.camana ek huhuhu
Faizal: oklah berani..hehehe
ayin: entahlah...situasi kita sama je...
Salam admin :) bila baca artikel di ats ni..teringat sy pada seorang wanita yg tidak mengenali sy sepenuhnya tetapi sering sy perhatikan dia tanpa dia sedari, dia adalah wanita yg bekerja di tempat yg sama dgn sy..sy da mula jatuh hati pada dia..tp entahlah sakitnya hati ini bila kita pendam perasaan pada seseorang..takut utk sy luahkan padanya kerana bimbang akn dikecewakan atau sy yg bertepuk sbelah tgn..sy hanya mampu pendam dan berserah pada ilahi..
Post a Comment