Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, January 19, 2011

Kau Cinta Dia Sebab Rupa Atau Hati?


Memang tak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih memandang rupa paras seseorang dulu sebelum mula menerimanya di dalam hati kita. Yelah kalau rupa paras

Tak mengancam dan seksi macam Megan Fox.


Tak menawan macam Lisa…


Tak secantik Erra Fazira…


Dan bagi lelaki pula, tak sehensem Hitrik Roshan


Tak secomel Jang Geun Seok



Kalau tak seperti mereka ni (contoh je), mana orang nak pandang sangat. Nak gorat pun banyak kali fikir. Inikan nak kenalkan kat kawan2 pun rasa malu….sebab tak lawa sangat. Macamlah diri tu cantik or hensem sangat sampai pandai nak nilai rupa paras org lain…betul tak?…hahaha.


Bukannya salah memilih idaman hati dari paras rupa. Siapa tak nak kekasih yang kuit muit dan comel. Semua mahu tapi kena fikir juga. Jangan kerana terlalu mengejar rupa paras yang memikat hati tu, kita lupa untuk menilai sejauhmana hati dia.


Cantik, hensem, cute.....menawan ke hati dia?, sama dengan rupa parasnya tu? Kalau sekadar rupa paras je memikat kalbu manakala hati jahat, penuh dengan hasad dengki, bangga diri (yelah dah hensem or cantik, semua orang pandang) dan tiada perasaan, tak payah jelah. Buat menyeksa diri saja.


Tapi…tak semua macam tu, ada yang memang hati baik sebaik rupa parasnya. Beruntuglah kalau temui orang itu. Amat bersyukur kalau dapat. Tak dapat pun, tak kisah. Sebab bagi aku, hati seseorang itu lebih penting sekarang ni. Rupa paras ok2, sudahlah. Lagipun usia kita kan setiap hari, tahun akan bertambah. Macam tu juga kecantikan or kehenseman tu, makin dimamah usia. So, fikirlah sendiri. Bila temui sseorang itu walaupun tak hensem, tak cantik tapi hatinya baik, ikhlas. Cubalah buka hati untuk menerimanya.


Bagi aku dalam hidup kita bukan nak mengejar kecantikan or kehenseman. Yang penting sekarang keikhlasan dan sifat kasih sayang dalam diri pasangan kita untuk meniti hari2 tua kita bersama kelak. Dan semestinya kita mahu setiap hubungan itu kekal hingga ke pelamin dan akhir hayat. Kalau boleh hingga ke syurga. InsyaAllah.

6 comments:

pak long said...

salam...
seeloknya biar lah yang sederhana..
bahagia dunia wl-akhiroh...

misslovalova said...

hee . betol tuh . kalau hensem tp hati tak hensem takley jadi jugak . :)

.::WaNiE::. said...

hensem sangat buat susah hati je

ahahaha

Azwan Aziz said...

mmg fitrah manusia nk yg cantik2 je.. tp jodoh ditangan Allah... semuanya dah ditentukan..

BalqeesAmanda said...

saya..kalau dah suka..tak hensem pon..nampak hensem..ngeh3,,

Admin said...

hehe pilihan masing2, yg ptg suka sudahlah...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."