Credit: mstar
Malam ni baru je balik ke hostel. Semalam ikut countdown di Esplanet Bintulu, then terus tidur di rumah amoi cina. Rindunye aku dengan blog, laptop dan bilik aku ni...hehehe. Macam lama pula tinggalkan bilik...:)
Sambil tengok2 page blogger dan entry terbaru dari blog yang aku follow. Tiba2 mata aku ni tertarik dengan entry 'Pelakon-Faizal Yusup Meninggal Dunia'.
Terkejut juga dengar berita tu. Tak sangka pula cepat betul masa berlalu. Kes perceraian beliau dengan Siti Nordiana, aku rasakan baru je berlalu. Ni terdengar pula berita kematian beliau.
Apa2 pun itu sudah ketentuan yang Maha Esa. So, bagi kita yang hidup ni, perlulah teruskan hidup. Al-Fatihah buat arwah Faizal Yusup, aku sampaikan. Mudahan roh beliau bersama orang beriman. Amin.
KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi."Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat...berita lanjut: Mstar
3 comments:
salam...
saya pun terkejut...
alfaithah ...moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
amin
wslm...itulah..Al-Fatihah buat beliau..
aku jer kot yg kenal org ni..tp umur br 33 daa sakit jantung...fuhh..mati tue mmg tibe2..mmg buat aku lagi semangat nk exercise tiap2 minggu..haih....
al-fatihah...
Post a Comment