Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, January 31, 2011

Naik Naik Naik: RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

Credit:Google


Alahai...asyik dengar berita minyak naik je. Barang lain pun aku ada dengar member cakap naik juga. Parah parah parah. Barang naik, gaji naik sikit je. Entah macam manalah nak hidup ni hoi...kalau semua asyik nak naik je. Bilalah nak turun2nye.


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.


Nampak gaya lepas ni, ramailah orang merungut. Lebih2 lagi pemandu kenderaan yang memang sering pakai minyak RON97. Ok.....sebelum tengah malam ni...cepat2 isi penuh tangki minyak kamu orang. Lepas tu minyak akan naik. Makin parahlah kita....alahai. Apalah nasib.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."