Yeppie..kahwin dah :)
Kahwin…seronoknya kalau dapat berkahwinkan. Dapatlah bersama orang yang kita cintai sentiasa. Siang dan malam. Yang paling penting ada orang disisi kita semasa kita susah mahupun gembira. So, adalah orang tempat kita bergantung harap dan perlu sentiasa. Lebih2 lagi masa menempuhi usia tua.
Alangkah bahagia, kalau perkahwinan itu sentiasa disinari cahaya keimanan dan kebahagiankan. Sentiasa hangatkan cinta dan kasih sayang hingga akhir tua…kan best. Kalau boleh aku pun nak macam tu. Haraplah…hehe3.
Sebenarnya lepas anda mendirikan mahligai syahdu apa yang anda impikan? Topik kita not about seks or manja2 ye. Sila fokuskan pada benda yang positif ok.
Selepas kahwin, kalau dalam fikiran akulah. Rasanya semua orang macam tu juga. Pastinya mahu jaga keharmonian rumahtangga agar kekal hingga akhir hayat dan selamanya. Betul tak? Tipulah kalau tak.
Sesiapa yang kata tak tu maksudnya dia suka2 nak kahwin. Nak permainkan perasaan dan merosakkan hidup pasangannya or just atas kehendak nafsu seks je. Orang macam ni harus dan mesti dijauhi ok….anak2 sekalian.
Apa lagi ya…oh ya. Kalau kahwin pasti mahu zuriatkan…anak2 yang akan menyerikan lagi istana bahagia anda. Tapi nak berapa orang ya? Nak satu team pasukan bola boleh tak? Fuh…jenuh nak beranak tu…ha3. Tapi kalau dah rezeki, tak salah pun..betul tak.
My dream..mahu ada pulau sendiri..hahahaha
Ada setengah orang kalau lepas kahwin tak suka diam bersama mertua. Emm ada setengahnya memang tak kisah. Kalau aku, kalau boleh tak mahulah. Rasa tak selesa sikit. Lagipun aku ingin memiliki dan diam di rumah sendiri. Nak buat apa2 saja hiasan kat rumah sendiri tak jadi masalah. Tak ada yang kecik hati ma.
Bukan bermakna diam dengan mertua salah. Cuma aku ni kurang selesa kalau macam tu. Lagipun impian setiap orang mahu menguruskan rumahtangga sendiri dengan aman..hehe3.
Apa lagi ye? Cuma fikir. Aku belum kahwin, so tak tahu nak fikir apa lagi impian lepas kahwin. Yang tu je aku fikir saat dan ketika ini. Maybe banyak lagi yang lebih menarik…kan. Sila beri pandangan sikit, wahai pengunjung yang murah hati.
2 comments:
tanggungjawab bertambah, kematangan bercambah...:)
emm btl tu...semua brtambah..hehe...
Post a Comment