Say 'NO' plastic bags
Emmm nampak gaya permulaan tahun 2011 ni kenalah amalkan sikap 'no plastic bags' masa membelah belah di shopping complex ye. Walaupun kempen ni sudah lama tapi disesetengah tempat masih belum melaksanakannya.
Baru2 ni iaitu cuti tahun baru 2011, aku tengok kempen 'no plactic bags' sudah dilaksanakan di 3 buah shopping complex yang agak terkenal di Bintulu iaitu Parkcity Mall, Farley and Sing Kwong. Yelah tak ada tempat lain lagi menarik kaki ni nak pergi mana2 selain 3 buah shopping complex ni. Tempat lain, aku tak pasti sangatlah. Rasanya hanya pada hari sabtu je, kempen ni dilaksanakan. Emmm...tak pasti sangatlah pula. Sebab tak baca betul2 notis hari tu...:)
Apa2 pun, sediakanlah bag macam di bawah ni....ye!!
So, bila bershopping nanti tak payahlah asyik nak kena beli je. Nanti bertimbun pula koleksi bag macam ni di rumah anda...hehe.
Bag yang colour hijau tu, diberi free je masa anda membeli barangan bernilai RM180 ke atas di Farley. Kena beli banyak baru dapat free. Kalau banyak lagi, dapatlah free bag yang lagi besar. Itupun masa nak dapat free bag ni, aku dengan amoi cina kongsi beli. Kalau tak, manalah dapat.
Yang colour merah, bag dari Sing Kwong. Yang ni kenalah beli dengan harga RM2.50, kalau tak silap akulah. Sebab bukan aku yang beli tapi amoi cina yang over excited sangat nak miliki bag tu. Itupun kena beli barang RM50 ke atas. So, terpaksalah share2 beli barang lagi untuk memenuhi hajat amoi cina ni..hehe.
Mulai sekarang dan akan datang, kenalah selalu bawa bag ni masa nak shopping sabtu ni.....hargai bumi anda.
Sama2 menyahut kempen 'No Plastic Bag Day'
5 comments:
skrg ni kena bawak beg dari rumah la kalau nak shopping. huhu..
nampak gaya macam itulah..
yup..selamatkan bumi kita dr pcemaran...hehehe...kempen rokok, kalau ada pun, rsnya kurang bjaya...agaknyelah
ade byk beg camtue..suke beli sebab ade kaler cam2 pastu ade bling-bling..ade yang dpt free..haha
oo..oklah tu..buat koleksi
Post a Comment