Hari sabtu, malam ahad minggu lepas, aku dapat jemputan khas dari member cina satu ofis aku ni sempena hari jadinya hari ni. Dia buat majlis makan2 awal, sebab time tu je ada masa. Kalau hari ni, suaminya kerja di luar kawasan...hehehe.
Ramai juga kenalan member aku ni datang. Semuanya sama kerja di bawah satu syarikat. Cuma tak berapa nak kenal sangat sebab kawan suaminya yang ramai datang. Apa2 pun, yang penting perut kenyang.
Antara makanan yang dihidangkan malam hari jadi member aku tu ialah:
Mee umur panjang yang digoreng2.
Mee ni dalam bahasa cina...aku tak tau nak eja..:)
Tauhu goreng bercampur dengan seafood.
Aku tak pandai makan tauhu, so aku tak makan lo.
Haha...setengah tinggal.
Yang ni ayam goreng lemon...sedap.
Yang ni paling aku suka.
Udang goreng...sedap beb!!
Sayuran campur......aku suka makan cendawan je :)
Satay ayam and daging...bolehlah tahan rasanya.
Mula2 aku fikir satay tu menu terakhir, rupa2nya ikan stim ni.
Makan jelah walaupun masa tu perut penuh..:)
Dan dalam tengah2 makan tu...ada upacara potong kek.
Nilah kek hari jadi member aku ni.
Emm...sedapkan semua makanan tu, harganya aku tak tahu. Lupa nak tanya member aku tu...hehehe. Lepas perut kenyang and semua dah habis...apa lagi, baliklah..:)
3 comments:
emm tq very much...
meriah betol makanan...macam nak sikit..ada lagi tak?..hehe
hahaha...dah jd tut..:)
Post a Comment