Membawa haluan masing2.
Fenomena kahwin dan cerai makin menghantui alam perkahwinan manusia akhir zaman sekarang. Tak kira kahwin muda or dah lama kahwin. Perceraian seolah2 satu kewajipan dalam sebuah perkahwinan sekarang. Rata2 yang mengalami proses perceraian ini ialah yang kahwin muda. Salahkah kita kahwin muda? Adakah kahwin lewat usia, semua berakhir dengan happy ending macam cerita dogeng fairy tales?
Tak kira kahwin muda or lewat usia, yang menjadi persoalan sebenar kenapa perceraian harus berlaku dalam sebuah perkahwinan yang diharumi dengan kasih saying permulaannya? Kenapa? Pelbagai jawapan dan pendapat aku dengar di facebook bulan lepas.
Punca yang lain ialah sebab diri kita sendiri. Sepertimana komen salah seorang di facebook. Dia cakap ‘berapa juta kaum hawa tak tutup aurat atau tutup tapi saja melekok2kan apa yang terlekok. Sebab itu suami boring. Lama2 si isteri di hempok. Sebab kaum hawa memang tak reti jaga maruah dan iman. Biasalah dalam neraka pun ramai kaum hawa.’ Rata2 pengomen terlalu menyalahkan kaum hawa dalam hal ini. Bukan aku menafikan apa yang dikatakan beliau.
Memang ada setengahnya kaum hawa sedemikian. Namun, harus diingat punca sesebuah perkahwinan runtuh bukan hanya terletak pada bahu kaum hawa. Terokai diri anda sendiri sebelum menuding jari kepada sepisis berlawanan. Bila kaum hawa tergelincir ke landasan iman, sebagai suami haruslah membimbing tangan kaum hawa menuju ke arah iman yang diredhai Allah. Bukannya menuduh dan membiar kaum hawa terkapai begitu saja. Fikirlah sendiri.
Sebenarnya banyak punca perceraian yang berlaku. Nak tulis semua kat sini, rasa tak larat pula. Paling ringkaslah lengkapkan diri dengan agama dan iman di dada. Praktikkan ilmu rumahtangga yang telah diterangkan semasa kursus kahwin, cuba fahami tanggungjawab sebagai suami isteri sebelum or selepas kahwin. Jangan kahwin hanya kerana rupa dan nafsu kerana ia hanya membawa keruntuhan rumahtangga.
Bagi lelaki yang ingin mencari wanita solehah, lengkapi diri anda dahulu sebelum mengimpikan untuk memiliki mereka. Begitu juga wanita, jagalah perilaku dan maruah anda lebih2 lagi sudah menjadi isteri. Pelajari tanggungjawab anda sepenuhnya. Jaga kerukunan rumahtangga anda sebagaimana anda menjaga maruah diri anda.
Akhir kata, maaf kira entry ini menguris rasa sesiapa pun. Aku tak berniat untuk menyalahkan sesiapa kerana masalah ini berpunca dari semua pihak tak kira anda lelaki or perempuan. Semua bertanggungjawab dalam hal ini. Renungi diri dan fikir sebelum bertindak. Moga kita dijauhkan dari masalah ini. Moga harmoni rumahtangga yang dibina kerana kita insan biasa, tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
3 comments:
wadud setuju gak...
tapi ada satu prob lagi..
drang sebenar xpercaya diri sendiri, xpercaya pasangan, percaya just time mula2 kenai sebelom kawen.. tu lah pasal..
nak mengekalkan perkahwianan tu sendiri suatu tugas yang berat kan?
Latest, Perlu marah apabila sentiasa berselisih faham?
wadud: btl jugak tu....hope kalau boleh kekalkan bahagia ms bcinta hingga kahwin then hingga akhir hayat.
student: mmg berat tanggungjawab tu tapi kalau sama2 btolak ansur, InsyaAllah semua ok. Yg ptg sentiasa bdoa kepada Allah...buat apa yg ptt pd rumahtangga yg dibina
Post a Comment