Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label cerai. Show all posts
Showing posts with label cerai. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Orang Kahwin Makin Ramai, Orang Cerai Pun Lagi Ramai...Apa Puncanya?

Membawa haluan masing2.



Fenomena kahwin dan cerai makin menghantui alam perkahwinan manusia akhir zaman sekarang. Tak kira kahwin muda or dah lama kahwin. Perceraian seolah2 satu kewajipan dalam sebuah perkahwinan sekarang. Rata2 yang mengalami proses perceraian ini ialah yang kahwin muda. Salahkah kita kahwin muda? Adakah kahwin lewat usia, semua berakhir dengan happy ending macam cerita dogeng fairy tales? 


Tak kira kahwin muda or lewat usia, yang menjadi persoalan sebenar kenapa perceraian harus berlaku dalam sebuah perkahwinan yang diharumi dengan kasih saying permulaannya? Kenapa? Pelbagai jawapan dan pendapat aku dengar di facebook bulan lepas.


Ada yang mengatakan tiada jodoh penyebab penceraian berlaku. Itu memang tidak dinafikan sekali. Bila dah tak de jodoh, kita sendiri tak dapat nak buat apa2kan. Ada juga sebab keluarga yang suka bising2 bila anak dah menjangkau remaja, sibuk nak suruh anak kahwin cepat. Sedangkan anak masih belum mengenal erti tanggungjawab sepenuhnya dan pendidikan belum cukup lagi di dada. Hah..perlukah salahkan keluarga dalam hal ini? Anda fikir sendiri.


Punca yang lain ialah sebab diri kita sendiri. Sepertimana komen salah seorang di facebook. Dia cakap ‘berapa juta kaum hawa tak tutup aurat atau tutup tapi saja melekok2kan apa yang terlekok. Sebab itu suami boring. Lama2 si isteri di hempok. Sebab kaum hawa memang tak reti jaga maruah dan iman. Biasalah dalam neraka pun ramai kaum hawa.’ Rata2 pengomen terlalu menyalahkan kaum hawa dalam hal ini. Bukan aku menafikan apa yang dikatakan beliau. 


 Tolong jangan lepaskan saya.


Memang ada setengahnya kaum hawa sedemikian. Namun, harus diingat punca sesebuah perkahwinan runtuh bukan hanya terletak pada bahu kaum hawa. Terokai diri anda sendiri sebelum menuding jari kepada sepisis berlawanan. Bila kaum hawa tergelincir ke landasan iman, sebagai suami haruslah membimbing tangan kaum hawa menuju ke arah iman yang diredhai Allah. Bukannya menuduh dan membiar kaum hawa terkapai begitu saja. Fikirlah sendiri. 


Sebenarnya banyak punca perceraian yang berlaku. Nak tulis semua kat sini, rasa tak larat pula. Paling ringkaslah lengkapkan diri dengan agama dan iman di dada. Praktikkan ilmu rumahtangga yang telah diterangkan semasa kursus kahwin, cuba fahami tanggungjawab sebagai suami isteri sebelum or selepas kahwin. Jangan kahwin hanya kerana rupa dan nafsu kerana ia hanya membawa keruntuhan rumahtangga.


Bagi lelaki yang ingin mencari wanita solehah, lengkapi diri anda dahulu sebelum mengimpikan untuk memiliki mereka. Begitu juga wanita, jagalah perilaku dan maruah anda lebih2 lagi sudah menjadi isteri. Pelajari tanggungjawab anda sepenuhnya. Jaga kerukunan rumahtangga anda sebagaimana anda menjaga maruah diri anda. 


Akhir kata, maaf kira entry ini menguris rasa sesiapa pun. Aku tak berniat untuk menyalahkan sesiapa kerana masalah ini berpunca dari semua pihak tak kira anda lelaki or perempuan. Semua bertanggungjawab dalam hal ini. Renungi diri dan fikir sebelum bertindak. Moga kita dijauhkan dari masalah ini. Moga harmoni rumahtangga yang dibina kerana kita insan biasa, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. 



Nukilan;



 

Saturday, July 17, 2010

Maya Karin Cerai Talak Satu....Satu Persatu Orang Bercerai Ni???

Permulaan nampak bahagia dan mesra, tapi kita tak tahu phujung dlm sbuah phubungan.
Itulah yg selalu kita lalui dlm meniti kehidupan di dunia ini.
Apa yg blaku ke atas Maya Karin dan Mohammad Ali pun begitu juga.
Punca pceraian mmg payah nak kita tahulah.
Soal peribadi masing2.
Cuma...entahlah, terlalu banyak kes cerai sejak kebelakangan ini.
Mana silapnya, aku sdiri tak tahu.


KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.


Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.


Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.


Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.


Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.


Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut...petikan:Kosmo

Saturday, June 26, 2010

Kenapa Ramai Artis Nak Cerai Je???

Pelik2 betul dengan artis kita sekarang. Seolah satu musim pula. Yelah kita asyik dengar berita porak peranda rumahtangga artis dan kes perceraian mereka...biasalah dunia artis. Kalau tak artis, takkanlah orang nak gossip2 je. Betul tak? Memang payahkan hidup sebagai artis ni.




Baru2 ni kita dengar kes pceraian Anne dengan Wafi. Talak 3 pula tu. Terkejut juga dengar berita pceraian mereka ni. Dahlah tu Anne sedang mgandung. Cian betul aku dengan Anne ni. Tapi apa nak buat sudah jodoh mereka sampai ke situ saja. Sebab utama pceraian masih tida diketahui. Apa2 pun tu hal mereka berdua. Kita doakan Anne tabah hadapi dugaan hidup ini. 



Kes Maya Karin dengan suaminya pula. Pun nak bercerai. Entah mana silapnya. Dulu bukan main mesra je mereka dua ni. Last2 cerai juga. Jodoh katakan. Nak buat macam mana. Adakah punca pceraian mereka disebabkan pihak ketiga? Entahlah maybe juga. 


Apa2 pun itu hidup mereka. Mereka yang mcorak perjalanan hidup mereka sendiri. Kita sendiri nak kata apa pun, mana boleh. Cuma kita doakan yang terbaik untuk mereka. Mudahan di masa akan datang, makin kuranglah kes cerai di kalangan artis dan juga masyarakat kita ni. Agar budaya kahwin then cerai ni dapat dikurangkan. Minta dijauhkan segala pkara tak baik ni. Ok...moga bahagia je.

Info lanjut:

Anne Ngasri dan Wafi bercerai talak 3!

"Kami akan bercerai" - Steven, Suami Maya Karin

Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei Jatuhkan Talak Satu Kepada Isteri Kedua Baginda, Azrinaz



Berita hangat bulan ni, Sultan Brunei ceraikan isteri kedua baginda iaitu Azrinaz dengan talak satu. Tak ada ribut, tak ada suara2 sumbing, tiba2 je berita keluar mengenai perceraian baginda. Apa sebabnya kita sendiri pun tak tahu. Nak komen banyak, tak bolehlah. Nanti kena saman pula...hehe.

Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Saturday, May 8, 2010

Perlukah Kahwin Hanya Kerana Usia Anda Makin Meningkat?

Credit:Google


Bila seseorang makin meningkat dewasa terutamanya perempuan. Perkara yang paling mereka risau ialah soal jodoh & kahwin. Biasalah bila perempuan dah masuk era 30-an, dirinya akan rasa semacam tua sangat.


Kalau boleh perempuan ni nak kahwin dalam usia 20-an mengikut pandangan masing2lah. Bagi setengah perempuan usia 30-an adalah satu tempoh yang agak payah nak cari calon. Yelah siapa yang suka perempuan dah tuakan. Namun tak semua yang berfikir demikian.


Sekarang zaman berubah. Perempuan lebih mementingkan kerjaya tapi soal kahwin tetap dititikberatkan Cuma taklah macam dulu2 kena kahwin awal. Ada juga yang kahwin lewat juga. Sebenarnya ini bergantung pada pandangan sendiri.


Namun alasan kahwin sebab usia makin meningkat, rasanya tak patutlah. Nanti pilih2 sebarang calon, diri sendiri yang merana. Kalau ada jodoh tak kemanakan. Cuma perlu usaha sikit. Lewat sikit tak jadi masalah.

Thursday, April 22, 2010

Persiapan Majlis Kahwin Macam Mana Menjadi Impian Anda


 Credit:Google

Setiap orang mengimpikan majlis kahwin yang sempurna. Sempurna di sini tak bererti semua berstandard tinggi dan berharga mahal. Sempurna di mata anda dan mengikut citarasa anda kerana anda yang ingin mendirikan mahligai indah di kota impian anda. Jadi, anda yang berhak menentukan corak persiapan majlis kahwin anda.


Merancang majlis kahwin dengan bijak dan berbelanja secara berhemah dapat mengurangkan beban hutang selepas kahwin. Jangan sebab nak majlis kahwin yang standard, kita berhutang keliling pinggang. Kahwin bukan bermaksud berbelanja lebih dari kemampuan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Yang penting majlis kahwin anda berjalan dengan lancar dan happy ending.


Jangan pula kahwin bukan main nak rak lagi. Buat majlis mewah-mewah, mengalahkan anak raja. Tengok-tengok ending lain. Perceraian sana sini. Kalau boleh, sesuatu hubungan tu kekal hingga akhir hayat. Kalau sudah suratan takdir ia berakhir, apa nak buatkan. Terpaksa juga menerimanya. Kalau boleh janganlah. Cuba bawa berbincang baik-baik ye. Moga bahagia hendaknya sebuah perkahwinan yang dibina buat selamanya.

Tuesday, April 6, 2010

Isteri Tiger Woods Digelar Srikandi Sweden, Wanita Yang Tabah Hadapi Scandal Seks Suami

Emm...bukan senang nk jd setabah isteri Tiger Woods ni.
Kalau saya dah tk tentu hala.
Mmg mgamuk mungkin.
Dahlah scandal seks suami heboh satu dunia.
Teruk btl....malu beb.
Tp syukurlah Tiger woods dpt isteri yg baik..kan?
Bekas model, Elin Nodegren dipuji sebagai srikandi oleh rakyat Sweden kerana caranya menangani kecurangan suaminya, bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods.
 
Setelah skandal seks berganda suaminya terbongkar pada tahun lalu oleh media, orang ramai dan penulis blog sebulat suara mahu Elin meninggalkan Woods.

Namun, ramai wanita keliru dan hairan apabila bekas model berusia 30 tahun itu memilih untuk kekal bersama suaminya, tambahan pula, dia berasal dari Sweden, sebuah negara moden yang terkenal kerana wanitanya hidup berdikari dan bebas.

Thursday, December 24, 2009

Kahwin Cerai, Sekilas Pandangan


KAHWIN

v

v

v

Then
CERAI


Dalam membuat keputusan berkahwin, adakah anda pernah terfikir apa sebenarnya tujuan anda berkahwin? Adakah kerana ikutan nafsu semata-mata ataupun kerana anda ketika itu asyik di lamun cinta asmara? Mungkin juga kerana faktor usia yang mendesak anda berkahwin tanpa memikirkan keserasian ataupun tempoh untuk mengenali si dia agak singkat.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."