Emm...bukan senang nk jd setabah isteri Tiger Woods ni.
Kalau saya dah tk tentu hala.
Mmg mgamuk mungkin.
Dahlah scandal seks suami heboh satu dunia.
Teruk btl....malu beb.
Tp syukurlah Tiger woods dpt isteri yg baik..kan?
Bekas model, Elin Nodegren dipuji sebagai srikandi oleh rakyat Sweden kerana caranya menangani kecurangan suaminya, bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods.
Setelah skandal seks berganda suaminya terbongkar pada tahun lalu oleh media, orang ramai dan penulis blog sebulat suara mahu Elin meninggalkan Woods.
Namun, ramai wanita keliru dan hairan apabila bekas model berusia 30 tahun itu memilih untuk kekal bersama suaminya, tambahan pula, dia berasal dari Sweden, sebuah negara moden yang terkenal kerana wanitanya hidup berdikari dan bebas.