Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, January 11, 2011

Sesi Bertemu Bakal Mak Mertua Pun Selesai...Alhamdulillah Semua Ok!!

Sembang2 sambil makan KFC and Pizza..sedapnyee


Alhamdulillah, saat jantung berdebar2 dan rasa malu pun dah berakhir. Nak control ayu pun, tak payah sudah...hehe. Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar. Nampak semuanya seakan cepat berlalu je.


Perjumpaan yang penuh makna ahad lepas itu amat membawa banyak erti dalam hubungan aku dengan bf aku sebab ia penghubung kepada jalan seterusnya hubungan kami iaitu pertunangan dan pernikahan. Amin, mudahan ditakdirkan bersama. 


Pertemuaan pertama dengan keluarga bf aku, rasa agak sepi sikit. Bukan layanan mereka tak bagus tapi aku yang tak reti nak bersembang. Rasa no idea nak cakap apa. Apa mereka tanya aku jawab je.Tapi for sure keluarga bf aku ni memang best. Tak banyak cerewet. Lagipun bf aku dah bagitau keluarga dia agar tak tanya banyak dan buat biasa2 je.  Sebab itulah mereka taklah banyak soal...hehehe.



Seperti couple2 yang lain juga, aku ada bawakan buah tangan untuk keluarga bf aku ni. Cuma aku boleh lupa nak bagi sendiri buah tu. Bf aku yang tolong bawakan....nasiblah tak kena dengan keluarga yang banyak fa'il...kalau tak, kena reject pula nanti. Tapi keluarga bf aku ni lain, pilihan anak diutamakan. Kalau ikutkan mereka tak mau aku dengan bf aku bertunang, mereka nak terus kahwin. Tapi sebab wang simpanan belum cukup matang lagi, so kenalah tangguhkan dulu. Tunang duluuuuuuuu...:).


Sesi bertemu bakal mak mertua taklah lama sangat, lepas makan then bersembang sikit. Aku dan bf aku keluar dating pula...hehe. Jalan2 kat shopping complex, tengok wayang and makan2. Dah lama aku tak tengok wayang. Kalau nak dikira, just 3 kali je aku jejak kaki kat pawagam. Tak berapa nak minat sangat nak pergi sana. Lagipun kawan2 bukan kaki wayang pun.



Wayang yang aku tengok ahad lepas ialah 'Tron Legacy'. Orang lain dah lama tengok, aku baru je nak tengok. Ketinggalan betul...haha. Aku no komen sangat pasal cerita ni. Bolehlah tahan. Bf aku sampai terlena sekejap dia tengok cerita ni. Dahlah dalam pawagam tu sejuk. Terpaksalah tahan2kan diri tengok sampai habis. Lepas tu, kami makan malam then balik lo. Sekarang just tunggu perbincangan mengenai pertunangan kami dua. Mudahan jodoh berkekalan hendaknye. Amin.



Tip Bertemu Bakal Mertua...baca ye!
(Aku sebenarnya tak amalkan sangat pun...hahaha)

Sesi Bertemu Bakal Mak Mertua...Perlu Ke Tips Ni???

5 comments:

KaKTuS BeRDuRi said...

seronoknya baca sbb family akak (sy pgil akak la ye..)sporting..ciap boleh pesan jgn soal bnyk2 plak tu..BF sy ada ajak sy jumpa family dia tapi saya takut,nervous sgt2..dia ciap pesan suruh saya yang mulakankan perbualan.. adoi,saya ni dah la jenis yang kira pendiam..ngn kawan2 je saya bising..tak tahu nak cakap ape ngn family dia nanti bila dah jumpa..masih menghitung hari bila nak g jumpa..masalahnya saya ni student varsity lg..nanti kata budak gatal pulak..emm..:(

Admin said...

biasalah tu mula2 mmg nervous...dah biasa ok je rasanye...mcm akak skrg biasa2 sikit sbb family bakal suami akak jenis tak memilih dan simple je...yg ptg hormat org tua, tu je...akak pun mcm adik jenis pdiam dan byk ckp dgn member je....mmg kalau jumpa family bakal suami banyak diam lo..nasiblah mrk faham....adik ambillah ms yg sesuai utk jumpa dgn mrk....

KaKTuS BeRDuRi said...

saya dah bagitau dia,kalau dia nak bawa saya jumpa family dia, dia perlu jmpa family saya dulu..dia tak kisah tapi sebab kami masih pelajar, jadi dia perlukan masa..ayah saya letak syarat, calon mesti ada kerja tetap..jadi BF saya tu cakap, dia kena pergi cari kerja dulu..maknanya lepas graduat la dia jmpa ayah saya..hehe..so biar dia yang nervous2 dulu..

Admin said...

hehehe..pandainye...tp yg ptg habiskan study dulu then cari keje barulah fikir nk kahwin ye...sebolehnye mcm tu.....dlm kes akak, akak p jumpa family dia dulu....ms mrk merisik je, baru tunang akak jumpa family....hehehe

KaKTuS BeRDuRi said...

memang nak kawen lepas study and lepas dapat kerja..cuma nak memperkenalkan bakal je..rasa mcm tak elok plak, berkawan rapat tapi family tak tahu..kalau boleh nak family kenal dgn dia dulu..Atleast family tau anak dia dah ada calon,xde la family tolong cari yang lain..hehe..^_^..mulanya memang saya plan nak buat yang macam akak..tapi ada pihak yang lain nasihatkan, biarlah masa saya berjumpa dengan family BF saya tu atas keizinan ayah saya..sebab tu saya minta BF saya jumpa family saya dulu..^_^

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."