Bulan November tahun lepas, aku menghabiskan cuti ke bandar Kuching. Lama tak pergi jalan2 ke bandar Kuching ni. Banyak tempat aku belum jelajahi lagi. Kalau dulu hanya tempat persinggahan untuk ke Kuala Lumpur. Sekarang maybe akan menjadi tempat persinggahan bertemu idaman hati...hahaha. Gurau je :)
Salah satu tempat yang member aku bawa semasa aku di Kuching tahun lepas ialah Taman Sahabat. Kalau tak silap aku, tu lah nama taman tersebut. Memang cantik. Terasa di negara China pula. Ok...jom layan gambar2 yang aku ambil ni.
Yang ni, patung Laksama Ching Ho. (Kalau tak silap akulah)
Kalau mengikut apa yang tertulis di batu tu, tugu ni dibina bagi memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia dengan China. 30 tahun tu...lama juga, hope berpanjanganlah persahabatan kita dengan negara China ya.
Selain tugu Laksama Ching Ho, ada batu2 tanda semua negeri dalam Malaysia, sebagai lambang sebuah negara Malaysia yang pelbagai bangsa, budaya dan keunikkannya tersendiri.
Sebenarnya Taman Sahabat ni banyak pemandangan yang menarik. Ia lebih berkonsepkan seni cina............................gambar2 lain akan menyusur di episod ke-2...:) Chow dulu.
0 comments:
Post a Comment