Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Kecik2 Dah Pandai Merokok, Bila Besar Jadi Apa Pula?????

Issss.....tak taulah budak2 sekarang.
Kecik2 dah pandai merokok, dulu aku terbaca pasal budak yang kat Indonesia merokok.
Ni budak di China pula.
Alahai....dari kecil dah tercemar paru2 dengan bermacam toksin dalam rokok.
Bahaya betul.

Credit:Kosmo

BEIJING - Satu klip video di sebuah laman web di China menunjukkan dua kanak-kanak dipercayai berusia tiga dan empat tahun ketawa semasa mereka merokok di dalam kereta api, lapor sebuah akhbar semalam.


Dua budak itu berdiri di ruang yang kerap dikhaskan untuk penumpang yang merokok.


Dalam klip video tersebut, salah seorang budak itu menghembuskan rokok ke arah rakannya.
Klip video itu mencetuskan perdebatan terbaru mengenai amalan merokok di China yang mempunyai kira-kira 300 juta perokok dewasa. 


Imej itu mencetuskan kemarahan daripada penonton yang melihat gelagat budak tersebut di laman Netease.com yang merupakan web portal terbesar di China.


Namun, tiada maklumat yang diberikan berhubung ibu bapa budak tersebut dan destinasi kereta api tersebut. - Agensi

Tuesday, January 18, 2011

Cuti2 Malaysia Ke Kuching - Taman Sahabat (1)

Bulan November tahun lepas, aku menghabiskan cuti ke bandar Kuching. Lama tak pergi jalan2 ke bandar Kuching ni. Banyak tempat aku belum jelajahi lagi. Kalau dulu hanya tempat persinggahan untuk ke Kuala Lumpur. Sekarang maybe akan menjadi tempat persinggahan bertemu idaman hati...hahaha. Gurau je :)


Salah satu tempat yang member aku bawa semasa aku di Kuching tahun lepas ialah Taman Sahabat. Kalau tak silap aku, tu lah nama taman tersebut. Memang cantik. Terasa di negara China pula. Ok...jom layan gambar2 yang aku ambil ni.



Yang ni, patung Laksama Ching Ho. (Kalau tak silap akulah)


Kalau mengikut apa yang tertulis di batu tu, tugu ni dibina bagi memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia dengan China. 30 tahun tu...lama juga, hope berpanjanganlah persahabatan kita dengan negara China ya.



Selain tugu Laksama Ching Ho, ada batu2 tanda semua negeri dalam Malaysia, sebagai lambang sebuah negara Malaysia yang pelbagai bangsa, budaya dan keunikkannya tersendiri. 


Sebenarnya Taman Sahabat ni banyak pemandangan yang menarik. Ia lebih berkonsepkan seni cina............................gambar2 lain akan menyusur di episod ke-2...:) Chow dulu.

Sunday, May 16, 2010

Pasukan Korea Selatan Muncul Juara Piala Uber......Juara Baru Naik, Juara Lama Tumbang!

Tahniah buat Korea Selatan sebab bjaya merampas Piala Uber dari China. Nampaknya juara baru naik, juara lama tumbang sudah. Biasalah tu adat permainan. Ada yang naik, ada yang turun mengikut musim. Takkan nak sentiasa kat atas je kan. Ada masanya turun juga.


Apa2 pun boleh cuba lagi di tahun2 akan datang. Cuma mantapkan lagi pertahanan tu. Harap Malaysia akan cipta rekod lagi. Walaupun kali ni agak mgecewakan. Namun boleh tingkatkan lagi usaha itu. Tak salah pun.


Hahaha...rasa lain pula bila cakap pasal sukan ni. Sedangkan tak ikut sangat pkembangan perlawanan badminton akhir2 ni. Cuma baca news je. Tapi tak pelah. Siapa yang menang, tumpang happy jelah. Yang kalah, bg kata2 semangat agar dapat tingkatkan lagi usaha untuk perlawanan akan2 datang. Jangan kutuk2 sudahlah.



TEMBOK besar China akhirnya roboh jua. Semalam, China yang juga juara 11 kali termasuk pada semua lapan edisi terakhir tewas kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ini juga merupakan kali pertama Korea Selatan muncul juara Piala Uber selepas tewas pada semua lima perlawanan akhir di tangan China sebelum ini.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."