Apa2 pun boleh cuba lagi di tahun2 akan datang. Cuma mantapkan lagi pertahanan tu. Harap Malaysia akan cipta rekod lagi. Walaupun kali ni agak mgecewakan. Namun boleh tingkatkan lagi usaha itu. Tak salah pun.
Hahaha...rasa lain pula bila cakap pasal sukan ni. Sedangkan tak ikut sangat pkembangan perlawanan badminton akhir2 ni. Cuma baca news je. Tapi tak pelah. Siapa yang menang, tumpang happy jelah. Yang kalah, bg kata2 semangat agar dapat tingkatkan lagi usaha untuk perlawanan akan2 datang. Jangan kutuk2 sudahlah.
TEMBOK besar China akhirnya roboh jua. Semalam, China yang juga juara 11 kali termasuk pada semua lapan edisi terakhir tewas kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Ini juga merupakan kali pertama Korea Selatan muncul juara Piala Uber selepas tewas pada semua lima perlawanan akhir di tangan China sebelum ini.
Kemenangan pemain perseorangan pertama, Bae Seung Hee ke atas pemain No. 1 dunia, Wang Yihan dilihat sebagai pembakar semangat untuk Korea Selatan tundukkan China 3-1.
Seung Hee yang juga pemain No. 16 dunia, menghadiahkan mata pertama Korea Selatan apabila menewaskan Yihan 23-21, 21-11 sebelum beregu Lee Hyo Jung-Kim Min Jung memberi mata kedua apabila menundukkan Ma Jin-Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15.
Begitupun, China yang dibarisi pemain muda, merapatkan kedudukan apabila Wang Xin menewaskan Sung Ji Hyun 21-14, 16-21, 21-7.
Namun, Korea Selatan mencipta sejarah tersendiri apabila beregu kedua mereka, Lee Kyung Won-Ha Jung Eun meraih mata kemenangan selepas menewaskan juara Sukan Olimpik 2008, Du Jing-Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.
Menurut pengurus Korea Selatan, Kim Jung Soo, China terlalu memandang rendah terhadap keupayaan anak buahnya dan itu dijadikan sebagai kekuatan untuk menewaskan mereka.
“Saya gembira dengan kemenangan ini,” kata Jung Soo.
“Semua pemain bersatu padu dan jurulatih juga telah memainkan peranan mereka dengan baik.
“Semalam (kelmarin), jurulatih China, Li Yongbo melahirkan keyakinan untuk menewaskan kami sekali lagi dan kami jadikan kenyataan mereka itu sebagai pembakar semangat untuk mencatat kemenangan.
“Selepas Seung Hee meraih mata pertama, semua pemain kami lebih bersemangat dan China pula mula goyah dan tertekan.”
Namun, Yongbo menganggap kekalahan semalam sebagai kekalahan yang boleh diterima berikutan skuad China dibarisi pemain-pemain muda....petikan:KOSMO.
3 comments:
bagus.. aku tgk dato lee, wong dan semua yg main mcm tak bersemangat dan lemah. sakit jantung aku de. china kalahhhhh.. yeahhhhh
kali ni amoi2 korea yang muncul juara walaupun mata sepet2..:-)
tk pe rezeki masing2....
Post a Comment