Credit:Google
Kebanyakan orang cakap mimpi ni mainan tidur. Betul ke? Emm...betul kot. Sebenarnya mimpi boleh dibahagi kepada 3 jenis iaitu mimpi yang benar, permainan tidur & mimpi dari syaitan menurut apa yang dikatakan oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, penolong profesor di UIAM dalam sebuah laporan.
Jelas beliau, mimpi mainan tidur yang biasa dialami oleh manusia & ada kalanya berbentuk simbolik & perlukan tafsiran. Emm...agak sukar juga nak tafsir mimpi yang kita alami tu kan. Rasanya apa yang kita mimpi bukannya betul pun, hanya mainan tidur.
Nak tahu apa maksud mimpi jikalau anda mimpi jatuh hati kepada bos. Jatuh cinta dengan orang penting ni. pasti ada maksud sesuatukan.
Anda Jatuh Hati Kepada Bos
Maksudnya:
Bermimpi jatuh hati kepada bos ni mungkin manifestasi anda tertarik kepadanya. Itu mengikut kata Gayle Delaney, penulis All about Dream. Tetapi ia mungkin mengambarkan anda menyanjunginya lebih daripasa rasa seksual yang ada.
Menurut Gilian Holloway, penulis The Complete Dream Book, ramai wanita yang mempunyai mimpi begini selepas dinaikan pangkat atau mencapai kejayaan di tempat kerja. Anda mungkin ingin mencapai kejayaan setaraf bos anda & memikirkan cara untuk anda mencapainya.
Itulah sebabnya bos pula yang muncul dalam mimpi anda. Oleh itu, gunakannya sebagai pemangkin untuk membentuk kemahiran yang kamu sanjungi dalam dirinya. Mana tahu suatu hari kelak, anda juga akan meraih kejayaan sama sepertinya.
Emm....menarik jugakan. Tapi aku ni tak mudah mimpi pasal bos ni. Kalau mimpi ular adalah. Seram sejuk aku tengok ular tu. Geliiiiiiiii....tak suka betul. Siapa yang ada mimpi bos ni, bagilah komen sikit ye!
5 comments:
Tak pernah lagi mimpi bos sendiri...sbb aku lelaki bos aku pun lelaki...tak ingin daku mimpikan dia...hahaha
xde mimpi sebab xkje lg
ekekekekeke
haha...ok laki sama laki..tk bolehlah...emm...oh mcm tu ya huda...hee3...apa2lah
pada pendapat ai:
MIMPI JATUH HATI KEPADA BOSS maksudnya mungkin dah buang tebiat. lagi2 kalau bos tu dah ada isteri. hehe.
Juz joking ^__^
haha..ya ka..emm mcm tu pula
Post a Comment