Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

MalamKu Bermimpi.....Banjir, Oh Tidak!!!


Tiba2 je malam tadi aku mimpi air naik then banjir. Tengah syok2 adik aku mandi manda masa tu...time tu aku tengok dari rumah air dah naik. Aku tengok jiran2 aku sibuk berkemas nak pindah. Sedangkan aku dan family, tengok je...isss mainan tido betullah. Maksudnye aku pun tak tahu. Cubalah buat carian di internet...jumpa posting ini:
 

Tafsir Mimpi Air 

Daftar tafsir mimpi / arti mimpi / mimpi / ramalan mimpi tentang Air:

Mimpi berjalan di atas air, artinya:

Akan memperoleh sukses.

Mimpi tersiram air, artinya:

Kejadian yang kurang baik.

Mimpi tenggelam dalam air sungai, artinya:

Akan memperoleh alamat buruk.

Mimpi air masuk kedalam rumah, artinya:

Anggota rumah akan ada yang sakit.

Mimpi menangis keluar air mata, artinya:

Akan alami kegembiraan.

Mimpi air buah, artinya:

Sebentar lagi anda akan menerima kabar gembira dari keluarga atau teman.

Mimpi keluar api dari air, artinya:

Suatu keberuntungan.

Mimpi air banjir, artinya:

Suatu sukses.

Mimpi minum air garam, artinya:

Akan mendapat selamat.

Mimpi air hujan, artinya:

Luput dari bahaya.

Mimpi melihat air sungai yang jernih, artinya:

Akan mendapat keuntungan.

Mimpi meminum air sungai, artinya:

Akan terhindar dari segala kesedihan.

Mimpi meminum air laut sampai kering, artinya:

Akan memperoleh rejeki besar.

Mimpi meminum air panas, artinya:

Akan mengalami kesusahan.
 
Entah betul ke tak...aku pun tak tahu...yang penting aku berdoa pada Allah agar diriku dan family serta insan tersayang sentiasa dilindungi-Nya, Amin.

Sunday, May 2, 2010

Mimpi Anda Berkasih Dengan Selebriti & Berkasih Dengan Buah Hati Teman Baikmu....Maksudnya!

Credit:Google

Enaknye dibuai mimpi indahkan? Kalau mimpi jumpa kekasih hati yang lama tak jumpa rasa tak mahu bangun2 dari tidur je. Ada pernah member aku mimpi kekasih dia sebab terlalu rindu sangatlah tu. Sebab itu terbawa2 ke alam mimpi. Itu yang aku rasalah. Mimpikan mainan tidur.


Apa pula maksud mimpi kalau anda berkasih dengan selebriti or berkasih dengan buah hati teman baik anda pula? Jom kita tengok apa maksud sebalik mimpi tu.....


Anda Berkasih Dengan Selebriti


Maksudnya:


'Mereka yang aktif dalam kehidupan seks tetapi dalam masa tertentu tidak mengadakan apa2 hubungan intim - sama ada kerana suami tidak bersamanya atau baru putus cinta - sering bermimpi menjalinkan hubungan dengan selebriti' kata Patricia Farrel, penulis How To Be Your Own Therapist.


Maksudnya, anda seringkali mahu adakan hubungan intim.....dan ini 'direalisasikan' oleh seorang selebriti terkenal seperti Brad Prit.


p/s: Emmm....macam tak betul je aku baca. Ye ke kalau mimpi selebriti sebab nak adakan hubungan intim. Macam tak logik pula aku rasa. Apa kata anda pula? Bagi komen sikit.


Saturday, May 1, 2010

Mimpi Anda Jatuh Hati Kepada Bos....Apa Maksudnya?

Credit:Google

Kebanyakan orang cakap mimpi ni mainan tidur. Betul ke? Emm...betul kot. Sebenarnya mimpi boleh dibahagi kepada 3 jenis iaitu mimpi yang benar, permainan tidur & mimpi dari syaitan menurut apa yang dikatakan oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, penolong profesor di UIAM dalam sebuah laporan.


Jelas beliau, mimpi mainan tidur yang biasa dialami oleh manusia & ada kalanya berbentuk simbolik & perlukan tafsiran. Emm...agak sukar juga nak tafsir mimpi yang kita alami tu kan. Rasanya apa yang kita mimpi bukannya betul pun, hanya mainan tidur.


Nak tahu apa maksud mimpi jikalau anda mimpi jatuh hati kepada bos. Jatuh cinta dengan orang penting ni. pasti ada maksud sesuatukan.


Anda Jatuh Hati Kepada Bos


Maksudnya: 


Bermimpi jatuh hati kepada bos ni mungkin manifestasi anda tertarik kepadanya. Itu mengikut kata Gayle Delaney, penulis All about Dream. Tetapi ia mungkin mengambarkan anda menyanjunginya lebih daripasa rasa seksual yang ada.


Menurut Gilian Holloway, penulis The Complete Dream Book, ramai wanita yang mempunyai mimpi begini selepas dinaikan pangkat atau mencapai kejayaan di tempat kerja. Anda mungkin ingin mencapai kejayaan setaraf bos anda & memikirkan cara untuk anda mencapainya. 


Itulah sebabnya bos pula yang muncul dalam mimpi anda. Oleh itu, gunakannya sebagai pemangkin untuk membentuk kemahiran yang kamu sanjungi dalam dirinya. Mana tahu suatu hari kelak, anda juga akan meraih kejayaan sama sepertinya.


Emm....menarik jugakan. Tapi aku ni tak mudah mimpi pasal bos ni. Kalau mimpi ular adalah. Seram sejuk aku tengok ular tu. Geliiiiiiiii....tak suka betul. Siapa yang ada mimpi bos ni, bagilah komen sikit ye!

Siapa Pernah Mimpi Ular? Takut & Geli Betul Dibuatnya!

Credit:Google

Tahu tak binatang yang paling buat aku rasa geli & meremang bulu roma? Ular lah. Binatang yang tak suka betul aku tengok. Entah kenapa. Kalau member ada forward gambar ular, memang sebelum aku tengok. Aku delete terus. Aku memang tak suka tengok.


Aku macam fobia pula dibuatnya. Kalau aku tengok gambar ular je. Malam tu memang aku teringat. Kadang2 sampai termimpi2. Geli betul aku dibuatnya.Memang memang aku tak suka betul ular. Kalau tengok gambar cartoon ular oklah. Kalau yang real punya. Tak mampu aku.


Pernah aku mimpi kena belit oleh ular. Ada juga kena kejar ular. Malah aku ada mimpi aku pukul ular tu sampai mati sebab ular tu nak patuk aku. Tahun lepas pula aku pernah mimpi kena patut ular. Ada 2 ekor ular. Ular pertama tu nak patuk tapi aku sempat mgelak. Ular kedua dapat patuk aku pula. 


Pagi selepas mimpi ular tu, aku cerita kat kawan aku. Mereka cakap tak lama lagi aku akan kahwin. Emm.. pernah dengar juga pasal hal ni. Rasanya kata orang melayu kot. Mereka cakap kalau mimpi dipatuk ular alamat nak kahwin. Sejauhmana kebenarannya, aku pun tak tau. Belum nampak lagi. Lama dah berlalu. Maybe sekadar andaian je agaknya. 


Bagaimana pula anda? Pernah mimpi jumpa ular, kena belit or kena patuk ular. Then tak lama lepas tu kahwin? Kalau ada bagitau ye...he3. Moga bahagia selalu.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."