Credit:Google
Tahu tak binatang yang paling buat aku rasa geli & meremang bulu roma? Ular lah. Binatang yang tak suka betul aku tengok. Entah kenapa. Kalau member ada forward gambar ular, memang sebelum aku tengok. Aku delete terus. Aku memang tak suka tengok.
Aku macam fobia pula dibuatnya. Kalau aku tengok gambar ular je. Malam tu memang aku teringat. Kadang2 sampai termimpi2. Geli betul aku dibuatnya.Memang memang aku tak suka betul ular. Kalau tengok gambar cartoon ular oklah. Kalau yang real punya. Tak mampu aku.
Pernah aku mimpi kena belit oleh ular. Ada juga kena kejar ular. Malah aku ada mimpi aku pukul ular tu sampai mati sebab ular tu nak patuk aku. Tahun lepas pula aku pernah mimpi kena patut ular. Ada 2 ekor ular. Ular pertama tu nak patuk tapi aku sempat mgelak. Ular kedua dapat patuk aku pula.
Pagi selepas mimpi ular tu, aku cerita kat kawan aku. Mereka cakap tak lama lagi aku akan kahwin. Emm.. pernah dengar juga pasal hal ni. Rasanya kata orang melayu kot. Mereka cakap kalau mimpi dipatuk ular alamat nak kahwin. Sejauhmana kebenarannya, aku pun tak tau. Belum nampak lagi. Lama dah berlalu. Maybe sekadar andaian je agaknya.
Bagaimana pula anda? Pernah mimpi jumpa ular, kena belit or kena patuk ular. Then tak lama lepas tu kahwin? Kalau ada bagitau ye...he3. Moga bahagia selalu.
8 comments:
wallaweh..
aku pun slalu gak mimpi2 ular ni. org kata ada org masuk minang.. err..
aku laki!! xkan la girl masuk minang.. hahaha..
cuma tafsiran mimpi saje, terjadi atau tidak tu hanya Allah yg tau. an. an.
nape geli ngn ular??
yup semua kuasa Tuhan. Tak tahulah geli tgk.....tk suka...sbb rupa kot....geliiiiii
jodoh dah dekat la tue=P
maybe jugalah....he3
yang pasal kamu nak kawin tuu. ada kebenarannya. tak sangat ketara. tapi ada org menunggu. atau jodoh kamu telah terdetik lalu membayangkan kamu. lebih kurg mcm tu saya baca pada buku tafsiran mimpi, bkn kata org melayu k. lagi satu, setiap mimpi yang buruk dan mengerikan tu, kebanyakannya mendatangkan petanda yang sangat baik. ingat tu. ;) lagi2 mimpi kena kejar oleh gajah! itu tandanya, rezeki insyaAllah akan dtg dgn mudah. tah bila nak dapat mimpi mcm tu.

NISECA suka merapu
ooo mcm tu, saya fikir kata melayu..sbb ada baca kat majalah psl tu...emmm entah boleh caya ka...tafsiran je kan
Ular kan antara jelmaan jin.
Gangguan jin antaranya mimpi binatang berbisa, jatuh dari tempat yang tinggi.
Takde buat rawatan dengan mana-mana ustaz ke?
Macam kerap sangat tu.
Post a Comment