Credit:Google
Kalau surf kat dunia maya ni, macam2 jenis tips kita temui. Ada yang boleh diikuti & ada yang entah apa2. Itu terpulang kepada anda nak ikut ke tak. Tak ikut pun, tak bagi kesan apa2 kepada penulis..he3. Itu kemahuan anda sendiri ma. Takkan nak paksakan.
Dalam berpasangan pun ada tips. Alahai banyak betul tips. Jenuh nak ikutkan. Tapi kalau berguna tak salah pun. Mana tau ia dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia kan. Siapa nak amalkan, boleh ikuti 5 Tips Dalam Berpasangan ni dipetik dari TentangCinta.
1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.
3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan good bye.an Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.
Tips menarik bukan. So, amalkan. Yang penting setia & jujur tapi ada batasnya. Jangan membabi buta nak setia ok. Tengok macam mana si dia juga. Kalau jenis yang suka main2kan perasaan tu. Elok tinggalkan je. Say good bye. Habis cerita.
6 comments:
huhu... semua atas diri n pasangan masing2.. =)
kena saling percaya & jujuR...
tp bila kepercayaan mula hilaNg, jujuR pon xakaN wujuD...
yelah...pcaya,jujur,setia....semua mesti ada...hehhe
tak perlu tinggikan suara. saya selalu marah secara slow & steady :)
yup....marah pun jgn marah sgt..he3
Post a Comment