Credit:Google
Bayi yang comel sejak dilahirkan, sayang betul kalau dibiarkan & didera. Mereka tak berdosa, kenapa mereka pula menjadi mangsanya. Tak tahulah jenis manusia apakah yang sanggup berbuat demikian. Kejam & tak berperikemanusiaan betullah. Patut masuk neraka je. Jahat sangat.
Berita kes bayi 8 bulan meninggal dunia sebab didera oleh pengasuh agak mengejutkan aku sikit. Betul ke tak, belum pasti lagi. Masih dalam pyiasatan. Nasihat akulah. Next time jangan pcaya sangat orang lain ni. Nak suruh mereka jaga. Bukannya mereka ikhlas nak jaga pun. Kalau ikhlas oklah. Kalau tak macam kes ni pula.
Bayi masih 8 bulan. Aduh kasihan betullah. Tak sanggup betul aku tengok kalau betul2 didera. Bayi kalau nangis2 tu biasalah. Takkan bayi diam je. Macam anda juga masa kecil. Teruk betullah punya manusia. Fikir apa entahlah. Geram betul aku dengar ni.
PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, yang dipercayai didera oleh pengasuhnya, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, Mohd. Rayyan Afzanizam, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM sejak Jumaat lepas, disahkan meninggal dunia pada 8 malam tadi.
"Mohd Rayyan dibawa ke PPUM pada Selasa lalu selepas pengasuhnya mendapati Mohd. Rayyan sesak nafas sebelum menghubungi ibu bapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu mengalami pendarahan di otak.
"Namun, kita masih belum mendapat laporan bedah siasatan berhubung punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya.
Susulan itu, polis menahan pengasuh wanita berusia 47 tahun itu di rumahnya di USJ Subang Jaya hari ini untuk membantu siasatan.
"Pengasuh itu direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama
Harap pengadilan di tegakkan. Biar yang bersalah di hukum dengan hukuman yang setimpalnya...kan. Moga roh bayi tu berada di tempat yang beriman. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment