Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Pelik Tapi Benar: Bayi Baru Lahir Ada Gigi

Rasanye kejadian ni baru2 kita temui.
Aku pun tak pernah nampak bayi yang baru lahir, dah ada gigi.
Pelik tapi itulah kebenarannye.


 Credit:Kosmo



NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.


Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.


Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.


Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.


"Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya.


"Dia berada dalam keadaan baik,'' tambah wanita tersebut. - Agensi

Tuesday, March 22, 2011

Wow....Bayi Perempuan Gergasi Britain

Emmm....entah macam mana agaknye rupa bayi gergasi iye. Itu yang aku tengah duk fikir masa mula2 terbaca header berita ni kat Kosmo. 2 kali ganda berat dari bayi normal...fuh memang jenuh nak lahirkan bayi seberat itu. Tak dapat aku nak bayangkan...:)


Credit:Kosmo


WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini.


"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma.


Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg.


Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi

Sunday, May 16, 2010

Bayi Lelaki Berusia Lapan Bulan Meninggal Dipercayai Didera? Betul Ke Ni? Kasihan Betul

Credit:Google

Bayi yang comel sejak dilahirkan, sayang betul kalau dibiarkan & didera. Mereka tak berdosa, kenapa mereka pula menjadi mangsanya. Tak tahulah jenis manusia apakah yang sanggup berbuat demikian. Kejam & tak berperikemanusiaan betullah. Patut masuk neraka je. Jahat sangat. 


Berita kes bayi 8 bulan meninggal dunia sebab didera oleh pengasuh agak mengejutkan aku sikit. Betul ke tak, belum pasti lagi. Masih dalam pyiasatan. Nasihat akulah. Next time jangan pcaya sangat orang lain ni. Nak suruh mereka jaga. Bukannya mereka ikhlas nak jaga pun. Kalau ikhlas oklah. Kalau tak macam kes ni pula.


Bayi masih 8 bulan. Aduh kasihan betullah. Tak sanggup betul aku tengok kalau betul2 didera. Bayi kalau nangis2 tu biasalah. Takkan bayi diam je. Macam anda juga masa kecil. Teruk betullah punya manusia. Fikir apa entahlah. Geram betul aku dengar ni. 

PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, yang dipercayai didera oleh pengasuhnya, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, Mohd. Rayyan Afzanizam, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM sejak Jumaat lepas, disahkan meninggal dunia pada 8 malam tadi.

Tuesday, April 20, 2010

Bukti CintaKah Ini? (Kejamnya Seorang Manusia Yang Tidak Bertuhan)


SEBAGAI RENUNGAN UNTUK INSAN YANG BERGELAR MANUSIA


Bu, adik Cuma ingin bertanya...
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... 


Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Wednesday, January 20, 2010

Pandainye...Kecik2 Dah Pandai Merokok

Skrg ni mcm2 pkara blaku bkait dgn facebook ni.
Psl kes mahkamah pun ada, ugut m'ugut, pbunuhan & mcm2 lagilah.
Yg ni pula psl budak 6 bulan merokok disiasat polis selepas mdpt laporan dr...entahlah dr sapa yg melihat gambar budak itu di laman facebook ibunya.
Nk tahu lbh lanjut..jom terjah bwh tu...hehehe


Cewah...bukan main lg!!

Seorang ibu muda di England, Rebecca Davey, 18, disiasat polis selepas gambar bayinya berusia enam bulan yang menghisap rokok disiarkan di laman Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa rakan wanita itu membuat laporan polis selepas mereka melihat gambar tersebut.

Wednesday, October 28, 2009

Keajaiban Allah:Ayat Al-Quran Terdapat Pada Bayi

Mmg menakjubkan..tiulah kekuasaan Allah.
Dulu kita pernah dgr nama Allah di bdn seekor ikan.
Pbetulankan kalau silap ye....biasa bdk baru belajar...hahaha.
Skrg ni, timbul pula cerita yg ayat Al-Quran tdpt pd bdn sorg bayi di Moscow.

Cuba tgk gambar ni.

Menarik bukan...itulah kekuasaan Allah.
Nk tahu lg...baca berita ni.
MOSCOW - Sekumpulan penduduk Islam mengancam mahu membakar rumah ibu bapa bayi yang kulitnya tertera ayat al-Quran, Ali Yakubov di Kizlyar, Dagestan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Bayi itu yang berumur sembilan bulan dilahirkan oleh ibunya, Madina manakala bapanya bertugas sebagai seorang pegawai polis.
"Mereka (sekumpulan penduduk Islam itu) mendakwa tidak munasabah Allah menunjukkan tanda-tanda kebesarannya melalui seorang budak lelaki yang dilahirkan oleh keluarga pegawai polis," kata datuk bayi itu, Magomed-Kadyr.
"Mereka menganggap kami (pegawai polis yang bekerja untuk pemerintah Rusia) sebagai orang kafir," tambahnya.
Menurutnya, sebuah kereta membawa kumpulan bersenjata itu tiba di rumah mereka pada waktu siang.
Anggota-anggotanya kemudian menuntut mereka menunjukkan bayi berkenaan sebelum beredar tetapi mereka mengancam untuk datang lagi.
Selepas insiden itu, seorang penguasa tempatan menyediakan enam pengawal keselamatan untuk mengawal keluarga berkenaan.
Ibu bayi itu menyatakan bahawa ayat suci al-Quran itu hilang pada kulit Ali apabila kumpulan bersenjata itu tiba tetapi muncul semula selepas mereka beredar.
Dagestan yang terletak di selatan Rusia dan bersempadan dengan Chechnya bergolak akibat pertempuran berterusan di antara kumpulan-kumpulan Islam dan pihak berkuasa Rusia selama beberapa tahun selepas Moscow didakwa menindas penduduk Islam di wilayah itu. - Agensi..KOSMO.

Friday, July 10, 2009

Aneka Ekspresi Bayi Saat Terlahir

Berikut merupakan ekspresi hari pertama para bayi terlahir ke dunia:



p/s: Cute kan...mcm2 mimik muka si kecil ni. Rs nk picit je muka comel mrk ni. Kalau anak sdiri mmg siap merah pipi..hahaha...gurau je. Tk sampai hati buat mcm tu..kang nangis nanti. Jenuh nk jaga pula.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."