Skrg ni mcm2 pkara blaku bkait dgn facebook ni.
Psl kes mahkamah pun ada, ugut m'ugut, pbunuhan & mcm2 lagilah.
Yg ni pula psl budak 6 bulan merokok disiasat polis selepas mdpt laporan dr...entahlah dr sapa yg melihat gambar budak itu di laman facebook ibunya.
Nk tahu lbh lanjut..jom terjah bwh tu...hehehe
Cewah...bukan main lg!!
Seorang ibu muda di England, Rebecca Davey, 18, disiasat polis selepas gambar bayinya berusia enam bulan yang menghisap rokok disiarkan di laman Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa rakan wanita itu membuat laporan polis selepas mereka melihat gambar tersebut.
Gambar itu menunjukkan mulut bayi tersebut, Ollie menggenggam sebatang rokok yang tidak dinyalakan.
Rebecca kemudian mengemas kini status dalam laman tersebut dengan menyatakan seseorang telah membuat laporan polis mengenai gambar anaknya.
Dia mengkritik pihak yang membuat laporan polis mengenai gambar anaknya itu.
"Kenapakah ada orang yang sanggup berbuat begini kepada saya. Tiada sesiapa yang boleh mengambil Ollie daripada saya. Ibu amat menyayangi kamu," kata Rebecca di dalam laman tersebut.
Polis Essex telah pergi ke rumah wanita itu.
Namun pihak berkuasa itu menyatakan tiada apa yang perlu dibimbangkan berhubung kebajikan bayi tersebut.
Pihak perkhidmatan sosial turut membuat beberapa siasatan.
Ekoran kedatangan pihak polis itu, beberapa rakan Rebecca memberi sokongan menerusi laman Facebook itu.
Gambar bayi itu kemudian didapati telah ditarik keluar dari laman Facebook. - Agensi:KOSMO
0 comments:
Post a Comment