Moga kita dijauhkan dr pkara yg blaku di Nigeria ni.
Moga Tuhan melindungi kita semua.
Moga keharmonian sentiasa hidup spjg zaman.
Bacalah....ia adalah iktibar utk kita.
Penduduk Nigeria yang ketakutan memenuhi sebuah pos pemeriksaan tentera di sempadan selepas melarikan diri dari bandar Jos, Nigeria semalam.
Beberapa laporan akhbar menyatakan keadaan itu berlaku selepas perbalahan agama di antara penduduk Islam dan Kristian tercetus yang mengorbankan 450 orang manakala beberapa bangunan terbakar.
Semasa perbalahan mula merebak ke kawasan pusat bandar dan pasukan tentera mula dikerahkan untuk mengawal pergolakan, penduduk menyatakan mereka berasa amat takut berada di bandar Jos.
Di sebuah pos pemeriksaan tentera di sempadan Jos di sini banyak kereta dan bas membawa sejumlah penduduk yang mahu melarikan diri dari bandar Jos.
Beberapa pegawai negeri tidak memberikan angka kematian berhubung keganasan yang berlaku pada 17 Januari lalu di bandar tersebut.
Berpuluh-puluh kereta, rumah dan gereja serta masjid dibakar dalam keganasan itu.
Perintah berkurung dikenakan antara pukul 5 petang sehingga 10 pagi waktu tempatan.
Menurut seorang pegawai polis, perbalahan berlaku selepas sekumpulan pemuda Islam membakar sebuah gereja tetapi pemimpin-pemimpin Muslim menafikannya.
Beberapa pemimpin komuniti lain menyatakan keganasan berlaku setelah satu perbalahan berhubung sebuah rumah penduduk Muslim di sebuah kawasan perumahan penduduk Kristian...KOSMO
3 comments:
semoga tak berlaku di malaysia
amin=)
dah nak berlaku pun tentang kalimah tu... nasib tak sampai macam tu...
syukurlah msh dpt control...jgn tll emosi...cuba btolak ansur dulu...hehehe
Post a Comment