Bak kata pepatah...disitu ada kemahuan, disitu ada jalan..btl ke ni?
Mcm warga tua ni....impiannya utk mgapai sgulung ijazah tcapai setelah payah b'usaha.
Kita yg msh muda ni...mcm mn pula?
Takkan nk kalah pd warga tua kot.
Teruskan usaha pasti bjaya.
Seorang bekas guru, Harriet Richardson Ames menerima ijazah sarjana muda pendidikan kira-kira tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-100.
Seorang anak perempuannya berkata, ibunya meninggal dunia pada Sabtu lepas sehari setelah ijazah tersebut diletakkan di atas katilnya.
"Dia mempunyai impian dan dia tidak mati kempunan kerana impian terakhirnya telah tercapai," kata anak perempuan wanita itu, Marjorie Carpenter kelmarin.
Ames yang berusia 100 tahun pada 2 Januari lalu memperoleh sijil perguruan pada 1931 di Sekolah Keene Normal kini Kolej Negeri Keene, Amerika Syarikat (AS).
Dia kemudian mengajar di sebuah sekolah satu bilik darjah di Newbury Selatan, timur laut AS sebelum berpindah ke Sekolah Memorial di Pittsfield.
Sepanjang kerjayanya sebagai pendidik, Ames turut melakukan kerja-kerja kursus untuk melengkapkan jam kredit bagi memperoleh segulung ijazah tetapi dia berhenti separuh jalan apabila penglihatannya kabur setelah bersara pada 1971.
Namun, impian wanita itu diketahui seorang profesor perfileman Kolej Negeri Keene yang menemu bualnya beberapa tahun lalu.
Temu bual itu berkaitan sambutan 100 tahun kolej berkenaan yang disambut pada tahun lepas.
Pihak pentadbiran kolej kemudian meneliti semula semua kursus yang diambil oleh Ames dan berpuas hati bahawa wanita itu layak diberikan ijazah tersebut..petikan;KOSMO
4 comments:
wah, bersemangat..kat oversea banyak kan warga tua yg gigih camni..kat malaysia takde la plak..hehe
pergh...sumber inspirasi ni beb..
tahniah kepada makcik!
wa salute sama loe~ ^^
mcm Rasulullah saw kate lah,jgn pernah berhenti menuntut ilmu walau hingga ke akhir hayat. =)
ya btl...usaha tangga kejayaan
Post a Comment