Kuasa Tuhan...syukurlah kerana di beri peluang kedua di dunia ni.
Seorang lelaki yang berumur 35 tahun, Wismond Exantus yang diselamatkan kelmarin selepas 11 hari berada di bawah runtuhan sebuah kedai runcit di bandar raya Port-au-Prince, Haiti menyatakan dia hidup kerana minum minuman ringan Coca-Cola pada setiap hari.
"Saya berasa (diri) dalam keadaan baik," katanya selepas dia menjadi mangsa terbaru gempa bumi Haiti yang berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat antarabangsa.
"Saya hidup kerana minum Coca-Cola. Saya minum Coca-Cola pada setiap hari dan saya makan beberapa benda yang kecil," katanya semasa ditemu ramah di sebuah hospital.
"Saya berasa gegaran dan kemudian tidak sedarkan diri. Apabila saya terjaga, saya memanggil nama Gerald! Gerald!," katanya yang merujuk nama seorang pekerja lain.
Dia kemudian mendapati dirinya berada di celah runtuhan yang sempit.
Dalam ruang yang sempit itu, dia cuma menggerakkan dirinya ke kiri dan kanan selain membuat bunyi bagi menarik perhatian orang yang berjalan di kedai tersebut.
"Saya tidak menjerit. Saya cuma berdoa," katanya.
Tubuhnya kurus dan suaranya lemah tetapi dia menegaskan terdapat enam lagi mangsa gempa bumi yang masih hidup di dalam bangunan itu.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.0 pada skala Richter itu berlaku di Port-au-Prince pada 12 Januari lalu dengan anggaran kematian lebih 200,000 orang. - KOSMO.
3 comments:
betol ke cite neh??
emm..kuasa tuhan. pasti ada hikmah disebaliknye..
Maybe Coke will make him as spokeperson =.=" lolx
entahlah...
Post a Comment