Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, January 13, 2010

Kau Kahwin Dato’, Aku Pun Mahu Kahwin Dato’...Hahaha!!




Berkahwin dengan orang kaya atau golongan Dato’ ni semacam satu trend pula bagi masyarakat sekarang. Yelah, kerap kali kita dengar di dada media massa terutamanya media hiduran, ada saja liputan hangat mengenai artis kita yang berkahwin dengan Dato’. Ada antara mereka sanggup menjadi isteri kedua atau memilih duda. Adakah kerana itu sudah suratan yang tertulis atas takdir perjalanan hidup mereka? Apa pun alasannya, kita doakan bahagia hingga akhir hayat.

Pernah seorang kawan sekerja saya bagitahu saya yang dia mahu cari bakal suami yang kaya. Dia cakap lain kali senanglah kalau nak apa-apa, senang nak dapat. Terutamanya kalau pergi shopping. Pasal keperluan anak juga tidak payah nak fikir banyak. Dengan adanya duit apa saja yang diidamkan tertunai. Apa dikatakan olehnya ada juga betulnya. Yelah siapa yang tidak mahu hidup senangkan.

Dia juga ada tanya saya, awak tidak pentingkan duit ke? Saya cakap bukan tidak penting, Cuma itu bukan perkara teratas dalam mencari kebahagiaan yang saya nak. Duit boleh dicari di mana-mana, asalkan ada kemahuan. Malas atau rajin untuk mencari kekayaan ataupun kesenangan hidup bergantung pada diri kita sendiri. Tidak semestinya kena cari lelaki kaya untuk hidup senang. Lagipun saya jenis tidak suka nak mengharapkan kesenangan orang lain. Usaha sendirikan bagus. Bila dapat rezeki hasil usaha sendiri, baru ada rasa kepuasan.

Kadang-kadang terfikir, bila ramai sangat wanita mengejar lelaki kaya. Pasti permintaan orang kaya ni tinggikan. Yelah saham naik katakan. Jadi buruan wanita yang ingin hidup senang lenang. Ingat senang nak kahwin orang kaya ni, kalau tak cukup pakejnya. Nak tahu apa pakejnya, tepuk dada tanya cermin. Jangan marah ye.

Bagi wanita yang bercita-cita kahwin dengan lelaki kaya, kita doakan moga memperoleh impianlah. Harap-harap dapat laki yang baik. Bagi wanita yang jenis suka berdikari dan berusaha untuk memperoleh sendiri kesenangan, kekalkannya tapi jangan bila dah senang, sombong dengan percapaian anda. Jom….cari Dato’….hehehehe.

Nukilan; 


7 comments:

Dak Wan® said...

Ramai lelaki kaya yang malas nak kawen sebab tak tau cinta perempuan tu pada harta nya atau diri nya?

Unknown said...

kalo kaya ngan budi pekerti mulia lagi ngam kot...

DramaQueen said...

hati senang ke klu kawen dato? tak susah ati ke lepas tu laki kene kebas? haihhh... biar la sederhana jodoh tu..asalkan hati tenang dan hidup bahagia..

harta boleh memusnahkan kebahagiaan hidup..

Unknown said...

carilah lelaki yang kaya dari segi akhlak. itu lebih berbaloi baloi.hihi.

tp kalo lelaki itu kaya dunia, itu kelebihan.

whatever it is, harap kite semua selalu berbahagia~hehehe ^^

ezzati said...

dapat dato single ok jeee.. :p

Admin said...

yg ptg bahagia

Didi Nadhirah said...

kalo yang single ok la kot

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."