Macam mana ya, nak tingkat traffiz ke blog kita? Memanglah kena ada post yang menarik barulah pengunjung datang berduyun-duyun ke blog kita. Macam blog ‘cik Epal’. Banyak betul pengunjung setia blog dia tu. Dah boleh jadi otai dah dia tu.
Kita yang baru ni, kenalah fikir macam mana nak tingkatkan traffic. Bukan traffic jem kat bandar raya tau. Traffic, pengunjung blog kitalah. Apa lagi! Emmmm….selain ping blog di innit Nuffnang. Saya juga ada ping di Geng Blogger, yang baru bbrp minggu lepas ke. Kalau tak silap saya, saya sertai. Jumlah pengunjungnya meningkatlah sikit dari minggu-minggu sebelumnya.
Apa taknya ramai blogger yang ping di sana adalah pejuang tegar Nuffnang. Ada bermacam-macam post mereka pingkan. Menarik juga. Bolehlah berkongsi pengalaman dan tips berguna. Selain dapat kenalan baru. Thanks semua kerana sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni.
Selain ping di Innit Nuffnang dan Geng Blogger, saya cuba tingkatkan traffic dengan blogwalking dan bagi komen di blog member-member tersayang…hehehe. Dengan harapan mereka dengan sukarelanya membalas balik kunjungan saya tu. Cara ni biasa dilakukan semua blogger. Kecuali otai-otai yang memang dah terror gila. Tak macam saya yang masih merangkak lagi ni.
Bagi member-member yang memang baik hati, kalau ada tips menarik bagilah tahu..ok. Bolehlah kongsi-kongsi pengetahuan sikit. SELAMAT BERBLOG & BLOGWALKING.
5 comments:
take ur time..takut nanti bila da cepat naik,cepat pulak jatuhnya kan..
InsyaALLAH,dengan usaha semuanya boleh jadi
gud luck =]
sama gak ngan sy...ngah try nak menaikkan traffik..tapi rasanya apa yg penting ialah never give up...caiyok!!
hehehe...betul kan...belog dia rmai pengunjung.... blog nadia pn rendah jer traffic... apapun, kita usaha same2 yek perbaiki mutu persembahan penulisan....
yup..usaha tangga kejayan...pasti boleh punya
thanks sebab dapat info dari sini pasal gengblogger... nice place utk lepak2 dgn blogger2 melayu... thanks again.
Post a Comment