Situasi berlagak bodoh sombong ni berlaku di tempat saya kerja. Naik meluat juga saya tengok orang berlagak ni. Mula-mula budak perempuan bahagian HR tu, dia sudah dinaikkan pangkat sebagai ‘Assistant Officer HR’. Masa first time dia naik pangkat saya tidak tahu. Adalah suatu hari tu, perangai dia agak melampau. Macam orang gila kuasa lagaknya. Yelah nak tunjuk kuasa ma. Orang baru naik pangkat katakan. Rasa diri tu dekat dengan bos dan orang pentinglah.
Dia marah seorang worker Indon yang menangis apabila mendapat berita keadaan anaknya yang sakit di Indonesia . Mungkin sebab worker itu mendesak bahagian HR hantarnya pulang. Saya pun tak pasti sangat. Yelah section orang lain. Malas nak masuk campur. Selain tu, dia pernah marah kawan rapat saya dan cakap ‘BODOH’. Hanya gara-gara nak tanya pasal annual leavenya. Kawan saya ni satu, pelik. Tak melawan pula. Kalau dengan orang lain bukan main. Kalau saya siap dah. Tapi dia tak pernah buat saya macam tu lah. Itu saya tak tahu. Mungkin sebab dia tak suka kawan saya tu. Tapi sekarang dia dah oklah. Tak macam dulu.
Masalah sekarang, ada muncul satu lagi budak sombong bangka. Berlagak macam bos sayang dia sangat. Pandai bermuka-muka. Tegur sikit, mulalah nangis. Minta simpati. Semua masalah melibatkan peribadi dia, dia suka libatkan orang lain. Macam orang minta sedekah, minta simpati je. Tapi haram, perangai buruk macam taik. Dia ni worker Indon yang sudah naik sebagai ‘Operator’. Pangkat kedua tinggi selepas ‘Worker’. Kerja tolong bahagian HR. Just pangkat rendah tapi berlagak lebih dari bos. Dahlah tak nak dengar cakap, perasan diri cantik dan suka buli seorang worker lain yang kerja bahagian shipping.
Pernah sekali saya marah dia sebab biadap sangat. Ingat semua orang dia boleh kurang ajar ke. Nasib saya fikir juga time marah tu, kalau tak memang kena penampar sudah. Paling benci dengan orang macam tu. Sebab tu sekarang dia tak berani nak kacau-kacau dah. Kalau dia cerita pasal masalah dia dengan boyfriend dia. Saya direct je cakap. Malas nak layan sangat. Bermuka-muka je lebih.
Itulah manusia, naik pangkat sikit. Mulalah naik kepala. Belum kena lagi. Kalau dah kena, padan muka. Paling anti betul dengan orang macam ni…..Jom boikot mereka…hahaha.
Nukilan;
5 comments:
awk pun tunjuk jgk la kuasa awk..haha..last2 kne buang keje...
buat pe..buang ms je...hahaha
Relax jer , ko naik kan pangkat ko kendian kenakan dia balik
hehehhehehehe... memang camtu la manusia bila ade pangkat dan kuasa sikit... ni ujian utk dy kan...
rileks2 n jgn pikirkan dy yg menyakitkan hati tu sgt k...:)
ok..tq ya
Post a Comment