Dalam hidup ini bermacam-macam perkara kita lalui. Lebih-lebih lagi dalam hubungan persahabatan. Ada suka & duka. Begitu juga dalam hubungan couple, suami isteri mahupun dengan family. Tapi saya tidak mahu nak cakap pasal semua tu. Just nak sentuh pasal hubungan persahabatan sahaja.
Rasanya ada antara anda pernah alami situasi di mana kawan rapat anda sudah mempunyai boy/girlfriend, tidak mempedulikan anda lagi. Bila time boy/girlfriend tak ada disisi, barulah terhegeh-hegeh mencari anda. Bermakna anda diperlukan hanya bila dia rasa perlu saja. Kawan macam ni memang hampeh je. Paling tak suka kawan sebegini.
Dia ingat kita ni siapa? Kawan just perlu time susah je. Time happy, entah menghilang ke mana. Batang hidung pun tak nampak. Bila tak dilayan, cakap bukan-bukan. Elokkah kawan macam tu? Anda mahu kawan sebegitu? Kalau saya tak mahu, buang masa saya je.
Bukan kita tak suka kawan rapat kita rapat dan sentiasa berkepit dengan boy/girlfriend dia. Cuma jangan buat kita macam diperlukan bila dia rasa perlu je. Saya pernah alami keadaan sebegini. Selepas dia break dengan boyfriend lama dia, dia sering bersama saya. Tak kira time susah dan senang. Kira kawan rapatlah. Time dia nak gorat lelaki yang dia suka, saya sokong je. Lagipun lelaki tu kawan satu office dengan kami.
Tapi bila dah bercouple, dia mula rengang dengan saya. Begitu juga dengan kawan rapat dia yang lain. Kami tiga sekawan. Time dah ada boyfriend, dia memang tak peduli kami. Asyik sepanjang masa layan boyfriend dia tu. Kami taklah kisah sangat. Sebab kami faham, orang dah ada boyfriend dah. Mesti nak rapat macam belangkas. Tapi perangai yang kami tak suka ialah bila time susah baru nak cari kawan. Time gelak-gelak dan happy-happy bersama boyfriend,tak peduli kawan dah. Bila tak peduli, cakap yang bukan-bukan pula. So, salah siapa.
Bosan dengan kawan sebegini. Lebih-lebih lagi kawan yang suka tikam dari belakang. Awas….jangan terlalu percaya orang. Manusia ni ada macam-macam perangai. Hati pun lain-lain. Yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jadi baik. So, terpulang kepada diri sendiri untuk menilai seseorang.
Nukilan;
4 comments:
slalu dh kene.urm,cri time susah. ade pkwe kne tinggal.
nasib baik aku blum terjebak dalam industri perkapalan ni(per'couple'an)..hakhakhak..
ada juga kes kawan-kawan yang tinggalkan kita. hanya sebab kawan-kawan masih single. ada. dipulaukan.
emmm mcm2 kan...tk pelah sabar jelah
Post a Comment