Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, January 11, 2010

Apa Nak Jadi?...Bintang Filem Lucah Pohon Jawatan Pelacur Lelaki

Alahai apa nak jadi dgn dunia sekarang.
Benda terkutuk tu juga nak dibuatnya.



Rumah pelacuran Shady Lady Ranch di Nevada menerima ratusan permohonan termasuk daripada sejumlah teman sosial lelaki dan bintang filem lucah yang memohon untuk menjadi pelacur lelaki di premis berkenaan.

Namun, pemilik rumah pelacuran itu yang merupakan pasangan suami isteri, Jim dan Bobbi Davis menyatakan, mereka mahukan muka baru yang bukan sahaja hebat di ranjang tetapi berperwatakan menarik serta pandai mengambil hati wanita.

Rumah pelacuran Shady Lady Ranch yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini mengiklankan jawatan pelacur lelaki di laman webnya baru-baru ini setelah diberi lampu hijau oleh pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen pelacuran.

Setakat ini, rumah pelacuran itu yang telah beroperasi sejak 17 tahun lalu mengupah kira-kira empat pelacur wanita.

"Namun, isteri saya mahu mencuba sesuatu yang baru (pelacur lelaki)," kata Jim, seorang arkitek bersara berumur 78 tahun.

"Kami tidak pasti sama ada rancangan ini akan berjaya tetapi ia pasti menyeronokkan," tambahnya.

Nevada merupakan negeri di AS yang membenarkan industri pelacuran.

Isteri Jim, Bobby Davis, 55, berharap dia dapat mengupah dua pelacur lelaki menjelang hujung bulan ini tetapi menegaskan mereka akan hanya melayan pelanggan wanita dan bukan lelaki gay. - Petikan:KOSMO

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."