Bila saat dilamun cinta, kita bagai di awan-awan. Semua yang kita alami, rasa indah dan membahagiakan saja. Apa saja silap di pandangan orang lain, anda pasti tidak nampak. Yelah cinta telah mengaburi mata hati anda. Tapi tidak semua yang begitu.
Cinta, sama ada jarak dekat ataupun jarak jauh. Tidak ada bezanya sangat. Yang penting kepercayaan ke atas insan yang anda cintai. Tanpa kepercayaan, cinta yang terbina akan hancur dan diselebungi hirisan luka di jiwa.
Bagi yang bercinta jarak dekat, dapatlah anda mengetahui sejauhmana pergerakan si dia dan sentiasa bersama si dia walau dimana pun berada. Selalunya orang yang masih baru bercinta, memang asyik nak berkepit macam belangkas. Bila dah kahwin, lain pula jadinya. Ini memang selalu berlaku dan sering kita dengar rungutan orang yang dah berkahwin. Kalau yang dapat suami atau isteri yang romantik, cinta dan kasih sayang tetap berseri walaupun selepas kahwin.
Bagi yang bercinta jarak jauh selalunya persoalan ini akan bermain di minda anda. Sejauhmana anda mempercayai si dia? Adakah dia seorang yang boleh dipercayai dan setia dalam menempuh onak duri bercinta? Bagaimana pula anda, setiakah anda? Mampukah anda mempertahankan cinta yang anda bina? Semua ini terpulang pada sejauhmana keikhlasan cinta di hati antara anda dengan si dia.
Memang payah nak mempercayai si dia bila si dia jauh dari mata. Yelah kita tidak tahu apa yang si dia buat. Entah-entah si dia berlaku curang pun kita tidak tahu. Tapi harus ingat tidak semua cinta jarak jauh ini berakhir dengan sejarah luka. Ada yang bahagia membina mahligai. Semuanya bergantung pada kepercayaan dan jodoh yang telah ditentukan oleh Tuhan.
Bagi saya senang saja. Kalau kita ikhlas pasti apa yang kita terima pun ikhlas juga. Setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. Jadi, nikmatilah hidup dan jangan terlalu berfikiran negatif. Cubalah mempercayai si dia, walaupun ada sedikit perasaan curiga mengetuk pinta hati anda. Tidak salah mencurigai si dia tapi janganlah keterlaluan sampai memburukkan hubungan anda dan memyebabkan si dia terasa terkongkong, akhirnya cinta yang terbina putus begitu sahaja.
Ingat, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Usahakan apa yang patut. Moga bahagia menemani hidup kita. Amen.
Nukilan;
10 comments:
i penah..
in it was the sweetest!
xpenh jauh spnjg 2 thn kapel..suddenly, juz 3 weeks jauh sbb masuk u, die cari org len...dan 6 ari pas putus da kapel br....
it was awesome!..jauh jarak, jauh di hati..
tp mgkn xsume..hopefully, sape yg leh setia, setialah..
saya percayakan dia.. hehe..
http://sibintang.com
i rasa ini semua terpulang pada 1. nasib 2. kesungguhan
Nasib coz tak semua lelaki/perempuan have the same priorities. Sometimes satu betul yg lagi satu tu cuma nak 'play the field' coz...whatever reasons yg diaorang ada la tu...2. kesungguhan. Sometimes nasib dah baik, other factors pulak yg comes in. Mak bapak la, situasi mcm what meera cakap...heh
Neways, kalau dah jodoh, bersungguh2, jng lepas dah bersama, terus relek one corner....hehe
http://hesheloves.blogspot.com/
i skrg pun bercinta jarak jauh.
hihihihi.
=)
so far okay lah.
da nk masuk 5thn.
yg penting kena trust each other.
itu jer.
jeles sikit2 thu takpa.
normal lah kan.
ahaks.
p/s : btw nk tanya pasal entry i.
kalau kita klik iklan org, kita dpt duit jgk ke? hihihi menyelit kat sini jabs.
agree...u need to be honest & trust each other to keep ur long distnace love alive...
hmm.....selalu jatuh chenta pd org yg salah.. huhuhu
pecayalah buatpe susah2 nak susah hati hehe
x pernah bercinta jarak jauh pun..
tp dah7 tahun bercinta pun skit berkepit jer..huhu
Love is About Trust
Post a Comment