Ini pun boleh? Alahai dah tbalik dah dunia ni skrg.
Apa nk jd?? Rosak2.
Seorang bekas pelajar kolej yang merupakan satu-satunya pelacur lelaki berlesen di Amerika Syarikat (AS) dikritik kerana enggan melayan lelaki setelah diterima bekerja di rumah pelacuran Shady Lady Ranch di negeri Nevada.
Gigolo tersebut yang dikenali sebagai Markus, 25, pernah bekerja sebagai aktor filem lucah sebelum menjadi pelacur di Shady Lady.
Seorang pelacur wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Cuddles berkata, Markus mengamalkan diskriminasi jantina kerana meminggirkan lelaki gay sekali gus memburukkan nama majikannya.
Seorang pemilik rumah pelacuran Angel's Ladies, Arie Mack Moore berkata, kaedah mengambil pelacur lelaki boleh menyebabkan bisnes seks merosot.
Dia mendakwa perniagaannya meningkat kerana pelangan-pelanggan tidak mahu mengunjungi rumah pelacuran Shady Lady Ranch kerana malu terserempak dengan wanita yang melanggani Markus.
Pasangan suami isteri, Jim dan Bobbi Davis mengupah Markus pada minggu lalu untuk bekerja di rumah pelacuran mereka.
Mengulas isu hangat itu, Jim memberitahu, terpulang kepada Markus untuk melayan lelaki atau sebaliknya. Jim menambah, dia dan isterinya tidak berminat menjadikan golongan gay sebagai pelanggan Shady Lady.
Markus menjadi pelacur lelaki berlesen pertama di AS setelah pihak berkuasa negeri Nevada bersetuju meluluskan permintaan rumah pelacuran Shady Lady untuk mengupah pelacur lelaki beberapa minggu lalu. - AP..KOSMO.
3 comments:
dunia dah nak kiamat...orang sekarang melihat yang batil itu bukan batil, tetapi kebenaran yang patut dilaksanakan dan ditegakkan
huhuhuhu.... dunia akhir zaman.
itulah manusia skrg..pelik btl
Post a Comment