Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label pelacur. Show all posts
Showing posts with label pelacur. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Beckham + Pelacur = Fitnah

Alahai manusia ni mcm2lah.
Nak musnahkan hidup org lain, sebar mcm2 fitnah,
Kalau pkara btl tk pelah.
Ni tak...pkara sbaliknya. Kan buat naya je.

Beckham mahu cari pelacur yang fitnahnya

LOS ANGELES - Pemain kelab bola sepak LA Galaxy, David Beckham kini mengupah barisan peguamnya untuk mencari seorang pelacur, Irma Nici kelahiran Bosnia tetapi dibesarkan di Britain untuk memberi writ saman fitnah, lapor sebuah akhbar semalam.


Pelacur itu kini sedang bersembunyi selepas dia membuat kenyataan di sebuah majalah AS bahawa Beckham melakukan hubungan seks dengannya bersama seorang lagi wanita secara serentak. 


Seorang rakan pemain bola sepak itu berkata: "Beckham bersedia untuk mencari wanita itu yang dilihat membuat satu fantasi yang sempurna yang amat melukakan dirinya (Beckham) dan keluarganya."


Irma mendakwa bahawa Hotel Merdien Le Parker di New York merupakan tempat dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham pada 2007. 


Bagaimanapun, rakan Beckham itu berkata, bintang bola sepak boleh membuktikan dia tidak berada di hotel tersebut bersama pelacur tersebut.


Seorang pakar undang-undang media AS, Sandy Baron berkata, Beckham, 35, boleh mendapat ganti rugi fitnah yang boleh mencecah sehingga £5 juta (RM24.31 juta).


Sementara itu, isteri Beckham, Victoria, 36, memberitahu saudara-maranya bahawa dia berdiri di belakang suaminya berhubung fitnah tersebut. - Agensi

Saturday, July 24, 2010

Wajarkah Polis Pamer Pelacur Di Tepi Jalan?

Cuba fikir kejap...wajarkah tindakan polis China ni?
Pasti ada yg menentang tindakan tsebut dan juga sebaliknya.
Kalau aku....entahlah...sukahati engko orglah...haha3.


GUANGZHOU - Polis China mula bertindak tegas bagi memerangi kegiatan pelacuran di bandar raya ini yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia XVI pada November depan, lapor sebuah akhbar semalam.


Namun, orang ramai terkejut apabila beberapa pelacur yang ditangkap berdiri tanpa kasut dengan tangan bergari di tepi jalan.


Pekerja-pekerja seks yang ditangkap itu berdiri pada waktu panas bagi mengelak mereka melarikan diri.


Seorang wanita China yang dikenali sebagai Wan Yu sempat merakamkan gambar-gambar pelacur tersebut menerusi telefon bimbitnya dan kemudian dihantar kepada beberapa laman Internet.


"Wanita-wanita itu masih muda dan sepatutnya mereka diberi sedikit rasa hormat.


"Mempamerkan mereka di jalanan seperti haiwan itu di depan orang ramai bukanlah cara untuk melayan mereka," katanya.


Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan mereka selepas pekerja seks itu enggan bekerjasama mendedahkan maklumat tempat aktiviti pelacuran.


Pelacur-pelacur itu berjalan bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa ayam ke sebuah balai polis di Guangzhou.


Kegiatan pelacuran berjaya dikekang semasa Presiden China pertama, Mao Zedong memperkenalkan Revolusi Budaya pada 1960-an hingga 1970-an dengan mengasingkan lelaki dan wanita serta membanteras habis-habisan aktiviti tidak bermoral.


Namun, aktiviti pelacuran haram meningkat selepas China mengalami pertumbuhan pesat ekonomi dan nilai-nilai Barat dibawa masuk sehingga banyak bandar kecil mempunyai kawasan pelacuran manakala perkhidmatan seks ditawar di hotel-hotel. - Agensi

Saturday, March 27, 2010

Pelacur Lelaki Pertama Bersara....Ada Juga Macam Ni, Alahai Manusia!!

Jgn ingat perempuan je boleh jd pelacur.
Lelaki pun ada juga...entahlah manusia skrg.
Jauh dr landasan dah.
Apa2 pun hargai diri anda yg amat bharga tu.

Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan 'bersara' kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.
 
Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu. - AP,KOSMO

Friday, January 22, 2010

Gigolo Lelaki Rosakkan Bisnes Pelacuran..Alahai Apa Nak Jadi Dengan Manusia Sekarang

Ini pun boleh? Alahai dah tbalik dah dunia ni skrg.
Apa nk jd?? Rosak2.

Seorang bekas pelajar kolej yang merupakan satu-satunya pelacur lelaki berlesen di Amerika Syarikat (AS) dikritik kerana enggan melayan lelaki setelah diterima bekerja di rumah pelacuran Shady Lady Ranch di negeri Nevada.

Gigolo tersebut yang dikenali sebagai Markus, 25, pernah bekerja sebagai aktor filem lucah sebelum menjadi pelacur di Shady Lady.

Seorang pelacur wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Cuddles berkata, Markus mengamalkan diskriminasi jantina kerana meminggirkan lelaki gay sekali gus memburukkan nama majikannya.

Monday, January 11, 2010

Apa Nak Jadi?...Bintang Filem Lucah Pohon Jawatan Pelacur Lelaki

Alahai apa nak jadi dgn dunia sekarang.
Benda terkutuk tu juga nak dibuatnya.



Rumah pelacuran Shady Lady Ranch di Nevada menerima ratusan permohonan termasuk daripada sejumlah teman sosial lelaki dan bintang filem lucah yang memohon untuk menjadi pelacur lelaki di premis berkenaan.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."