Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Bersantai Di Taman Simulajau, Bintulu

Entry lapok lagi...hehehe...ni antara gambar2 yang aku ambil masa aktiviti bbq di Taman Simulajau, Bintulu bulan lepas. Patutnye hari ni kami, rakan sekerja bbq dan main2 di Taman Simulajau lagi tapi di postpone next week. so, next week ada gambar baru. 




Ada ambil gambar kat sini tp mcm tk cute, malas nak letak...hahaha.



Ada awek salah sorang rakan sekerja sambut harijadi hari ni...so makan kek free :)



Nilah suasana pantai di Taman Simulajau.
Aku malas nak letak gambar2 kawan...takut mereka tak suka pula...hehehe.



Last and never the last..gambar aku..")

Saturday, February 19, 2011

King Of Sushi...Sushi King, Emmm Sedapnyeeee

Misi cuti2 Malaysia aku ke Kuching membawa aku ke Sushi King, Kuching buat pertama kalinye bersama tunang tersayang...hehehe. Sebenarnya ni kali ke-3 aku makan di Sushi King dan kali pertama buat tunangku itu.


Sebab ini kali pertama si dia makan di Sushi King, so aku tolonglah introduce apa makanan yang menarik selain sushi. 




Emm...banyak menu menarik ni, last2 ni jelah yang kami order. 


Ada 2 jenis sushi yang kami order, salah satu seperti gambar di atas (Aku lupa apa nama sushi tu) dan kedua ialah sushi yang bersalut keju. Sedap juga. Tapi tak habis makan...so, aku tapau balik bagi kawan aku seorang lagi makan. Dia pun 1st time makan sushi. Selera betul dia makan. Next time nak bawa dia datang bersama kami.

 

Sebab makanan dah banyak, lagipun perut masih kenyang sikit. Yelah masa menunggu tunang aku sembahyang Jumaat, aku makan sikit sebab terlampau lapar...hehehe. So, untuk air..aku just order Chinese Tea....free saja. 

 



Untuk makanan pula, seperti gambar di atas. Nak sebut satu2 nama menu itu, aku tak reti and aku tak simpan resit tu pun. Jadi.........lihat jelah apa yang patut...hehehe. 


Bagi aku makanan di Sushi King ni memang menyelerakan dan sedap...next time nak makan lagi...ada siapa2 mahu belanja..:)

Saturday, January 22, 2011

(Gambar) Selamat Pengantin Baru Ayu Rhaudah Dan Zakuan. Eh.....Itukan Suami Rita Rudaini kan?

Mula2 aku tengok gambar kahwin Ayu Rhaudah dan Zakuan ni, aku fikir suami Rita Rudaini kahwin seorang lagi. Question mark timbul atas kepala aku. Tapi baca habis news di Mstar, rupanya kembar suami Rita, Aidil Zafuan. Maklumlah aku tak ingat sangat nama suami Rita ni. Mereka kembar pun aku baru tau...hahaha. Nampak sangat aku malas nak tahu :)
 
 
 
 
 
 Credit:Mstar
 
 
 
 
Credit:noieizan
 
 
Selamat Pengantin Baru, Moga Dapat Anak Cepat :)

Thursday, January 13, 2011

Gambar Tak Senonoh Pemain Bola Sepak...Isss Entah Apa2!!

Saja nk post entry gambar entah apa2 ni.
Apa yang best, aku pun tak tau...hahaha.

V

V
V


V
Paling tak senonoh aku rasa, yang ni.


Sempat lagi tu, kencing kat tengah padang.
Kurang asam betul..pengotornyeeeeeeeeee.

Picture credit:Google

Saturday, December 11, 2010

Kapal Terbang Pelbagai Corak Yang Memikat Hatiku

Seperti juga kereta or bas, kapal terbang juga ada bermacam2 corak hiasan di badannya.
Antaranya seperti kat bawah ni:
Semuanya memikat kalbu...:)




Setiap corak memberi maksud yang tertentu, macam Airasia senonim dengan slogan 'everyone can fly'.
Kalau tak silaplah.
Kalau kapal terbang menuju ke tempat yang ada kaitan Disneyland, pastinya ada gambar mickey mouse or yang berkaitan dengannyalah.
Apa2 pun yang penting apa yang nak disampaikan sampai ke penerima, kalau mereka fahamlah...hahahaha :)

Saturday, November 13, 2010

Cerita Lawak Si Chot

Credit:Google


Hari ni, aku tak tau nak bebel apa. Sebab aku terlalu penat shopping je kejenye ptg td. So, why not kita sama2 enjoy layan cerita lawak si Chot ni. Cerita ni aku petik dr taman bunga...hehehe gurau je. Diambil dr mail yg member aku forwardkan di ofis.Layanzzzzzzzzzzzzz



GAMBAR
 
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.


Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.


Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi.


Chot nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, lalu dia berkata, “Kak… Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”



KEMIK 
 
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.


Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke’bendul’an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.


Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.


Teman serumahnya, Chet… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu, Chot?” Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.


Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!”

Tuesday, August 3, 2010

Baru Umur 7 Tahun Dah Mampu Meraih RM749,903 Dalam Masa 30 Minit Je...Percayalah!!

Btuahnye budak ni ya...sbb dberi bakat yg amat bnilai. 

Dgn bakatnya itu, dia mampu meraih pulangan yg lumayan.

Umur 7 tahun dah mampu hidup mewah..huhuhu


HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.


Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.


Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.


Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).


Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.


Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.


Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi

Saturday, July 24, 2010

Wajarkah Polis Pamer Pelacur Di Tepi Jalan?

Cuba fikir kejap...wajarkah tindakan polis China ni?
Pasti ada yg menentang tindakan tsebut dan juga sebaliknya.
Kalau aku....entahlah...sukahati engko orglah...haha3.


GUANGZHOU - Polis China mula bertindak tegas bagi memerangi kegiatan pelacuran di bandar raya ini yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia XVI pada November depan, lapor sebuah akhbar semalam.


Namun, orang ramai terkejut apabila beberapa pelacur yang ditangkap berdiri tanpa kasut dengan tangan bergari di tepi jalan.


Pekerja-pekerja seks yang ditangkap itu berdiri pada waktu panas bagi mengelak mereka melarikan diri.


Seorang wanita China yang dikenali sebagai Wan Yu sempat merakamkan gambar-gambar pelacur tersebut menerusi telefon bimbitnya dan kemudian dihantar kepada beberapa laman Internet.


"Wanita-wanita itu masih muda dan sepatutnya mereka diberi sedikit rasa hormat.


"Mempamerkan mereka di jalanan seperti haiwan itu di depan orang ramai bukanlah cara untuk melayan mereka," katanya.


Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan mereka selepas pekerja seks itu enggan bekerjasama mendedahkan maklumat tempat aktiviti pelacuran.


Pelacur-pelacur itu berjalan bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa ayam ke sebuah balai polis di Guangzhou.


Kegiatan pelacuran berjaya dikekang semasa Presiden China pertama, Mao Zedong memperkenalkan Revolusi Budaya pada 1960-an hingga 1970-an dengan mengasingkan lelaki dan wanita serta membanteras habis-habisan aktiviti tidak bermoral.


Namun, aktiviti pelacuran haram meningkat selepas China mengalami pertumbuhan pesat ekonomi dan nilai-nilai Barat dibawa masuk sehingga banyak bandar kecil mempunyai kawasan pelacuran manakala perkhidmatan seks ditawar di hotel-hotel. - Agensi

Tuesday, May 18, 2010

3 Ketul Buffered Earning Tengah Lari2, 24 Ketul Metered Earning Rehat2

Hari ni aku nak mbongkar rahsia Nuffnang blog aku ni. Walaupun nampak simple tapi boleh tahan powernya juga..haha2. Perasan je lebih ni. Buat malu saja.


Oklah. Setakat hari nilah. Sila catat ye. Ada 3 campaign buffered earning tengah beroperasi hangat di blog ini. Entah mana satu yang lebih hebat, aku pun tak tahu. Anda sendirilah cari ye. Malas nak perah otak yang sedia penat ni.



Pencapaian 3 buffered earning agak mengalakkan juga. Namun kena usaha lebih untuk tingkatkan lebih trafik ke blog ini. Tulis pasal earning & buffered earning pun salah satu cara nak tingkatkan trafik. Biasalah orang akan lebih suka baca benda2 pasal money2 ni. Betul tak?


Selain tu, aku nak bagi semangat buat blogger lain agar tak putus asa dalam berblog ni. Buatlah dunia blog ni macam tulis catatan harian anda tapi bukan tulis pkara yang terlalu personal ok. Tulislah perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Oh...ya jangan lupa terjah 3 iklan di atas tadi ye. Mana tau terjumpa lubuk emas...kan?


Sepanjang tahun ni, selepas cashout earning ptama aku 2 or 3 bulan lepas. Ada 24 ketul buffered earning aku dapat. Itupun dah mati, semua tak berfungsi sepenuhnya. Sudah jadi metered earninglah...ha3. 


24 ketul...wow satu rekod hebat untuk blog aku yang bwajah baru awal tahun ni. Tahun lepas malas sikit nak update2 ni. Tahun ni, azam barulah. Lagipun boring duduk bilik hostel, tak buat apa2. So, join dunia blog menarik juga. Dapat duit, malah dapat ramai kenalan baru yang baik2 semua...he3.



Monday, May 3, 2010

Edisi Jalan2 Ke Blog 'Hanya Ikan Bilis'



Blog kedua malam ni aku jejaki ialah blog kepunyaan Cik Nurul yang mulut becok & suka mbebel. Bukan aku kata ye...beliau sendiri tulis kat profile tu...he2. Jangan marah, nanti tak manis pula. Tajuk blog beliau ni menariklah...Hanya Ikan Bilis. Siapa peminat ikan bilis bolehlah terjah blog beliau ni.



Blog Cik Nurul ni ada info mengenai kebaikan coklat. Jangan ingat coklat mgemukkan je tau. Sebenarnya coklat juga penuh dengan khasiatnya. Nak tahu tak, ibu mengandung yang makan coklat akan melahirkan anak2 yang happy..betul ke? Nak tahu lanjut terjah blog Cik Nurul ni ye. Tak rugi punya.....sekadar berkongsi info ma.


Dalam blog Cik Nurul ni banyak gambar2 menarik seperti gambar buahan & sayuran yang diukir kreatif oleh chef yang rasanya boring memasak. Bagi siapa yang nak main2 dengan bulan dengan pelbagai gaya boleh terjah sini: Jom Main Dengan Bulan. Pastinya teruja..he3. Sebenarnya banyak lagi entry2 yang memikat hati di blog Cik Nurul ni, siapa yang rajin nak terjah, just klik link di bawah banner atas sekali tu ya.

Sunday, May 2, 2010

Edisi Jalan2 Ke Blog 'MissNeelopher'


Dalam kesemputan internet 2 hari ni, aku teruskan jua edisi jalan2 ke blog 'MissNeelopher'. Tq ya tinggalkan komen di Geng Blogger & sudi terima aku utk jalan2 ke blog anda. Amat2 aku hargai.


MissNeelopher...emm agak unik juga nama beliau ni ye. Nama aku pakai utk blog ni, Maya je. Ringkas & senang ingat kot..he3. Tadi jalan2 ke blog beliau. Cantik juga layoutnya. Sambil baca entry di blog beliau, sambil tu juga kita disajikan dengan alunan melodi yang indah. Suka dengar. Dari tadi aku buka blog beliau, sambil tunggu loading gambar atas tu.


Biasalah internet semput, so lama loadingnya. Sambil tu baca2 entry 10 Penyakit yang Lucu Dan Pelik. Memang lucu & pelik pun. Macam2lah jenis penyakit tu ya. Ada juga macam tu kat dunia ni. Siapa agaknya yang pernah alaminya ye?


Gambar yang paling aku suka tengok kat blog MissNeelopher ni ialah perempuan yang duduk kaki berbelit ni. Entah macam manalah buat kaki macam tu ye?

Thursday, July 16, 2009

Painted Cats...Eeiii??

Mcm2lah perangai manusia ni. Dah kucing tu cute2, warna lg dgn colour yg entah apa2. Kalau makin cute tk pelah, ni lain je. Ada yg nampak hodoh btl. Kesian kucing tu...hehehe.


Ni npk mcm apa yek???


Alahai blkg kucing ni...lucu btl.



Blkg kucing ni...corak apa ye???


Waduh...kucing badut...hodoh btl.



Yg ni...entahlah.



Love...love..hehehe



Oklah....???



Byk lg koleksi gambar kucing bwarna-warni ni...nanti2lah sy post lg yek....nk p makan dulu..chow.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."