Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir

Credit:Google

Last week, tengah mcari info mgenai tafsiran mimpi psl member mimpi hantu dua hari berturut2. Terjumpalah entry ni. Emmm...nampak menarik. So, sharelah dengan anda disini. Mana tau ia berguna untuk sesiapa yg terasa ada mgalami sst yg pelik2.


Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !
 
 
i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat. 


ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.


iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.


iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)


v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.


vi) Masalah hubungan suami – isteri

Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.


vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.


viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.


ix) Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.


x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.


xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.


xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.


xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Sumber:tafsirmimpi


So, dah habis baca tu. Silalah peka dengan keadaan sekeliling anda ok. Mana tau ada org buat dajal kat kita. Yelah sekarang memang payah, manusia suka dengki mdengki je or tak senang dengan apa yg kita dapat. Hehe...sekadar berwaspada je. Apa pun bserahlah kepada Allah kerana Dia lebih mgetahuinya.

Wednesday, May 19, 2010

Inilah Dinamakan Fashion.....Pelik & Memang Memelikkan Je Aku Tengok!!

Dunia fashion ni bermacam bentuk kejutan kita dapat tengok. Pelbagai jenis rekaan baru yang memang memelikkan. Dahlah tu gaya solekan pun pelik. Digabungkan lagi dengan rekaan baju yang pelik. Makin pelik pelik aku tengok. 


Macam rojak pula jadinya..kahkah. Tapi itulah fashion, penuh dengan gaya kreativitinya yang tersendiri yang maybe memukau para pencinta fashion terkini & moden. Mana tau kan? 


Bagi yang tak tahu gaya penampilan fashion macam aku ni. Memanglah nampak macam pelik. Kadang2 tu nak tergelak tengok mereka bawah ni pun ada. Apa2 pun patut bagi pujian kepada perekanya. Susah beliau reka tau. Jangan gelak sangat ye...sikit tak pe...he3.


Sunday, May 2, 2010

Edisi Jalan2 Ke Blog 'MissNeelopher'


Dalam kesemputan internet 2 hari ni, aku teruskan jua edisi jalan2 ke blog 'MissNeelopher'. Tq ya tinggalkan komen di Geng Blogger & sudi terima aku utk jalan2 ke blog anda. Amat2 aku hargai.


MissNeelopher...emm agak unik juga nama beliau ni ye. Nama aku pakai utk blog ni, Maya je. Ringkas & senang ingat kot..he3. Tadi jalan2 ke blog beliau. Cantik juga layoutnya. Sambil baca entry di blog beliau, sambil tu juga kita disajikan dengan alunan melodi yang indah. Suka dengar. Dari tadi aku buka blog beliau, sambil tunggu loading gambar atas tu.


Biasalah internet semput, so lama loadingnya. Sambil tu baca2 entry 10 Penyakit yang Lucu Dan Pelik. Memang lucu & pelik pun. Macam2lah jenis penyakit tu ya. Ada juga macam tu kat dunia ni. Siapa agaknya yang pernah alaminya ye?


Gambar yang paling aku suka tengok kat blog MissNeelopher ni ialah perempuan yang duduk kaki berbelit ni. Entah macam manalah buat kaki macam tu ye?

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."