Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Duit Nuffnang...Banyak Dah???



Lama tak update income Nuffnang ni...biasalah asyik busy dengan kehidupan baru dan business online. Alhamdulillah dah sampai target cashout tapi buat masa ni simpan dulu, biar nampak banyak sikit baru puas hati tengok..hehehe.


Bagi yang tertanya2 macam mana aku dapat duit Nuffnang ni....kenalah rajin update blog dan blogwalking. Aku dah lama sebenarnye tak blogwalking sejak mulakan business online. Tak de masa sangat. Leboh2 lagi sekarang ada tanggungjawab baru iaitu sebagai isteri...hehehe
Kalau anda yang masih baru2 berblog memang agak lama nak nampak hasil duit Nuffnang ni, so bersabarlah ye. Aku pun macam tu juga dulu tapi lama2 trafik blog pun dah ok dan banyak posting...akhirnye dapatlah income dari Nuffnang ni. Oklah malas nak bebel banyak...nak zzzzzzzzzzzzz dulu...nite.
 

Friday, September 30, 2011

Cuti2 Malaysia :)

Credit:Google


Emmm...agak lama juga tak update blog aku ni...dah nak bersarang labah2 ni...hehehe. Biasalah aku ni kurang rajin nak update dah blog ni. Malas. Lagipun aku banyak buzy dengan persiapan majlis perkahwinan yang tak lama lagi akan diadakan...bila? Tunggu....sampai masa aku hebohkan satu dunia...hehehe.



Apa2pun yang penting sebelum tiba masa itu aku nak pi enjoy puas2 dulu. Pi jalan2 shopping dan nikmati saat single sepuasnye sebelum double. Tapi tak bermaksud buat benda tak elok. Itu jauh sekali ye....:)
Oklah....esok aku nak terbang ke bandaraya Kuching Sarawak. Sambil jalan2 dengan member, sambil itu beli barangan hantaran dan persiapan kahwin. ........chow dulu.

Tuesday, April 12, 2011

Edisi Jalan2: Blog Corat Coret Ku



Elo elo....mana semua orang ni, p lepak mana tu..tak ajak pun...hehehe. Oklah malam ni aku nak mula buat edisi jalan2 yang agak lama juga aku tak buat. Entah berapa bulan dah. Sebabnye, aku malas nak corat coret pasal blog orang lain and no idea. Tapi malam ni, aku ada rajin sikiiiiiiiiiiiit je.


Blog 'Corat Coret Ku' ini adalah blog kawan rapatku, Cumie semasa di universiti dulu. Aku tolong dia buat sikit je. Itu pun time aku p jumpa dia di Kuching tahun lepas. Cuma dia belum pandai nak ubah template lagi. Nanti2lah aku ajar. Pasal ubah template ni aku paling tak suka. Memeningkan kepala. Sebab tu aku tak selalu ubah template kat blog aku.


Ok...back to my friend blog. Blog dia ni lebih  fokus pada perkara personal, apa yang dia suka dan banyak lagilah tapi more to personal blog gitu. Tapi disebalik personal blog ada pengetahuan yang penting juga. Walaupun tak sepenting blog yang berbentuk akademik. Namun, oklah juga. 


Emmm...apa lagi nak komen ye. Rasanye tu je. Ringkas dan simple. Lagipun blog dia ni masih baru. Blogger junior katakan. Apa2 pun sama2 kita sokong dia, agar dia bertambah ilmu berblog dan dapat income Nuffnang...hehehe.

Saturday, January 29, 2011

Ngankung Full Movie Online...Jom Tonton!!



Salam ahad semua, tadi tengah nak balas kunjungan rakan2 blogger lain. Tersinggahlah blog 'jiwakacau'. Tengok2 ada movie 'Ngankung' online. Full movie lagi tu, so layanlah kejap tadi. Memang best juga ceritanya. Pengajaran buat yang suka sangat main nombor ekor...hehehe.


Ok..ni sinopsis movie 'Nangkung'...petikan dari blog 'jiwakacau'.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?

So.....bagi sesiapa yang belum tengok movie ni di pawagam, boleh tengok online di blog 'jiwakacau'. Sila klik link di bawah ni:


Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusup, Bekas Suami Penyanyi Siti Nordiana Meninggal Dunia?

Credit: mstar


Malam ni baru je balik ke hostel. Semalam ikut countdown di Esplanet Bintulu, then terus tidur di rumah amoi cina. Rindunye aku dengan blog, laptop dan bilik aku ni...hehehe. Macam lama pula tinggalkan bilik...:)


Sambil tengok2 page blogger dan entry terbaru dari blog yang aku follow. Tiba2 mata aku ni tertarik dengan entry 'Pelakon-Faizal Yusup Meninggal Dunia'. 


Terkejut juga dengar berita tu. Tak sangka pula cepat betul masa berlalu. Kes perceraian beliau dengan Siti Nordiana, aku rasakan baru je berlalu. Ni terdengar pula berita kematian beliau. 


Apa2 pun itu sudah ketentuan yang Maha Esa. So, bagi kita yang hidup ni, perlulah teruskan hidup. Al-Fatihah buat arwah Faizal Yusup, aku sampaikan. Mudahan roh beliau bersama orang beriman. Amin.




KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat...berita lanjut: Mstar

Sunday, December 19, 2010

Siapa Hanis Zalikha Zainal? + Senarai Top 10 Individu Popular DiCarian Google Malaysia

Siapa Hanis Zalikha Zainal? Entahlah aku sendiri tak tahu sangat siapa gerangan empunya diri. Yang aku tahu, Hanis ni memang popular di kalangan blogger. Blog dia memang ramai follower, beribu2 beb. Kalau nak dibandingkan dengan blog aku, jauh beza. Lebih2 lagi Hanis ni seorang model terkenal...kira terkenal jugalah.

Credit:Metro

Nilah wajah ayu Hanis Zalikha Zainal yang memdapat perhatian ramai dalam dunia blogger dan antara dalam 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia. Malah telah mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Hebatkan??? Tahniah buat beliau :)


10 individu paling dicari dalam Google Malaysia
(alamak tak de nama aku pun....hahaha) 

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
Aku memang peminat Maher Zain...lagu beliau best :)

2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
Emmm....entahlah!!

3. Luna Maya (artis Indonesia)
Scandal seks...tak minat!!

4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
Al-Fatihah buat beliau.

5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
Pelik...langsung tak minat.

6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
Entahlah...:0

7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
Cute...suka :)

8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)

 No komen
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
Peminat biasa2 je :)
10. Paul Tan (blogger)


Dia ni ke Paul Tan? Aku pun tak kenal sangat.
Main Google je...hehehe :)


Tq...GOOGLE.

Saturday, December 11, 2010

The Nokia Ovi Store - Cute Pula Ular Tu Aku Tengok!!



Salam pagi ahad semua. Pagi ni semangat pula aku nak update blog. Dari semalam aku nak update pasal 'The Nokia Ovi Store' ni. Tapi internet...fuh lembap tahap gaban gitu. Menguji kesabaran aku je.


Aku tertarik dengan iklan baru Nuffnang ni sebab aku rasa si ular Nokia Ovi Store ni cute pula....hahaha. Kalau ikutkan aku ni memang tak suka ular. Geli...nasiblah si ular ni rupa kartoon. Kalau tak aku terus tak layan punya. So, bagi siapa2 yang letak picture ular betul2 dalam blog tu. Maaf ye, aku memang terus tutup blog anda. 


Untuk try tengok apa menarik pasal iklan 'The Nokia Ovi Store' ni, aku carilah blog yang bertuah yang memaparkan iklan ni. Nak klik iklan di blog sendiri, manalah dapat kan? Aku baca2 macam menarik je. Sila baca entry di bwh....(aku tk reti sgt nk translate ni, baca tahulah...hahaha)
Hey Nuffnangers, ever wish there was a way you could let your readers get updates from your blog easily without having to worry about pages that refuse to load on mobile web browsers? The Nokia Ovi App Wizard is the answer to that problem! Here's how it works:
Log on to http://appwizard.ovi.com, and follow the step-by-step instructions there to publish your blog as a mobile app on the Ovi Store. It’s real easy! The best part? All of this is absolutely FREE! (NOTE: The App Wizard is able to work only with blogs with RSS feeds.)

Bestkan....nampak gaya aku nak trylah. Mana tau dapat tingkatkan trafik blog ni sampai meletop...hahaha. Tapi kena ada RSS feeds untuk blog aku tu. Ni aku lemah ni. Biasalah tak reti apa2 sangat pasal dunia blog ni. Banyak app. yang perlu tahu. Tak pe...belajar sikit2, lama2 jadi bukit.




Tengok dah banyak orang si ular Nokia Ovi Store ni makan. So, bila pula giliran anda nak try benda ni. Aku tengah nak terokai si ular ni. Baru peringkat permulaan. Nak tunjuk ajar...tak pandailah. Jadi, belajar sendiri jelah ye...hehehe.



Permulaan nampak macam senang je. Macam mana endingnye ye? Lagipun app. Ovi Store ni memang dah ada dalam Nokia C5 aku. Cuma aku belum tahu nak guna lagi. So, sekaranglah masanya nak selongkar apa yang tersembunyi di dalam Ovi Store ni....Ok kawan2 chow dulu.

Tuesday, November 30, 2010

Add Link Anda Disini, Barulah Senang Diterjah Bila2 Masa

Wajah blog dah ubah, add itu....add ini. Hampir semua sudah. Walaupun ada kurang tapi tak pelah. Masih dlm proses belajar katakan. Lagipun yg penting sekarang, nak tingkatkan trafik agar meletup2 income buffered earning tu...hehehe. Mata duitan betullah aku ni. Ah apa aku kisah. Bukan kikis duit org lain pun. Aku usaha sendiri dgn bantuan para pengunjung serta sahabat yg setia mjenguk teratak buruk aku ni.



Clik picture comel, kasi membesar dgn sihat


Bagi anda yg suka singgah2 je tu, sini nak khabarlah sikit ye. Selain tinggalkan link dan kata2 indah bak puitis tu di Cbox, tinggalkan juga link anda di tempat yg aku dah sediakan khusus utk anda. Dgn segala hormatnya tu....aku bagi sepenuh kebebasan anda meletak seberapa byk link yg anda mahu. Tapi kalau dah bagi betis tu, jangan nk minta paha pula. Pandai2lah bsyukur ye!!. Jgn bagi spam pula tempat 'Add link' aku tu. Nanti aku spam kamu org balik baru tau...hahaha.


So, bagi yg bminat nak letak link anda di kotak 'Add Link' aku tu. Silalah klik button 'ADD LINK ANDA DISINI' di pages atas sekali tu. Kalau tak nampak, tu ada picture aku postkan sekali kat sini. Tak nampak juga...pandai2lah klik, bagi tumbuh dengan besar ye. Kalau masih tak nampak. Aku tak tau nak kata apa lagi.





Sesudah anda klik button 'ADD LINK ANDA DISINI', anda akan temui kotak seperti picture di atas ini. So, isilah tempat kosong tu ya. Dengan nama anda or nama blog anda yg indah bak bulan purnama dan jangan lupa letak link anda ye. Jangan letak sebarang link yg tak berkaitan. Nanti aku ketuk kepala baru tau...hahaha. Then last sekali tekan button 'Enter'. Tu je...senang dan mudah.


Sebenarnye benda ni dah lama di pasaran, cuma aku je belum tergerak hati nak guna. Bila aku dah belajar macam mana nk buat pages. Barulah aku letak benda ni, bagi melariskan jualan yg entah bila nak larisnye...hehe. Oklah, kawan2...jgn lupa tinggalkan link anda kat situ ye. So, mudahlah aku terjah blog anda bila2 masa. Di mana jua anda berada...:)

Sunday, November 28, 2010

CoretanMaya Berwajah Baru

Hari ni, aku habiskan masa mcari template yg memikat hati nuraniku. Byk juga template yg aku bkenan tp bila dah siap psg, ada mslhlah pula. Element or gadget template yg aku bkenan npk bmslh je. So, cari2 punya cari aku jumpalah template yg aku pakai ni skrg. Tiada pilihan juga, kena juga pilih template ni...hehe. Mcm tpaksa pula.



Mcm mn? Ok tak, gaya wajah baru blog aku ni? Pastinye simple je. Lagipun aku mmg dah lama nk cari template yg ada 2 column ni. So, tk pyh aku letak byk sgt widget kat dlm blog aku ni. Ini pun dah byk. Aku harap tklah berat sgt loading blog aku ni ye. Aku nk terima kasih kpd Uncle yg bg pendapat agar aku memilih template yg ada 2 column kerana ia lebih senang dan simple je. TQ ya Uncle.........siapa Uncle tu...nilah dia...clik sini: UNCLE


Walaupun sudah setahun lebih aktif dlm dunia blog, masih byk lagi aku tk tahu mgenai blog ni. Nk buat blog pun aku tk tahu dulu. Tp sebab semangat nk join Nuffnang, aku belajarlah serba sedikit cara2 buat blog. Hari ni aku dah pelajari buat pages kat bhgn atas skali tu, bwh follower. Toturial utk buat pages tu, aku google je kat laman carian. Nk tanya org lain, tk tau nk tanya sapa. So, belajarlah sendiri.




Buat yg ptama kali singgah ke blog aku ni, inilah wajah lama blog aku. Cute dan simple juga...hahaha. Dulu ms aku tukar ke template ni, rezeki blog aku agak baik juga. Selalu je dapat buffered earning dr Nuffnang. Aku harap dgn penukaran wajah baru yg lebih simple ni, mbuka lebih luas rezeki buffered earning buat blog aku ni. Serta ramai pgunjung singgah dgn kemunculan kembali GengBlogger yg mmg meletop punya. Ok...SELAMAT BERBLOG SEMUA AND TQ YA!!

Saturday, November 20, 2010

Gempak Cik Epal Bila Artis Terkenal Serbu Blog Beliau




Lama aku tk jenguk2 blog Cik Epal, petang tadi tergerak hati nk ziarah ke blog beliau. Itupun sbb tjumpa balik kat GengBlogger...hehe. Bagi sesiapa yg tk tau. Cik Epal ni, kira otai juniorlah dalam dunia blogging ni. Ataupun boleh dikira perintis Red Mummy.



Kenapa aku cakap mcm tu? Sbb ramai yg kata mcm tu...hahaha. Sbenarnya bg aku, Cik Epal ni mmg superlah....aku bukan nk bodek or puji Cik Epal tau. Kita boleh tgk sdiri dr gaya penulisan beliau sdiri. Memang sentiasa dpt sambutan baik dr pgunjung dan peminat setia blog beliau. Tgk ajelah komen2 kat section comment beliau. Penuh beb. Tk mcm blog aku ni.



Dahlah tu, ada artis terkenal bg komen kat blog Cik Epal ni. Sbb tu aku tgk entry post beliau, gempak semacam je. Apa taknye artis kesukaan beliau, Heliza Helmi btandang ke teratak mewah beliau. Kalau aku pun, mmg gempak. Bukan tu je meletop2 mcm gunung berapi gembiranye...hehehe. Lebih2 pula.





Lepas ni siapalah artis or orang tkenal serbu blog Cik Epal agaknye ye? Cik Epal harap Tok Najib yg dtg singgah. Rasa2 dpt ke? Entahlah....mn tau durian jatuh dr langit...hehehe. Apa2 pun aku mmg suka blog Cik Epal. Gaya penulisan yg cukup menarik, wpun kdg2 kata2nye menusuk kalbu.....faham2 jelah.

Thursday, November 18, 2010

GengBlogger Kembali Memeriahkan Dunia Blogger



Sudah hampir 4 bulan mcm tu...kalau tk silaplah, website GengBlogger tak dapat masuk. Angkara virus Malware. Apa benda binatang ni, aku pun tak tahu. Sbb aku bukan pakar dalam bidang virus2 ni. Aku pandai berblogger je...hehe.


Aku sebenarnye baru tahu website GengBlogger dah boleh berfungsi macam biasa. Itupun sebab aku terpandang post seorang blogger yg aku jd follower dia. Kalau tak, aku mmg tak akan tahu. Yelah tiap kali nak masuk website GengBlogger dulu, asyik tak dapat. So....boringlah pula nk jenguk kat sana. Lgpun risau tkena virus baru tu...hehe.




Apa pun syukurlah GengBlogger telah bangkit dari hampir mati di makan virus Malware. Harap akan tetap bangun untuh untuk memeriahkan lagi dunia blogger yg suram tanpa kehadirannya beberapa bulan ni. Betul tak?


Mestilah betul...sbb dengan adanye GengBlogger semangat nak berblog bagi sesetengah blogger makin mbara2, nasiblah tak terbakar diri sendiri...hehe. Bahaya betul. Bukan itu saja, bagi akulah....dengan adanye GengBlogger, kita dapat ping entry tbaru blog kita di GengBlogger utk dikongsi bsama blogger lain. Malah kita dpt peroleh new idea, pengalaman dan pengetahuan baru melalui post2 yg menarik dr blogger lain.


Bukan itu saja, kita boleh kenal ramai kenalan baru, yg pastinya kita boleh berkongsi apa saja dengan mereka kecuali soal peribadi. Lebih dari itu, sendiri fikirlah. Sbb lain, aku rasa Nuffnang. Yelah dengan adanye GengBlogger, trafik blog kita pun meletop. Income Nuffnang apa kurangnye juga. Apa2 pun alasannye......kita jgn buang ms lagi, jom ping blog sekarang.

Friday, October 29, 2010

GTO Terjah Blog “CoretanMayaKu’


Siapa yg tk kenal GTO, Great Teacher Onizuka, salah sorg yg bakal jd otai someday. Skrg ni junior otai, akan datang akan jd senior otai pula. Blog beliau mmg sentiasa hip hop. Ramai pgunjung setiap hari. Sbb itulah setiap kali ada campaign baru buffered earning. Beliau dpt income yg lumayan. Tk mcm blog aku ni. Walaupun dpt byk buffered earning tp income yg diperolehi siput je. Namun syukur apa yg ada….betul tak? 


Sebenarnye aku baru pagi td check komen2 di blog aku ni. Tiba2 aku tnampaklah komen GTO. Beliau ckp, beliau ada buat terjahan ke blog aku ni. Sbb dulu2...entah bila, (aku lupa dah) ada join 'Kenapa anda Mahu Diterjah Eyriqazz'. 


Eyriqazz nama GTO ye...kalau anda tk tau. Nama sebenar beliau, aku tk pasti sgtlah. Nk tau p terjah blog dia ye....hehe. 


Emm…jom tgk komen GTO psl blog aku ni:


Komen GTO: 
1) tagline yang menarik

2) Entry berkisar blogging, personal dan terlintas di hati.

3) Widget di sidebar terlalu banyak .Mungkin memeningkan kepala juga. Placement of Nuffnang Ads yang agak ke bawah menyukarkan untuk mendapat Buffered Earning di Sidebar. Cadangan, letak atas sikit dan widget2 disusun kembali supaya nampak lebih kemas especially bagi blog yg 3 column.

4) Wow Faktor dan keunikan tersendiri tidak saya begitu nampak di sini. Maaf ya....Lain padang, lain belalang. Mungkin boleh pelbagaikan entry dan menulis entry yang lebih diminati...


Nampak gayanye aku kena ubah bbrp pkara, lebih2 lagi psl widget tu. Memang nk buat tp belum ada ms nk buat. And aku nk ubah template tp sayang pula nk tukar ke template baru. Sbb banyak kerja nk buat nanti. Aku ni belum ada ms lg nk ubah itu ini. Tp pasti akanku cuba buat perubahan sepertimana GTO sarankan.

Umm, itu saja ...Apapun ini cadangan dari saya bagi memperbaiki mutu blog:

1) Revamp the template /header. Mungkin boleh gunakan khidmat bloggers yang terror bakni.

2) Perbanyak gambar-gambar yang menarik di dalam entry

3) Selidiki dan cari "Wow Faktor" yang boleh menarik lebih ramai pengunjung ke blog

Nk buat entry yg menarik, aku ni kurang kreatif sikit nk buat post yg memikat hati mcm entry yg GTO buat. Tp boleh dicuba utk perubahan yg maybe akan mguntungkan. Siapa tahukan. Anyway TQ very much to GTO. Walaupun aku ni tk ingat bila aku request blog aku diterjah. Lama sudah, so lupa. ..hehehe.

Wednesday, October 27, 2010

Buffered Earning Bertambah2....Rezeki Katakan!!


Hari tu ada member blogger tegur, knp sejak kebelakangan ni asyik cerita pasal love je. Biasalah tengah hangat bcinta...hahaha. Gurau je. Oklah hari ni, aku cerita pasal Nuffnang je ye. Asyik cerita pasal cinta, nanti bosan pula pgunjung blog aku ni.


Mcm bulan2 lepas. Rezeki utk blog aku ni mmg murah sgt. Syukur kpd Allah krn mberi rezeki ni utk aku. So, adalah extra duit kelak...hehe. Baru td aku check akaun Nuffnang. Wah...ada 4 buffered earning baru aku dpt. Semuanye pasti berebut2 nk tarik phatian para pgunjung. Jgn lupa ye kwn2, tembak tp jgn main2 pula. Tk elok. Nanti Nuffnang marah.



Ke empat2 buffered earning ni, buffered earning Pizza aku blm pernah nampak kat blog aku tu. Entah bilalah masanye nk munculkan diri ye. Main sembunyi2 dgn aku pula. Takut aku makan agaknya....hahaha. Jom Pizza.



Rahsia nk dpt buffered earning yg byk2 ni, aku tk tau sgt. Yg aku biasa buat, update blog je. Nk blogwalking, akhir2 ni line internet slow sgt. So, kuranglah aku nk blogwalking. Namun trafik blog ni agak baiklah juga. Maintain 100 pgunjung stiap hari. Entah bilalah agaknya capai 200 pgunjung stiap hari ye?


Emm tk apalah, kalau tk capai pun. Yg ptg duit masuk...hehe. Lagipun bblog ni salah satu hobi aku juga. Cuma kuranglah aku cerita psl diri aku kat dlm blog ni. Lain kali jelah. Lgpun cerita psl diri sdiri kurang bestlah. Elok kongsi pkara yg maybe menarik buat pgunjung yg dtg ke blog ni. Betul tak? Oklah...tu je. Malas nk mbebel panjang. Chow dulu...tatata.

Wednesday, September 29, 2010

Aku, Blog Dan Nuffnang




Dunia blog, dunia yg masih baru bagi aku. Banyak yg aku blum tahu pasal dunia blog ni. Biasalah baru setahun jagung aktif berblog ni.


Terus teranglah cakap, aku mula bjinak2 dlm dunia blog ni disebabkan Nuffnanglah. Entah siapa empunya blog aku terjah cerita pasal income dia dapat dr Nuffnang. So, aku cubalah daftar diblogger. Sebenarnya satu apa pun aku tk tahu psl nk buat blog ni. Aku main buat je. Sambil tu rujuk toturial diblog member maya ni. Aku lupa siapa empunyanye.


Hari demi hari fahamlah sikit mcm mn nk edit itu ini. Last2 nilah rupa blog aku skrg. Cantik tak? Hahahha…perasan lebih. Emmm…aku blum nk ganti template baru lagi. Belum rajin nk tukar. Lagipun aku rs yg ni oklah juga. Tapi kalau mahu pembaharuan ok juga. 


Nk diceritakan mula2 dulu aku kurang sgt nk update blog aku ni. Lama juga nk dpt income Nuffnang, Bila masuk je tahun baru tahun ni. Entah apa angin yg mdatang. Aku rajin nk update blog. Bermula dr itulah aku selalu je dapat buffered earning. Murah btl rezeki ms itu. Income pun cepat je masuk.


Blog Coretanmaya ni, mmg pyumbang utama income Nuffnang aku sbb incomenye boleh tahan juga. Selain blog ini, aku ada blog lain juga. Hehehe…tk boleh bgtau. Siapa yg tahu tu, tk pelah. 


Bsyukur sangat2 sbb ke semua blog aku tu dpt buffered earning je. Cuma hanya 2 blog je yg mantap incomenye termasuk blog aku ni. TQ Nuffnang sbb mberi peluang kpd para blogger mcm kami mcari income lebih di internet. 

 Cek 1st dr Nuffnang terima bulan 3.


Cek ke-2 dr Nuffnang terima bulan 9.

TQ semua kwn2 dan Nuffnang.

Monday, September 27, 2010

Aku Dan Facebook

Credit:Google



Sebut saja Facebook, semua peringkat umur tahu laman web ni. So tk payahlah aku nk celoteh panjang pasal Facebook ye. Buang ruang dan masa aku je…hehehe.


Aku sebenarnya baru juga dalam bab main2 Facebook ni. Nak kata baru taklah juga. Lamalah sikit. Cuma kurang aktif je singgah sana. Tapi semenjak di bulan posa thn ni, aku tgerak hati nk main2 kat sana. Dlm ms itulah aku kenal dgn ramai kenalan baru yg baik2 semuanye.


Bab yg paling best dpt jumpa kenalan2 lama masa belajar dulu. Jumpa senior dan junior. Lama tk dgr khabar mereka. Dengan adanye Facebook mdekatkan lagi kami. Ada kalanya hampir tiap hari bsembang sana. Aku biasalah sembang2 kosong je. Buang ms tluang dan kenal2 kenalan baru. Tgk apa yg best and bla bla bla.


Nak main game pun boleh tp aku mlslah nk main. Coz aku masuk Facebook nk sembang dgn member2 lama dan baru. Sekarang ni aku tiap hari layan Facebook. Kira jd rutin dah. Dahlah tu aktif kan facebook mobile lg. Lagilah aktif berfacebook…hehehe.


Sebelum ini aku selalu singgah kat GengBlogger. Tapi entah knp laman web tu dah tk dpt buka. Sebab mslh Melware ke apa. So, kena cari tempat lain nk main dan pingkan post baru utk blog aku tu. 


Bagi siapa nk jadi kenalan aku bolehlah add aku kat Facebook ye. Jgn malu2. Kawan ramai kenalan kan bagus dr cari musuh…betul tak? Ni email aku: melurputih123@gmail.com. Add jgn tk add…hehehe…ok tu je cerita aku psl Facebook. Tk menarik pun….hahaha :)).

Tuesday, July 6, 2010

Status Glitterati Kembali Menyengat Dengan Buffered Earning Baru.......TQ Nuffnang!!



Seronoknya dalam hati dapat buffered earning baru. TQ Nuffnang sebab bagi peluang lagi kat aku ni. Syukurlah. Kalau tak sunyi je blog aku ni..hehe.


Yelah sejak beberapa hari tak de status Glitterati, iklan segan betul nak keluar. Dahlah tu campaign buffered earning aku macam melarikan diri dari blog aku. Merajuk agaknya. So, income dapat pun siput je. Tak pelah. Kali ni kena usaha lebih untuk dapat income yang terbaik. 



Nilah campaign terbaru buffered earning aku. Jangan lupa terokai dunia Maxis tau. Mana tau ada offer terbaik yang mereka nak bagi. Tak rugi pun, kalau nak tengok2. Sekurangnya dapatlah sedikit ilmu....betul tak? Oklah time to blogwalking. Nak langgar lari ke blog sahabat yg sudah buat lawatan sambil belajar ke blog aku ni...hahaha.

Sunday, June 6, 2010

Alamak....Teruknye Trafik Blog Aku....Lama Tak Jalan2 Biasalah

Bermula cuti wesak hinggalah cuti gawai then cuti Agong day, agak jarang betul aku online. Bz bercuti dan jalan2 shopping dengan kawan2. Mana ada masa nak online. Terjah blog blogger lain pun tak sempat lagi ni. Update blog pun satu je hari tu. 


Bila dah keadaan macam ni. Trafik blog aku ni menurunlah gayanya. Terpaksalah kerja keras lagi nak naikkan ke tahap yg kira oklah. 



Tengok....turun naik je trafik blog aku ni. Sungguh myedihkan...hehe. Lagipun bulan ni belum nampak buffered earning baru lagi. Bulan lepas tak berapa meriah buffered earning dapat. Tak macam bulan sebelumnya. Agaknya musim kurang iklan melanda sekarang selepas musim durian runtuh hampir ke penghujung. Entahlah.


Oklah...tak mau cakap banyak. Kepenatan masih terasa lagi ni. Apataknya asyik nak jalan2 je. Shopping sakan katakan. Tapi taklah juga beli banyak mana pun. Maybe terlalu banyak offer sampai keliru nak beli apa. Akhirnya just beli benda penting jelah. Taklah mbazir sangat...betulkan???

Wednesday, May 26, 2010

Internet Lembap Trafik Merundum, Blogwalking Pun Tergendala


 Credit:Google


Akhir2 ni payah betullah. Internet selalu bagi masalah aje. Nak blogwalking pun payah, Menguji kesabaran betullah bila tunggu lama2 loading untuk satu page nak complete. Sebab tu jarang nak blogwalking sekarang.


Kalau ada pun, tak sampai 10 blog pun nak jejaki. Maaf ye kawan2 blogger yang rajin berkunjung ke blog aku ni. Bukan aku tak mahu terjah blog engko orang. Internet agak semput sikit sejak beberapa hari ni. Aku akan cuba jejaki blog engko orang bila musim merundum berakhir.


Sebenarnya dah banyak kali Celcom bagi sms cintanya tu, bagitau aku terlebih pakai 5 GB. Geram juga aku. Pertengahan bulan pun ada terima. Cepat betul juga nak habis. Nak kata aku 24 hour depan laptop, tak juga.


Kalau waktu kerja, malam je aku online. Waktu cuti memang pagi, petang dan malam tapi ada masa lain juga. Not 24 hour hadap laptop. Aku pun boleh jemu kalau asyik berinternet je…he3.


Sekarang aku utamakan post entry baru tiap hari. So, blog aku taklah ketinggalan entry terbaru. Bolehlah member2 blogger baca entry aku yang entah apa2 ni…he3. Amat2 berterima kasih kepada mereka ni, sebab sudi singgah dan baca. Bagi blogger yang belum aku jejaki kesan tapak kaki mereka, aku akan cuba lawati ye. Lagipun trafik blog aku pun merundum juga ni. Tapi ok lagilah. Namun tak memuaskan juga.

Tuesday, May 18, 2010

3 Ketul Buffered Earning Tengah Lari2, 24 Ketul Metered Earning Rehat2

Hari ni aku nak mbongkar rahsia Nuffnang blog aku ni. Walaupun nampak simple tapi boleh tahan powernya juga..haha2. Perasan je lebih ni. Buat malu saja.


Oklah. Setakat hari nilah. Sila catat ye. Ada 3 campaign buffered earning tengah beroperasi hangat di blog ini. Entah mana satu yang lebih hebat, aku pun tak tahu. Anda sendirilah cari ye. Malas nak perah otak yang sedia penat ni.



Pencapaian 3 buffered earning agak mengalakkan juga. Namun kena usaha lebih untuk tingkatkan lebih trafik ke blog ini. Tulis pasal earning & buffered earning pun salah satu cara nak tingkatkan trafik. Biasalah orang akan lebih suka baca benda2 pasal money2 ni. Betul tak?


Selain tu, aku nak bagi semangat buat blogger lain agar tak putus asa dalam berblog ni. Buatlah dunia blog ni macam tulis catatan harian anda tapi bukan tulis pkara yang terlalu personal ok. Tulislah perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Oh...ya jangan lupa terjah 3 iklan di atas tadi ye. Mana tau terjumpa lubuk emas...kan?


Sepanjang tahun ni, selepas cashout earning ptama aku 2 or 3 bulan lepas. Ada 24 ketul buffered earning aku dapat. Itupun dah mati, semua tak berfungsi sepenuhnya. Sudah jadi metered earninglah...ha3. 


24 ketul...wow satu rekod hebat untuk blog aku yang bwajah baru awal tahun ni. Tahun lepas malas sikit nak update2 ni. Tahun ni, azam barulah. Lagipun boring duduk bilik hostel, tak buat apa2. So, join dunia blog menarik juga. Dapat duit, malah dapat ramai kenalan baru yang baik2 semua...he3.



Friday, May 14, 2010

Radio Di Blog, Best Ke Or Buat Sakit Telinga Je?


 Credit:Google


Setengah dari blogger memang suka letak lagu2 di blog mereka. Bagi menyerikan dunia blog mereka sendiri. Bagi blog saya ni pula, saya letak radio dr SembangFM.


Itupun atas permintaan tuan punya SembangFM tu. Kalau tak, saya tak letak radio dalam blog ni....Opp terbongkar rahsia hati...ha2.


Namun oklah juga. Dapat juga saya dengar radio setiap kali buka blog saya ni. Malah dapat tarik orang untuk mendengarnya sama.(Ada ke orang dengar...he3)


Sebenarnya bagi andalah. Letak lagu or radio dalam blog bagus ke bagi pengunjung or memang manyakitkan telinga je? Yelah setengah orang memang tak suka dengar. Tapi peduli apakan.


Blog kita sendiri, so kita punya hak lo nak buat apa je. Kalau tak suka just tekan button OFF.  Habis cerita…he3.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."