Malam ni rasa malas nak layan internet, nak sambung layan movies yang member aku download di internet...banyak gitu. Gila movies dah aku ni...hahahaha.Apa2 pun, dari asyik layan internet...layan movies best jugakan. Terhiburlah sikit.
Semalam aku layan movie cartoon Rapunzel:A Tangled Tale....best, aku memang sangat sangat sangat suka cerita fairy tales ni. Dulu kalau ada disiarkan di siaran tv biasa, mesti aku tengok...sebab dah peminat setia katakan.
Jalan cerita Rapunzel versi 2010 ni sama je dengan jalan cerita Rapunzel yang lain, cuma ada ubah sikit2 je. Anyway tetap the best....dengan rambut yang panjang dan bersinar, nampak cantik pula Rapunzel dan heronye yang kira hensem jugalah. Aku bagi 5 star untuk movie ni sebab aku minat...hehehe.
Then lepas habis cerita Rapunzel, aku layan pula movie ni: G.I. Joe: The Rise Of Cobra.
Memang best gila cerita ni. Penuh dengan aksi. Cerita macam nilah baru ada semangat nak tengok. Kalau cerita romantik je...boring juga kadang2...hehehe. Aku tengok cerita ni sampai pukul 11 lebih. Lewat juga aku tido malam semalam. Nasiblah paginye aku tak mengantuk sangat. Malam ni pula...layan cerita apa ya?
Baru tadi aku terjah Youtube, nak tengok trailer movie 'Hikayat Merong Maha Wangsa'. Fuh...memang bestlah trailernye. Jalan cerita penuh, aku tak pastilah. Kena tanya orang yang dah tengok movie ni.
Nampaknye dengan keluarnya filem sebegini terutamanya under KRU memang menaikkan lagi industri perfileman Malaysia. Tahniah diucapkan kepada KRU kerana cuba sesuatu yang baru dalam industri perfileman Malaysia. Hope akan datang makin canggih lagi.
Sinopsis
Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.
Antara pelakon – pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali...sumber:donnyien
Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi...sumber:mestimau
Malam semalam aku layan movie "Cuti2 Cinta". Bolehlah tahan. Sekurangnye buang keboringan malam yang sejuk..hehehe. Oklah..sapa2 nak layan, boleh tengok di Youtube.
Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.
Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.
Esoknya, Eava memandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat. Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.
Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.
Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok. Remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang. Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta…Sumber:ezany
Petang ni juga layan movie 'Aku Masih Dara'. Cerita pengajaran buat kita sekarang yang selalu leka dengan kehidupan dunia tanpa mempedulikan anak2 dan didikan agama. Not bad juga jalan ceritanye. Jom Layanzzz...........:)
Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing.
Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang. Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah.
Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’….Sumber:sinema-21
Mazlan Ahmad, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Pak Pie, Bob Kuman, Nora Danish, Ruminah Sidek, Ebby Yus, dan Wangi The Fabulous Cat
Sinopsis
Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan Asmat dalam JPBC yang lalu, Pak Mor terus berusaha untuk memperhebatkan ilmu yang ada padanya. Pada suatu hari, ketika dia sedang membaca jampi menteranya, tiba-tiba tubuh Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan dari asap itu muncul Mustika. Keadaan ini membuktikan bahawa Pak Mor dan Mustika sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat untuk mengambil kesemua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya. Tujuan mereka mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, adalah untuk kekal muda selama-lamanya. Namun yang demikian, Punai dan Asmat cuba untuk menggagalkan rancangan mereka.
Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai dan Asmat. Usaha untuk menghapuskan Punai dan Asmat sentiasa menemui jalan buntu. Mereka bijak menghalang diri mereka dari kawalan Pak Mor dan Mustika. Pada satu hari, mereka telah berjumpa dengan seorang bomoh yang dikatakan mampu membantu mereka. Wak Ketari mempunyai ilmu kebomohan dan bersetuju untuk mengajar mereka. Tidak mudah untuk mempelajari ilmu dari Wak Ketari kerana dia turut mengenakan beberapa syarat serta peraturan untuk dipatuhi.
Punai dan Asmat menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerana Wak Ketari seorang yang tegas dan garang. Sebelum mereka lulus, mereka dikehendaki menjalani satu ujian di mana mereka dikehendaki menangkap hantu.Walaupun pada mulanya mereka keberatan menurut tetapi kemunculan Seha iaitu anak tunggal Wak Ketari mengubah pendirian mereka serta merta.
Dalam pada yang sama, Pak Mor dan Mustika terus berusaha menjejaki mereka bagi misi menghapuskan kewujudan Punai dan Asmat. Adakah Punai dan Asmat berjaya dalam ujian yang diberikan oleh Wak Ketari? Bagaimana pula dengan usaha yang dilakukan oleh Pak Mor dan Mustika bagi menghapuskan Punai dan Asmat...sumber:jiwarosak
Salam ahad semua, tadi tengah nak balas kunjungan rakan2 blogger lain. Tersinggahlah blog 'jiwakacau'. Tengok2 ada movie 'Ngankung' online. Full movie lagi tu, so layanlah kejap tadi. Memang best juga ceritanya. Pengajaran buat yang suka sangat main nombor ekor...hehehe.
Ok..ni sinopsis movie 'Nangkung'...petikan dari blog 'jiwakacau'.
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?
So.....bagi sesiapa yang belum tengok movie ni di pawagam, boleh tengok online di blog 'jiwakacau'. Sila klik link di bawah ni:
Movie Harry Potter baru dah ditayangkan tp aku blum lg tergerak hati nk tgk. Semua org dah habis layan barulah rs nk tgk...hahaha. Ketinggalan btllah. Bukan apa, tk brp minat sgt nk p wayang tgk. Nk beli vcd, fikir byk kali juga. Wah...kedekutnye aku....hehe.
Sebenarnye aku kureng minat movie Harry Potter ni. Tp adalah juga tgk sikit2. Sekejap je, lepas tu mgantuk. Rs bosan pula. Maybe sbb tk ikuti sepenuhnye jalan cerita dr episod ptama hingga akhir, so rs tgantung je jalan ceritanye bila tgk kejap2 ni. Tk pelah, sapa bminat tu. Layan jelah.
Yg bestnye movie Harry Potter ni, tiap kali tayang je. Pasti mcecah jutaan dollar kutipan. Sbb itulah pelakon2 dlm Harry Potter semakin kaya beb. Rezeki mereka katakan.
LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya.
Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini.
Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.
Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.......berita lanjut terjah KOSMO ye.
"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Di Sekitar UiTM Seri Iskandar
-
kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :
semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua ...