Lama dah tak tengok Shahrukh Khan dan Madhuri Dixitberlakon sama...rindu pula rasanye. Lagipun lama tak layan movie bollywood ni. Dulu cerita2nye memang best, sekarang entahlah.Apa2 pun bagi peminat dua artis ni....jom kita layan persembahan mereka semasa Filmfare 2011.
Credit:Youtube
Fuh...memang best.....suka sangat.
Bagi yang masih ingat dengan jalan cerita yang dipersembahkan dalam tarian mereka ni, pasti mengimbau kembali nostalgia lama dulu.
Yang aku ingat time study di Universiti dulu....rindunye.
Malam ni rasa malas nak layan internet, nak sambung layan movies yang member aku download di internet...banyak gitu. Gila movies dah aku ni...hahahaha.Apa2 pun, dari asyik layan internet...layan movies best jugakan. Terhiburlah sikit.
Semalam aku layan movie cartoon Rapunzel:A Tangled Tale....best, aku memang sangat sangat sangat suka cerita fairy tales ni. Dulu kalau ada disiarkan di siaran tv biasa, mesti aku tengok...sebab dah peminat setia katakan.
Jalan cerita Rapunzel versi 2010 ni sama je dengan jalan cerita Rapunzel yang lain, cuma ada ubah sikit2 je. Anyway tetap the best....dengan rambut yang panjang dan bersinar, nampak cantik pula Rapunzel dan heronye yang kira hensem jugalah. Aku bagi 5 star untuk movie ni sebab aku minat...hehehe.
Then lepas habis cerita Rapunzel, aku layan pula movie ni: G.I. Joe: The Rise Of Cobra.
Memang best gila cerita ni. Penuh dengan aksi. Cerita macam nilah baru ada semangat nak tengok. Kalau cerita romantik je...boring juga kadang2...hehehe. Aku tengok cerita ni sampai pukul 11 lebih. Lewat juga aku tido malam semalam. Nasiblah paginye aku tak mengantuk sangat. Malam ni pula...layan cerita apa ya?
Baru tadi aku terjah Youtube, nak tengok trailer movie 'Hikayat Merong Maha Wangsa'. Fuh...memang bestlah trailernye. Jalan cerita penuh, aku tak pastilah. Kena tanya orang yang dah tengok movie ni.
Nampaknye dengan keluarnya filem sebegini terutamanya under KRU memang menaikkan lagi industri perfileman Malaysia. Tahniah diucapkan kepada KRU kerana cuba sesuatu yang baru dalam industri perfileman Malaysia. Hope akan datang makin canggih lagi.
Sinopsis
Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.
Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.
Antara pelakon – pelakon yang menjayakan filem ini ialah Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, dan juga beberapa pelakon melayu yang dikenali oleh peminat filem tanah air iaitu Khir Rahman, Jehan Miskin, Kuwasdinata, Umie Aida dan Dato’ Haji Rahim Razali...sumber:donnyien
"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Di Sekitar UiTM Seri Iskandar
-
kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :
semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua ...