Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Model Terbaru Rokok Elektronik (Ego-T) E-Cigarette E-Rokok....Makin Canggih :)

Salam hujung minggu semua. Hari ni nak cerita pasal E-Cigarette lagi. Hari tu mengenai E-Cigarette yang maybe versi pertama...simple but not yet canggih lo. Nak baca entry tu klik link di bawah ni:

E-Health Cigarette...Bagus Ke???

 

Oh ya sebelum aku teruskan cerita pasal E-Cigarette canggih ni. Harap maklum ye...aku tak jual benda2 macam ni. Saja nak bagitau je. Lagipun aku tak suka perokok tapi jodoh yang merokok pula...hehehe.

 



Tengok gambar di atas...itulah rupa Ego-T, E-Cigarette yang canggih tu. Macam mana guna aku pun tak tahu. Produk terbaru rokok elektronik ini mengunakan atomizer teknologi terbaru. 

Katrij nya tidak lagi mengunakan kapas/span untuk menyimpan cecair perisa. Cecair perisa dimasukkan terus kedalam tangki yang terdapat didalam katrij. Katrij tersebut boleh menampung sehingga 12 titik cecair perisa.Tiada lagi rasa kapas terbakar bila kekurangan cecair perisa.


Antara fungsi rokok Elektronik ni ialah;
 
1- TIADA tar dan bahan beracun yang lain
2- TIDAK berbahaya kepada orang lain dan persekitaran
3- TIDAK ada kesan “second-hand smoking” kepada orang lain
4- BOLEH merokok di tempat umum walaupun ada tanda larangan merokok
5- BOLEH membantu untuk berhenti merokok dalam empat langkah6
- BOLEH membantu mengurangkan kos merokok.
7- TIDAK mengunakan api serta tiada bahaya kebakaran.
8- BOLEH merokok di dalam kereta tanpa perlu membuka tingkap.
9- TIADA bau busuk, abu dan puntung rokok.
10- TIDAK mengaratkan gigi.
11- BOLEH mencuba pelbagai perasa yang ada dipasaran ataupun campuran ikut citarasa sendiri.

Menarik juga....ada kebaikannye tapi kalau tak merokok lagi bagus...hehehe. Oklah jom layan video ni pula.

Credit:Youtube

Saturday, December 18, 2010

OhTidak, Dunia Dah Terbalik - It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"


Dari semalam aku tengok member blogger lain post pasal Azwan Ismail "Saya Gay, Saya Ok" tapi belum lagi tergerak hati aku ni nak tengok video terhangat beliau ni. Hari ni je baru nak jeling2 sikit, itupun kebetulan terbaca berita tentang JAKIM pantau seks songsang di berita harian online.


Bagi aku perkara ni tak asing lagi, lebih2 lagi kita ni manusia akhir zaman yang hari2 bermacam perkara pelik dan gejala sosial yang teruk berlaku. Menandakan dunia makin mendekati hari kiamat. Bila? Aku tak tahu. 


Kalau di luar negara, memang gejala seks songsang ni dah tahap payah nak kawal dan telah dianggap biasa bagi sesetangah mereka. Tapi tak di Malaysia. Kalau sebolehnya janganlah amalkan gejala seks songsang ni, tak elok. Lagipun ajaran Islam sendiri melarang kira dari melakukan perkara terkutuk ni. Nikan budaya dan adat masyarakat Melayu. Silap hari bulan, kita semua dilaknat Allah atas perbuatan songsang ini.

Credit:Youtube


Lelaki yang dalam video ni memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Islam, mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 tahun membuat pendedahan berani mati melalui blognya bahawa dia seoarng gay. Aku tak pasti apa nama blog beliaulah. Aku pun baru tau kes ni...hehehe.


"Beliau yang bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain. 

Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan."

Fuh...memang berani mamat ni. Lepas ni siaplah dia kena belasah dan dikutuk habis-habisan oleh masyarakat. Memang bawa masalah betul. Walaupun difikirkan hak beliau memilih jalan hidup sendiri adalah haknya tapi janganlah lakukan di Malaysia ini. Matilah kita semua.....nanti timbul pula berita pasal gay dan lesbian lain yang berani buat pengakuan macam ni juga. Mintalah dijauhkan.

Kita harap pihak kerajaan dan masyarakat bertindak bersama menangani gejala kurang sihat dan menjejaskan kesucian Islam ini. Kalau tidak ia akan berleluasa dan pastinya kita semua akan menanggung dosa yang tak terpikul oleh kita kelak. Mudahan Malaysia dijauhkan dari perkara tak elok ini. Amin.


Dan aku doakan Azwan Ismail..tak tahulah nama sebenar or tak, kembali ke pangkal jalan dan bertaubat atas segala dosa beliau lakukan sebelum ajal memanggil kita. Marilah kita semua sama2 mendoakan beliau insaf atas perbuatannya itu. Amin.

Saturday, November 20, 2010

Remaja Terlampau: Bila Kuala Lumpur Menjadi Kota New York....??

Beberapa hari lepas, kita digegarkan dengan video aksi remaja bercumbuan ala filem Hollywood di tepi jalan raya tanpa rasa segan silu. Walaupun ketika adegan itu blangsung banyak kenderaan yg lalu lalang. Namun pasangan remaja ni tidak mpedulikan siapa pun. Biasalah tu bila diri terasa duduk kat kota New York.


Tersebarnye video pasangan remaja terlampau ini di laman Youtube dan Facebook, menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana ia jelas mencemarkan imej Melayu dan Islam itu sendiri. Serta ini menunjukkan makin teruk akhlak remaja zaman ini kerana semakin terikut2 budaya barat sampai tidak ada rasa segan silu bercumbuan di khalayak ramai. Lepas ini apa pula pasangan ini mampu buat, fikirkanlah sendiri?

Inilah video hangat yg mgegar bumi Msia skrg

Credit:Youtube


Sepanjang pyebaran video ini di Youtube dan Facebook, bmacam kutukan dan tomahan dileparkan kepada pasangan terlampau ini. Apa taknye, aksi panas. Tu belum lagi aksi tersembunyi...kalau adalah. Punca blakunye adegan cumbuan ini adalah disebabkan perselisihan faham pasangan itu, yg dimulakan ciuman si gadis bagi memujuk si lelakinya yg merajuk kononnyelah. Alahai, tk payah pujuk mcm tu kalau lelaki merajuk. Bahaya. Kali ni ciuman, next time...apa pula??? Boleh menjurus ke lembah maksiat. Mintaklah dijauhkan.


Rakan si lelaki ni pun satu, main ambil je video mereka. Cubalah nasihatkan sikit. Ni tak sama2 tanggung dosa kawan. Apa jenis kawan macam tu, mengajak sekali tambah dosa yg dipikul. Sebab itulah, org tua selalu pesan. Kalau nk cari kawan, carilah kawan yg boleh membawa kita ke arah kebaikan. Kalau kawan berlaku jahat, tegur2lah...betul tak? 


Apa2 pun, harap pihak berkuasa dan masyarakat serta ibubapa mgambil tindakan serius ke atas gejala remaja yg makin runtuh akhlak ini dan awasi anak anda supaya tak terikut dengan adegan terlampau ini. Mudahan generasi pelapis masa depan negara lebih bermaruah dan tak lupa agama serta adat budaya kita.

Friday, July 9, 2010

Cut Tari Teresak-esak Menangis Mohon Maaf

Entah nk komen apa pasal kes video lucah Ariel PeterPan ni.
Sama ada benar or tak...aku pun masih diawangan...hahaha2.



JAKARTA - Pengacara televisyen terkenal, Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah yang menyiarkan pelakon miripnya dengan penyanyi Ariel Peterpan, lapor beberapa buah akhbar semalam.


Cut Tari membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan peguam belanya, Hotman Paris Hutapea. 


Sebelum membuat permohonan maaf itu, Cut Tari menarik nafas kemudian berkata: "Kepada Bapak Presiden RI (Republik Indonesia) berserta ibu, Bapak Kapolri (Ketua Polis Indonesia) berserta ibu, Bapak Kabareskrim (Badan Siasatan Jenayah) berserta ibu, bapak ibu dan penyelidik Mabes Polri (penyiasat polis), tokoh agama dan tokoh masyarakat yang saya hormati, para orang tua dan masyarakat Indonesia.


"Atas nama peribadi dan atas nama keluarga saya memohon maaf yang sebesar-besarnya. Mohon maaf atas pemberitaan baru-baru ini yang menyangkut diri saya yang telah menimbulkan keresahan di masyarakat. Sekali lagi saya mohon maaf."

Monday, April 19, 2010

Ladang Seks Dengan Haiwan....Apa Nak Jadi Dengan Manusia Ni? Terul Betul!

 Tak sangka manusia makin teruk dah ye.
Sanggup buat seks dgn binatang.
Eiiii...dgr pun rs nak muntah.

Credit:Google
(Sekadar hiasan je)

SEATTLE: Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana menyeludup kokain ditangkap semalam selepas disyaki menguruskan ladang ternakan yang membolehkan pelawat mengadakan seks dengan binatang.

Douglas Spink ditangkap di ladangnya berhampiran sempadan Kanada bersama-sama seorang pelancong Britain yang dituduh mengadakan seks dengan tiga anjing.

Berpuluh-puluh anjing, kuda dan tikus peliharaan dirampas bersama-sama beribu-ribu gambar manusia melakukan seks dengan haiwan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ladang berkenaan turut dikunjungi pelancong lain.

Friday, January 15, 2010

You're Beautiful...Best!



Best betul drama 'You're Beautiful' ni...suka sgt.
Baru habis tgk semua episod td.
Ending cerita...biasalah happy ending.
Skrg ni sy nk download lagu dlm drama ni yg best2.

Kat bwh ni 2 vedio lagu yg plg sy suka dlm drama ni.
Jom.......layaaaaaaaaaaaaaan

Thursday, August 27, 2009

Sinchan Oh Sinchan

Malam ni...mls nk buat ape2. So chatting dgn member sambil tgk video shincan.

Thibur sikit lo tgk perangai shincan yg nakal & gila2 tu.

Ok...jom ramai2 layan cerita shincan.



Friday, August 7, 2009

Future No More Book's

Cuba bayangkan ms depan kita, belajar tanpa mgunakan buku?

Semua pembelajaran mgunakan komputer sj, tanpa payah mbw sbuah buku pun.

Dgn mgunakan sistem yg canggih, pembelajaran makin myeronokkan.

Tk pcaya..tgk video ni.



Tp kan...kalau mcm ni, buku just jd tinggalan sejarah jelah.

Oh...tidak...hehehe.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."