Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, December 18, 2010

OhTidak, Dunia Dah Terbalik - It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"


Dari semalam aku tengok member blogger lain post pasal Azwan Ismail "Saya Gay, Saya Ok" tapi belum lagi tergerak hati aku ni nak tengok video terhangat beliau ni. Hari ni je baru nak jeling2 sikit, itupun kebetulan terbaca berita tentang JAKIM pantau seks songsang di berita harian online.


Bagi aku perkara ni tak asing lagi, lebih2 lagi kita ni manusia akhir zaman yang hari2 bermacam perkara pelik dan gejala sosial yang teruk berlaku. Menandakan dunia makin mendekati hari kiamat. Bila? Aku tak tahu. 


Kalau di luar negara, memang gejala seks songsang ni dah tahap payah nak kawal dan telah dianggap biasa bagi sesetangah mereka. Tapi tak di Malaysia. Kalau sebolehnya janganlah amalkan gejala seks songsang ni, tak elok. Lagipun ajaran Islam sendiri melarang kira dari melakukan perkara terkutuk ni. Nikan budaya dan adat masyarakat Melayu. Silap hari bulan, kita semua dilaknat Allah atas perbuatan songsang ini.

Credit:Youtube


Lelaki yang dalam video ni memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Islam, mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 tahun membuat pendedahan berani mati melalui blognya bahawa dia seoarng gay. Aku tak pasti apa nama blog beliaulah. Aku pun baru tau kes ni...hehehe.


"Beliau yang bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain. 

Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan."

Fuh...memang berani mamat ni. Lepas ni siaplah dia kena belasah dan dikutuk habis-habisan oleh masyarakat. Memang bawa masalah betul. Walaupun difikirkan hak beliau memilih jalan hidup sendiri adalah haknya tapi janganlah lakukan di Malaysia ini. Matilah kita semua.....nanti timbul pula berita pasal gay dan lesbian lain yang berani buat pengakuan macam ni juga. Mintalah dijauhkan.

Kita harap pihak kerajaan dan masyarakat bertindak bersama menangani gejala kurang sihat dan menjejaskan kesucian Islam ini. Kalau tidak ia akan berleluasa dan pastinya kita semua akan menanggung dosa yang tak terpikul oleh kita kelak. Mudahan Malaysia dijauhkan dari perkara tak elok ini. Amin.


Dan aku doakan Azwan Ismail..tak tahulah nama sebenar or tak, kembali ke pangkal jalan dan bertaubat atas segala dosa beliau lakukan sebelum ajal memanggil kita. Marilah kita semua sama2 mendoakan beliau insaf atas perbuatannya itu. Amin.

2 comments:

secret said...

parah parah....mudahan beliau cepat btaubat...

Admin said...

hopelah....

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."