Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, December 25, 2010

Aduh Kenapa Liat Sangat Tak Nak Bayar Hutang PTPTN Ni? Dah Tahu Berhutang Tu, Bayarlah!!



Sebut saja PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, semua mahasiswa or mahasiswi pasti kenalkan. Yelah yang duk pinjam dari PTPTN tu siapa, kamu oranglahkan. Termasuklah aku ni. Sampai sekarang masih berhutang tapi aku bukan tergolong dalam 191,262 orang yang ingkar bayar pinjaman PTPTN.


Tak kiralah gaji aku dulu sikit, aku tetap bayar dengan minimun RM50. Tu pun aku minta belas kasihan dari PTPTN agar beri aku peluang bayar minimun sebanyak tu. Nasiblah diluluskan. Kalau tak, mampus nak cari duit kat mana. Biasalah time tu kerja tak menentu.


Tapi sekarang keadaan dah stabil, kerja pun dah ok. Gaji apa lagi. So bayarlah RM300 sebulan. Kalau ada rezeki lebih aku nak bayar banyak sikit, agar segala hutang aku tu semua habis dibayar. Sebab aku rasa terbeban sangatlah nak berhutang dengan PTPTN ni. Bukan apa, bayaran untuk admin fee ke apa, mahal sangat. Sakit hati aku tengok. Bayar2, rasa macam makin bertambah je hutang. 


Dulu masa aku belajar di Universiti dapat 2 offer pinjaman, PTPTN dan Yayasan Sarawak. Oleh sebab PTPTN menghulurkan tangan terlebih dulu, so aku terima lo. Tapi ada sikit menyesal juga. Kan best aku terima pinjaman dari Yayasan Sarawak. Kalau tak sekarang ni maybe habis dah hutang aku or sekurangnya tinggal sikit je. Tak pelah dah rezeki dapat PTPTN, terima jelah.


Nasib nama aku tak de..fuhhh


Buat  pemiutang seramai 191,262 orang or bakal, ingkar bayar pinjaman PTPTN tu, janganlah liat sangat nak bayar hutang anda tu ya. Tak elok macam tu tau. Dah pandai berhutang tu, bayarlah. Lagipun duit yang anda guna tu untuk masa depan anda dulu bagi menampung perbelanjaan anda di kolej or Universiti. 


Dan harus ingat, jangan macam kacang lupakan kulit ok. Hutang tu harus dibayar tau. Seksa ada hutang ni. Kalau ada kemampuan, bayarlah habis. Kalau tak bayarlah sikit2.  Jangan pula tak bayar langsung. Nanti tak pasal2 nama anda di blacklist. Entah2 generasi anda akan datang tak dapat terima pinjaman PTPTN lagi, hanya gara2 anda ingkar bayar hutang PTPTN.  


Ingat bayaran balik anda tu untuk menampung kesinambungan generasi selepas anda. Jangan ingat anda je nak senang, mereka pun nak juga. Sebab kita masing2 mengejar impian sendiri. Tanpa pinjaman dari badan seperti PTPTN ni, memang payah sikit nak tampung perbelanjaan study kita di peringkat yang lebih tinggi ni. 


Oleh sebab tindakan anda yang liat ni, pihak PTPTN telah ambil tindakan tegas dengan blacklist mereka yang memang dah macam kacang lupakan kulit. Sekarang ni tindakan terbaru PTPTN ialah semua peminjam PTPTN akan diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak. Tindakan ini akan bermula Jun tahun depan. So, bayar beramai2lah kita semua..hehe. Jom bayar hutang. :)


Hot news...!!!

191,262 ingkar bayar pinjaman PTPTN

6 comments:

Noorliyana Rashid said...
This comment has been removed by the author.
Noorliyana Rashid said...

hehe. sya masih belum habis blaja lg. insyaAllah thun dpn.. sye pn pnjm Ptptn.. sye pn x mhu lah jd peminjam yg x byr.

Unknown said...

bukan taknak bayar..tapi buat mase sekarang tak mampu lagi..tau tak cmne nak bayar melalui atm?ade ke?

Admin said...

Yanalililala: bgslah...cepat habis.
Cepet: tak pe..byr sikit2. mll atm, maya tak tau. Maya sll buat trf guna mbb online je.

Shahada Fauzi said...

a'a..betul tu..byar2 sikit2 ikut kemampuan..janji kite byar..seksa hidup menanggung beban hutang..betul tak?

Admin said...

btl cik sha..biar sikit, asalkan byr..jgn tk byr lsg...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."